SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Selasa, 12 Januari 2010

MERANCANG KEWANGAN

FIKIR-FIKIRKANLAH.......... PERNAH KAH  TUAN / PUAN  MENGHADAPI DAN BERDEPAN DENGAN SUASANA BEGINI ?

  1. Teringin sangat  hendak menambah pendapatan tetapi tidak tahu bagaimana caranya


  2. Hati berasa bimbang,risau dan gelisah terhadap masa hadapan keluarga jika berlaku sesuatu bencana atau musibah terhadap diri sendiri


  3. Runsing dan risau sumber pendapatan dan simpana wang tidak cukup selepas bersara


  4. Kemungkinan hutang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada setiap bulan


  5. Perbelanjaan bulanan melebehi daripada pendapatan yang diperolehi


  6. Selepas bersara ingin hendak beramal jariah tetapi tidak terlaksana kerana masalah kewangan

CUBA TENANGKAN FIKIRAN DAN KITA FIKIR-FIKIRKAN SEJENAK SITUASI DIATAS ADAKAH IANYA AKAN MEMBELENGGU KEHIDUPAN KITA SEHARIAN  ????????????? 

 

BERIKUT ADALAH LANGKAH-LANGKAH YANG SAYA RASA DAPAT MEMBANTU TUAN/PUAN DALAM MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN TERSEBUT :-

  1. Masalah kewangan


  2. Bersepadu mengurus kewangan


  3. Penglibatan keluarga


  4. Perbelanjaan yang sederhana


  5. Berusaha mencari rezeki


  6. Hutang perlu diurus


  7. Perlindungan Insuran

  8. Pelaburan
  9. Menghadapi persaraan
MASALAH KEWANGAN

Setiap orang akan menghadapi  masalah kewangan jika kita tidak merancangnya dengan betul ,cuba kita catatkan sebaik mungkin apakah punca-punca nya:-

  • Boros - ini berpunca dari sikap nafsu dan kealpaan manusia dalam berbelanja , sikap egoism manusia ,sentiasa didorong dan diransang deria menjadi boros oleh iklan dan gaya hidup moden dan tidak membuat perbelanjaan kepada perkara yang penting


  • Mudah berhutang - berhutang dengan mengunakan kad kredit yang kadar faedahnya tinggi,membeli barang yang mempunyai susut nilai yang tinggi.

     

  • Tiada perancangan dan suka bertangguh - tiada merancang untuk simpana tabung habis bulan habis gaji.Jangan tangguh untuk menabung.Sentiasa hendak melawan arus suka berhutang untuk membeli keperluan hidup untuk menguranagkan rasa rendah diri akhirnya terlalau banyak hutang.Perlu sabar melawan nafsu untuk bergaya


  • Ingin cepat kaya - Ingin mendapat untung yang cepat dan besar dengan itu mereka melabur dalam skim cepat kaya,berjudi dan pelaburan yang tidak sah akhirnya mereka tertipu dan kerugian.

BERSEPADU MENGURUS KEWANGAN
  • Kewangan perlu ditadbir mengikut kepentingan dan keperluannya
  • Mentadbir kewangan dengan kaedah 7P :-
    • Pendapatan
    • Perbelanjaan
    • Pengurusan hutang
    • Pengucian harta
    • Perlindungan
    • Pelaburan
    • Persaraan
  • Rezeki yang halal dan barakah
  • Harta dan wang amanah Allah - tadbirkan dengan sempurna,amanah.jangan tamak dan dekatkan diri dengan Allah
PENGLIBATAN KELUARGA

  • Keluarga perlu dilibatkan dalam perbelanjaan kewangan kerana dengan ini mereka faham kemampuan keluarga dalam perbelanjaan harian


  • Wang juga boleh menimbulkan pergeseran keluarga dengan itu perbelanjaan perlu ada perbincangan dahulu


  • Pergeseran dalam keluarga akan merengangkan kasih sayang,kepercayaan dan rasa ehsan hari demi hari.


  • Kesedaran menabung dalam keluarga amat penting.Bermufakat dan bermusyawarah akan menyusun atur kewangan keluarga,menabung untuk masa hadapan amat penting.


  • Dalam keluarga suami isteri perlu ada persefahaman supaya menimbulkan kesepakatan dalam perbelanjaan kewangan keluarga.

PERBELANJAAN YANG SEDERHANA
  • Kita perlu berbelanja berlandaskan nilai yang terbaik untuk kita,tidak perlu berbelanja sekadar bermewah-mewah atau menunjuk2
  • Kesederhanaan bermaksud berbelanja sekadar kemampuan kita
  • Kesejahteraan kewangan lebih mudah tercapai jika kita memahami tabiat berbelanja hanya kepada yang perlu sahaja.
  • Keperluan perbelanjaan hanya berdasarkan keperluan bukan kemahuan nafsu semata2 dengan kaedah ini kita boleh menolak ransangan nafsu terhadap pengaruh iklan dan jenama barangan produk.
  • Mengurangkan perbelanjaan harian dengan cara :-
    • membuat analisa keperluan perbelanjaan rumah
    • keluarga berjimat - beli secara pukal,jualan istimewa,elak belanja diluar,kawal bil tel,air dan letrik
  • Jimat bayaran cukai- manafaat pelepasan cukai
    • derma
    • yuran pendidikan
    • perubatan
    • pelepasan anak
    • zakat dan fitrah
    • insuran dan kwsp
  • Sebelum berbelanja cuba fikirkan pekara ini ?
    • adakah perlu saya beli barang itu?
    • berapa lama saya perlu berhutang?
    • adakah alternatif yang lebih murah
  • Kurangkan belanja rumah
    • belanja mengikut pendapatan
    • berjimat - jangan membazir berbelanja lauk pauk berlebihan
    • wang yang lebih boleh dibuat simpanan
BERUSAHA DALAM MENDAPATKAN REZEKI
  • Kita perlu memberi tumpuan dan keutamaan dalam pekerjaan
  • Pekerjaan ada dimana2 hanya kita perlu berusaha dan memfokuskan kepada kejayaan
  • Kita tidak perlu berusaha hanya pada bidang yang kita pelajari sahaja kita harus buka minda kita lebih luas lagi dalam pelbagai bidang
  • Mencari rezeki adalah tuntutan agama Islam dan rezrki ada dimana2 sahaja.
  • Dalam Islam 9 daripada 10 rezeki adalah dalam bidang perniagaan dengan itu kita boleh memfokuskan rezeki kita di bidang perniagaan.
  • Bekerja sebaiknya hendaklah sepenuh masa kerana kita akan memberi penumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan
  • Carilah rezeki dengan sumber yang halal
  • Pekerjaan ada dalam sektor awam,swasta dan perniagaan sendiri.
  • Bekerja secara separoh masa - jualan langsung,berniaga pasar malam,menjual burger,menjual insuran dll
  • Menambah pendapatan dengan pelaburan - sebaiknya jangan berhutang kerana ini akan menjadi beban jika kerugian,pelaburan yang tinggi juga mempunyai resiko yang tinggi.
URUSAN HUTANG  

  • Setiap orang kebiasaannya aad mempunyai hutang

  • Cara yang mudah mengelakkan berhutang ialah berbelanjalah mengikut kemampuan kita

  • Perlu mengusun cara melangsaikan hutang iaitu menyenaraikan hutang yang ada,ansuran bayaran pinjaman dan tempuh bayaran.

  • Bayar hutang satu persatu , bayar yang sedikit dahulu

  • Cuba elakkan hutang mudharat yang membebankan - elakkan penggunaan kad kad kredit,sewa beli skim bayaran mudah kerana ini semua merangsang kita berbelanja berlebihan dan melebehi kemampuan

  • Sebaik-baiknya berbelanja secara tunai dan berbelanja mengikut kemampuan


  • Bayar hutang satu persatu ,langsaikan hutang yang sedikit dahulu


  • Hutang perlu dibayar dengan pelbagai cara

    • kurangkan perbelanjaan 10% - gunakan bayar hutang
    • gunakan simpanan yang ada
    • keluarkan EPF
    • jual saham pelaburan
    • refinance rumah jika perlu
    • pinjam dari keluarga dan sahabat handai - jika perlu
       
PERLINDUNGAN INSURAN DAN TAKAFUL

  • Lindungi harta yang tidak mampu ditanggung dengan insuran spt rumah,kereta barang kemas dll


  • Insuran perubatan untuk keluarga,insuran hayatdan insuran hilang upaya dan pakeso

PELABURAN MASA HADAPAN
  • Membuat pelaburan untuk jangka panjang spt ASB,ASN,SAHAM AMANAH.
  • Pelaburan membeli rumah dan  tanah - harga akan meningkat dan resikonya rendah
MENGHADAPI PERSARAAN
  • Selepas bersara hayat kita masih panjang lagi - perlu ada simpanan
  • Perlu ketahui keperluan kewangan selepas bersara - berbelanja kepada keperluan
  • Saki baki hayat kita perlukan simpanan dan pelaburan
  • Pendapatan selepas bersara adalah terhad dengan itu segala perbelanjaan perlu berhemah 
ADAKAH KAYA PENENTU KEBAHGIAN ?
  • Kekayaan bukan syarat mutlak untuk bahagia
  • Kebahagian dan kesejahteraan keluarga adalah matlamat utama pengurusan kewangan
  • Merancanglah kewangan mengikut kebahagian hidup,jangan mengikut nafsu
  • Kadangkala masyarakat menilai status kita dengan kewangan dan harta,adakah kita boleh menerimanya ?
  • Pada dasarnya ramai orang yang kaya yang tidak melahirkan wajah-wajah yang gembira dan tenang
  • Ada antara kita yang mengejar kebahgian melalui kekayaan,namun mereka juga menemui jalan yang buntu.
KESIMPULAN
  • Kita sekeluarga perlulah merancang kewangan dengan lebih teliti dan rapi dan sebaiknya perancangan kewangan perlu diketahui dan bermusyawarah dengan keluarga
  • Menyenaraikan keperluan yang penting dan utama sebelum membuat keputusan
  • Sebagai seorang manusia kita perlu bersedia membuat simpanan awal.
  • Rezeki yang diperolehi perlu dikongsi dengan ibu dan bapa berbuat ehsanlah kepada mereka

Selasa, 5 Januari 2010

PEDOMAN SEBAGAI IBU

PENGENALAN


Didalam Agama Islam seseorang wanita yang lebih dikenali sebagai ibu memiliki kedudukan yang mulia dan terhormat, Baginda SAW telah menanamkan rasa hormat terhadap wanita,Baginda bersabda :



" Sesuatu yang paling berharga didunia ialah wanita solehah "

Allah telah memuliakan wanita dengan keupayaan mereka melahirkan zuriat,segagah manapun lelaki ia tidak mungkin memiliki keupayaan ini.

Menjalankan tanggungjawab sebagai ibu adalah sangat berat,tangannyalah yang mencorakan masa depan anak-anak,merekalah yang berjaya membentuk hidup sejahtera didunia dan diakhirat.



KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM


" Berbuat baiklah terhadap wanita,kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk dan bahagian rusuk yang paling bengkok yang diatas sekali.Jika kamu cuba meluruskannya kamu akan mematahkannya.Jika dibiarkannya sahaja tulang itu akan tetap bengkok maka berbuat baiklah terhadap wanita " ( Riwayat Bukhari )
" Seseorang Muslim tidak seharusnya mencaci isterinya dan jika dia tidak menyukainya sesuatu yang buruk yang ada pada isterinya maka dia akan menyukai sesuatu yang baik yang ada padanya " ( Riwayat Muslim )
" Tetapi pergaulilah mereka dengan baik ,kerana jika kamu membenci mereka,mungkin kamu membenci sesuatu yang telah Allah berikan banyak kebaikan kepadanya " ( Surah Al-Nisa 4:19 )

TANGGUNGJAWAB SEORANG IBU





Menjalankan tanggungjawab sebagaiseorang ibu adalah sangat berat.Ibu mesti memberi perhatian kepada tiga (3) unsur iaitu fizikal,mental dan spiritual.Unsur ini berkembang mengikut usia anak-anak.Perkembangan yang tidak seimbang mencatatkan kesempurnaan peribadi anak-anak itu.

TIGA UNSUR YANG UTAMA DAN PENTING :








1. UNSUR PERKEMBANGAN FIZIKAL


  • Makanan yang berzat - bayi diberi susu badan ini baik untuk antibodi dan menyelakan dari pelbagai penyakit


  • memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi sebagaimana yang telah ditetapkan


  • Pakaian diri dan kediamannya hendaklah bersih.


  • Anak-anak yang sakit perlu dibuat pemereksaan doktor engan segera,sebaiknya perlu menemui doktor setiap 6 bulan.


  • Latihan riadah secukupnya.

2. UNSUR PERKEMBANGAN MENTAL

  • Semasa mengandung - wanita atau ibu gemar membaca dan berfikir ia akan turun keanak tabiat membaca


  • Sematkan minat membaca kepada anak dari kecil lagi - sediakan buku yang anak minati,ibu tunjukkan minat membaca sebagai role model kepada anak.


  • Jangan biarkan anak2 terbiar tanpa aktiviti - berikan bahan mainan semasa kecil atau tugas apabila mereka telah remaja


  • Layanlah seoalan yang anak bertanya - jangan kata budak2 tidak perlu tahu


  • Ajukan persoalan yang membuat anak berfikir seperti - mengapa dan bagaimana ? bukan siapa atau apa.


  • Latih anak merancang - membuat keputusan sendiri - ibu hanya memberi petunjuk dan garis panduan

3. UNSUR PERKEMBANGAN SPIRITUAL

  • Perkara yang berkaitan dengan spiritual atau kerohanian sering diabaikan oleh ibu.Perkembangan teknologi yang pesat menimbulkan masalah yang keronik kepada manusia


  • Sewaktu mengandung - ibu hendaklah menjaga akhlak dan ibadah isyaAllah wanita akan melahirkan anak yang mudah dibentuk kearah kebaikan.


  • Mengajar anak menghurmati bapa mereka - menghurmati orang yang lebih tua dari mereka - mendahulukan orang tua ketika makan dan mencium tangan orang yang tua darinya.


  • Selalu menceritakan kehebatan Allah - Allah nampak apa yang kita buat


  • Membiasakan anak dengan kehidupan Islam-seperti membaca doa sebelum makan,makan secara seluarga dan sembahyang berjemaah.


  • Jauhkan anak2 dari pengaruh negatif -seperti menonton program TV dan DVD yang negatif - sentiasa terangkan yang mana baik dan yang mana buruk.


  • Biasakan anak agar mentaati ayah dan guru


  • Ajar anak2 agar memahami pengajaran Al-Quran - kerana kita orang Islam ,tanamkan semangat sayangkan agama Islam


  • Perhatikan minat anak,halakan kearah yang baik dan diminatinya


  • Tunjukkan adap pergaulan yang baik dalam lapisan masyarakat


  • Tanamkan semangat positif kepada anak2 agar mereka mempunyai cita-cita yang kehadapan.


  • Membiasakan anak2 berakhlak dan berhati mulia - puji anak2 dikhalayak ramai sekali sekala agar mereka merasa dihormati dan disanjung,memberi nasihat kepada anak2 dengan kata-kata yang lembut dan hindarkan kata-kata yang kasar.


  • Latihlah anak2 mempunyai perasaan yang malu - malu melakukan maksiat dan mungkar dan berani menegakkan kebenaran


  • Jangan biasakan anak2 meminjam atau mengambil harta orang lain tetapi mendidik mereka memberi makanan dan mainan kepada rakannya,ini akan melatihnya tidak mementingkan diri sendiri


  • Anak2 dilarang menggunakan kata-kata yang kesat dan kasar mereka perlu diperhatikan jangan terikut dengan rakan-rakan sebaya yang bersikap negatif.


  • Elakkan anak2 anda bergaul dengan rakan-rakan yang suka bermewah-mewah


  • Doakan anak2 selalu agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah


  • Jangan biasakan anak2 melakukan kerja secara rahsia kerana ini melatih mereka melakukan kejahatan secara bersembunyi.


  • Melatih anak2 mendirikan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun


  • Hiburkan mereka dengan dendangan lagu nashid,tahlil atau ayat Al-Quran


  • Mendidik anak-anak hendaklah tidak terlampau manja dan latih mereka berdikari


  • apabila anak2 terjatuh biarkan mereka bangun sendiri tanpa dibantu ini melatih mereka berjiwa kuat dan tahan lasak


  • Jangan biasakan anak2 dengan kemewahan dan kesenangan ,biasakan mereka membuat kerja sesekali ,latih mereka makan dengan satu lauk dan tidur tanpa bantal ini melatih mereka supaya berjiwa kuat dan tahan lasak

MASALAH ANAK NAKAL
ANAK-ANAK ADALAH AMANAH ALLAH KEPADA KEDUA IBU BAPA KADANG KALA IANYA MERAGAM DAN TAK MENDENGAR KATA,INI AKAN MENYAKITKAN HATI IBU-IBU DAN INI BOLEH MENGHILANG SUASANA KEBAHAGIAN DAN MENGUNDANG KEKECEWAAN
BAGAIMANA MENGATASI MASALAH INI ?

  • Ibu-ibu perlu sedar anak yang nakal adalah untuk mendidik ibu itu sendiri agar meningkatkan kesabaran menghadapi kerenah mereka


  • Jangan terlalu bimbang akan masa depan anak yang nakal ,jangan rasa putus dan kecewa hanya perlu bersabar dan berusaha membaikinya,ada yang menjadi pintar apabila dewasa dengan doa ibu yang berterusan disamping didikan yang tepat menurut Islam.


  • Cara yang paling berkesan untuk menguruskan dan mengurangkan kenakalan anak2 ialah dengan mengalihkan perhatian kepada sesuatu akticiti atau perkara yang menarik perhatian mereka.


  • Menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk mengisi masa lapang mereka,biarkan mereka dengan ide yang kreatif asalkan tidak memudaratkan mereka ini bertujuan untuk mengelakkan kebosanan mereka.


  • Jangan menghalang dan menghadkan permainan mereka,main itu tak boleh main ini tak boleh ini mengecewakan dan membosankan mereka dan akhirnya menjadi jumud.


  • Anak2 kurang mendapat belaian kasih sayang dari ibu bapa kerana kesibukan ibu bapa dengan kerja harian untuk mengumpul harta dunia,peluklah anak tunjukkan kasih sayang kepada mereka kasih sayang perlu dizahirkan bukan hanya simpan dihati.


  • Ibu boleh mengenali kelemahan anaknya,apabila mandikan anak eloklah dibacakan dalam hatinya ayat Al-Quran agar hatinya lembut atau berikannya air yasin atau air tahlil untuk kebaikan anak.

CARA MENGHUKUM KESALAHAN ANAK-ANAK

  • Apabila anak2 sesekali melakukan kesalahan,sebagai ibu buat tak nampak atau tak perasaan ini kemungkinan mereka tak nampak


  • Anak2 yang belum berumur sepuluh tahun jangan di pukul memadai menerangkan kepada mereka kesalahan yang dilakukan


  • Jangan cepat memarahi anak2 jangan sekali-kali menggunakan kata-kata yang kesat dan keji , anak2 akan menurutinya pula.


  • Kesalahan yang sering dilakukan ,mereka perlu diberi nasihat dan tunjuk ajar - jangan jemu untuk menunjuk ajar mereka sehingga mereka meninggalkan tabiat buruk mereka.


  • Tegurlah kesalahan yang dilakukan secara empat mata ini melatih mereka supaya tidak membuka aib orang lain atau menghina orang dihadapan umum.


  • Utamakan dahulu menasihati dan menunjukkan ajar anak tanpa rasa jemu,sebaiknya jangan kerap memukul anak.


  • Jika terpaksa memukul anak pastikan hukuman itu hanya untuk mendidiknya bukan melepaskan geram dan tidak mendera atau mencederakannya.


  • Hukumlah kesalahannya mengikut garisan syariat seperti dia meninggalkan sembahyang ,jangan besar-besarkan kesalahan yang kecil.


  • Elakkan memukul anak dengan tangan kerana ulamak ada menyatakan memukul anak dengan tangan akan menyebabkan anak bertambah degil.


  • Menegur dan menasihat anak-anak boleh dilakukan dihadapan umum tetapi tanpa menyebut namanya.

RASULULLAH S.A.W. TELAH BERSABDA
" SESUATU PEMBERIAN YANG LEBIH UTAMA DARIPADA SESEORANG BAPA KEPADA ANAKNYA IALAH MENGAJARNYA ADAP,MENGAJAR ANAK ADAP ITU LEBIH UTAMA DARPADA MENAKUT-NAKUTKAN IA DENGAN PUKULAN KERANA MENINGGALKAN KEBAIKAN ATAU MELANGGAR LARANGAN ALLAH "

Sabtu, 2 Januari 2010

MENGHALANGI STRESS

PENGENALAN

Selalunya stress sentiasa dikaitkan dengan perkara yang negatif contohnya seperti bos ditempat kerja sentiasa memantau pekerja yang lemah prestasi kerjanya

Namun demikian ada juga stress yang positif contoh pekerja yang dinaikan pangkat tetapi perlu bertukar ke tempat lain atau ke negeri lain.

Satu contoh lagi pelajar-pelajar sekolah atau universiti mendapat kejayaan cemerlang atau anugerah dekan dengan belajar keras didalam keadaan yang terkekan tetapi mereka berjaya.

DEFINISI

IVENCEVICH & MATTESON " Stress adalah interaksi setiap individu dengan keadaan persekitarannya"

BEEHR & NEWMAN " Keadaan yang ujud semasa manusia berinteraksi ketika bekerja serta perubahan perwatakan sesama manusia menjadikan satu kekuatan atau paksaan untuk mereka keluar dari fungsi yang normal "

PADA DASAR , KESELURUHANNYA BOLEH DIKATAKAN " Stress adalah penyesuaian diri manusia terhadap keadaan fizikal,psikologikal dan juga perubahan tingkah laku "


APAKAH PUNCA-PUNCA STRESS ATAU TEKANAN

1. SIFAT PERIBADI


  • Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist) dan terlalu cerewet
  • Bercita-cita tinggi
  • Sikap buruk sangka
  • Mengumpat
  • Mengadu domba
  • Pemarah dan terlalu tegas
  • Pendiam dan sering memendam perasaan
  • Kekecewaan dan kegagalan
  • Kesunyian dan kehilangan sesuatu yg disayangi

2. TEMPAT BEKERJA

  • Tugas yang berat
  • Ketua yang cerewet
  • Masalah orang bawahan
  • Membuat keputusan yang menyukarkan
  • Huraian tugas yang kabur
  • Masalah rakan sekerja
  • Persekitaran tempat kerja yang tidak teratur

3. KELUARGA

  • Kerenah pasangan / ibu bapa / anak-anak
  • Campur tangan orang ketiga
  • Kurang berkomunikasi
  • Masalah kewangan

4. BAHAN KIMIA

  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Dadah
  • Alkohol

APAKAH KESAN-KESAN KEPADA STRESS / TEKANAN

  • Masalah ksihatan
  • Menghadapi sakit kepala
  • Menghadapi sakit belakang
  • Penyakit kulit
  • Mengidap darah tinggi
  • Sembelit

MEMPERBAIKI KELEMAHAN

  • Dapat melahirkan daya kreatif
  • Meningkatkan keyakinan diri seseorang dan boleh muhasabah diri
  • Meningkatkan prestasi
  • Mematangkan fikiran seseorang
  • Lebih bertanggungjawab dan akan berusaha memperbaiki kelemahan

KONFLIK DIRI

  • Mudah berputus asa
  • Membenci orang lain
  • Merasai diri dibenci
  • Mempunyai sikap buruk sangka
  • Suka mengumpat
  • Kurang berupaya membuat keputusan
  • Pesimis
  • Sentiasa bersikap sedih
  • Bersikap kecewa
  • Badan berasa cepat letih

PANDUAN MENGURUSKAN STRESS / TEKANAN

  • Mula-mula anda perlu mengenal pasti apakah masalah yang menyebabkan anda stress atau tertekan.
  • Anda perlu mengenal pasti apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah stress tersebut
  • Jangan sekali-kali berputus asa dengan usaha yang dilakukan
  • Jangan menyalahkan orang lain,ini akan meningkatkan lagi stress kita
  • Anda perlu meluahkan perasaan kepada kaunselor atau seseorang yang anda percayai
  • Memupuk desiplin diri dengan bersikap jujur pada diri sendiri dan cuba mengakui kesilapan dan kelemahan diri anda
  • Menjauhi diri anda dari orang yang boleh menyebabkan anda stress
  • Anda perlu mencari rakan atau sahabat yang berfikiran positif
  • Perlu menerima hakikat bahawa bukan semua matlamat akan berhasil dengan sempurna atau berjaya
  • Hendaklah bersikap optimis dimana anda perlu mempunyai fikiran yang positif ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan
  • Anda mesti menjaga kesihatan mental dan fizikal
  • Anda perlu dapat merehatkan diri dengan secukupnya serta buat membuat perancangan cuti yang baik
  • Cuba mengamalkan cara hidup yang sihat serta menjaga diet pemakanan anda
  • Sebagai seorang Islam anda hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama kerana ianya akan memberi ketenangan dan kedamaian dalam hidup anda seharian

KAEDAH-KAEDAH MENGHALANGI STRESS

  • Anda hendaklah rehatkan diri anda mengikut keselesaan sendiri
  • Membuat meditasi seperti berzikir dan mengingati Allah SWT
  • Mendengar muzik dan beriadah
  • Menggunakan teknik aroma therapy seperti wangi-wangian
  • Melakukan senaman dan mengurut pada leher dan bahu
  • Meluahkan perasaan kepada seseorang yang memahami diri anda
  • Memaafkan kesalahan orang-orang yang menyebabkan anda menghadapi stress
  • Memastikan diri anda sentiasa tersenyum dan ceria selalu
  • Gengam jari jemari anda dengan kuat dan buka gengaman serentak dengan hembusan nafas
  • Kunjungilah dan buat lawatan ke tempat-tempat yang menarik
  • Perbanyakkan meminum air mineral atau suam
  • Banyakkan makanan yang mengandung vitamin c
  • Menangislah supaya anda dapat menstabilkan emosi anda
  • Sebaik-baiknya perbanyakkan aktiviti keagamaan

Ahad, 13 Disember 2009

KEPIMPINAN YANG EFEKTIF ( 2 )

CIRI-CIRI PEMIMPIM

11.Visi

12.Disiplin

13.Fokus

14.Bermurah hati

15.Inisiatif

16.Mendengar

17.Sikap positif

18.Menyelesai masalah

19.Hubungan yang baik

20.Bertanggungjawab

21.Berpendirian Teguh

22.Sedia berkhidmat

CIRI-CIRI PEMIMPIN

VISI

  • Visi adalah impian dan suara hati iaitu cetusan ide,membakar semangat dan mendorong supaya terus maju
  • Visi dari hati dan bakat keinginan sendiri
  • Visi dari pengalaman sendiri dan kejadian yang berlaku didalam kehidupannya
  • Visi yang baik dapat memanafaatkan untuk orang ramai dan pengikutnya
  • Visi dapat menyatukan dan menarik pengikut
  • Visi tercetus dari suara yang tidak puas dan juga dari suara yang berjaya
  • Visi akan menjadi mantap dengan ujudnya satu "Team" serta mempunyai penasihat dan mentor yang baik
  • Visi perlu dicatat untuk dousahakan
  • Visi yang baik dan hebat tidak pernah melupakan Allah SWT

DISIPLIN

  • Paling utama perlulah mendisiplinkan diri sendiri
  • Menentukan kepimpinan yang berjaya & bertahan lama
  • Perancangan yang rapi itulah disiplin serta tentukan keutamaan
  • Menerapkan desiplin didalam kehidupan harian dan rutin seharian
  • Meninggalkan tabiat mencari alasan
  • Prinsip ganjaran hanya diberi setelah selesai sesuatu pekerjaan
  • Fokus pada matlamat dan jangan fikir kepada kesukaran
  • Perlu membuat jadual desiplin harian memberi fokus kepada aspek yang penting

FOKUS

  • Semakin tajam fokus kita semakin tajam kemahiran kita
  • Fokus kepada perkara yang menjadi keutamaan dan kekuatan kita
  • Fokuskan 70% kepada kekuatan diri dan kemahiran yang ada perlu dikembangkan
  • Fokus 25% kepada perkara baru,perubahan dan pembaharuan adalah baik ,belajar yang baru
  • Fokus 5% kepada kelemahan diri buat delegasi kepda pembantu .
  • Bekerjasama dengan orang lain kerana kita tidak mungkin boleh membuat semua perkara
  • Kemahiran yang ada perlu diasah

BERMURAH HATI

  • Pemimpin dermawan menyentuh hati rakyat-beliau sanggup berkongsi masa,wang ringgit,bakat & harta benda dengan rela hati dan ikhlas
  • Tidak mengumpul harta untuk diri sendiri
  • Bersyukur dengan apa yang ada-jika tidak akan menjadi tamak walaupun telah kaya
  • Pemimpin yang baik diukur dengan berapa orang yang telah dibantu
  • Mendahulukan orang lain dari sendiri
  • jangan benarkan harta benda mengawal hidup anda - ada orang kata jangan gila harta
  • Jangan jadi hamba wang-belanja dengan ikhlas,berbaloi dan bernilai
  • Memupuk sikap bersedekah dan memberi
  • Melabur wang untuk manafaat orang lain
  • Jadilah mentor - berikan pengalaman kepada orang lain

INISIATIF

  • Sentiasa bergerak maju - tidak pernah putus asa
  • Inisiatif memulakan hubungan baik dengan pengikutnya
  • Mencari peluang baru untuk diterokai dengan pengikutnya
  • Keinginan untuk berjaya dan tahu apa yang diingininya
  • Berfikiran boleh sudah pasti boleh
  • Bertindak tanpa disuruh dan bertanggungjawab
  • Berani mengambil risiko berasa rugi jika tidak bertindak
  • Selalu menghadapi kegagalan - tetapi yang berani gagal dapat mengecap kejayaan yg hebat
  • Inisiatif akan mengubah cara pemikiran
  • Jangan menunggu peluang datang - kita yang harus mencarinya

MENDENGAR

  • Gunakan telinga untuk mendengar dan memberi sentuhan perasaan kepada pengikut & telinga perlu dihalakan kpd pengikut
  • Mendengar dan mengetahui isi hati pengikut,meluagkan masa untuk mereka
  • Mendengar pandangan,komen dan masalah pengikut-pemimpin dan pelangga perlu mempunyai hubungan yang baik
  • Pemimpin perlu memajukan diri dengan mendengar dan belajar kata orang lain
  • Tiada semua orang pandai - setiap orang perlu mentor setidak-tidaknya banyakkan membaca
  • Perlu membuat jadual untuk menemui pengikut
  • Pendengar yang baik - mencari persamaan yang baik dengan mereka
  • Fahami luahan tersirat mereka secara lisan

SIKAP POSITIF

  • Pastikan anda boleh,berjaya & positif - cth Thomas Edison membuat 10,000 kajian,bangunan kajian 14 tingkat terbakar,masa kajian 67th siap berumur 84 th.
  • Mengubah pemikiran kerana ini akan mengubah hidup
  • Ramai pemimpin dipenjara-positif hidup untuk capai matlamat.
  • Sikap adalah pilihan sendiri -penentu perbuatan anda bukannya IQ tetapi sikap positif kita.
  • Mewariskan sikap positif kepada orang disekelilingnya
  • Memelihara sikap positif lebih mudah daripada mendapatnya
  • Memupuk sikap positif - membaca buku,mendengar ceramah,pita motivasi
  • Mencapai sesuatu pada setiap hari
  • Sentiasa bersikap positif setiap hari

MENYELESAIKAN MASALAH

  • Pemimpin yang hebat sentiasa mencari masalah untuk selesaikan
  • Membuat jangkaan masalah-membuat jangkaan penyelesaian
  • Menerima kenyataan masalah dan realitinya - berani berhadapan dan menyelesaikannya
  • Menyedari matlamat yang sebenar dan perkara yang penting
  • Setiap masalah diselesaikan satu persatu- jangan selesaikan masalah sekali gus
  • Jangan berputus asa-jangan berhenti pada masa saat yang sukar
  • Berdamping dengan orang bijak menyelesaikan masalah

MENYELESAIKAN MASALAH ( TEKNIK TEACH )

  • T - Time ( Masa ) Meruangkan masa cari kunci masalah
  • E - Exposure ( Pendedahan ) Cara penyelesaian yang telah terlaksana dahulu
  • A - Assistance ( Bantuan ) Meminta semua ahli kumpulan menyelesaikan masalah
  • C - Creativity ( Kreativiti ) Berbincang menyelesai masalah dengan pelbagai cara
  • H - Hit It ( Laksanakan ) Memilih cara penyelesaian yang terbaik serta laksanakan

HUBUNGAN YANG BAIK

  • Rahsia kejayaan ialah sejauh mana hubungan yang baik dengan orang lain
  • Mempunyai perasaan simpati / belas kasihan /silaturrahim.
  • Memahami orang lain - pujilah pengikut dengan ikhlas- berikan harapan,bimbing mereka,memotivasikan pengikut dan bantu mereka mencapai kejayaan
  • Melayani manusia yang pesonalitinya berbeza dengan pelbagai cara.
  • Menyayangi orang dengan hati yang terbuka
  • Sentiasa membantu orang yang memerlukan bantuan
  • Sentiasa perbaiki minda
  • Mempunyai kekuatan diri - membuat senarai apakah bantuan yang perlu diberikan
  • Memperbaiki hubungan yang putus.

BERTANGGUNGJAWAB

  • Kejayaan yang diperolehi memberi tanggung yang berat
  • Tanggungjawab itu perjuangan - menang ataumati
  • Pemimpin yang bertanggungjawab tidak menyalahkan orang lain
  • Sanggup melakukan apa sahaja bekerja tanpa mengira masa
  • Bekerja keras untuk memajukan organisasi
  • Orang yang bertanggungjawab - bekerja keras selalunya berjaya dan cemerlang
  • Menyiapkan kerja sebagaimana yang diamanahkan
  • Tidak beputus asa
  • Menilai kekurangan diri - cuba atasinya
  • Persiapan memantapkan diri -membaca,tambah kemahiran dan carimentor

BERPENDIRIAN TEGUH

  • Berpendirian teguh - berkayakinan tinggi
  • Berpegang pada prinsip walaupun dikritik hebat
  • Tidak takut menghadapi pelbagai cabaran
  • Memberi semangat & keyakinan diri kepada pengikut
  • Mengenali diri sendiri atau pesonaliti sendiri untuk diperbaiki.
  • Memberi pengiktirafan kepada sumbangan yang diberikan oleh orang lain

SEDIA BERKHIDMAT

  • Berusaha untuk terus berjaya dan maju serta mendahulukan orang lain
  • Pemimpin sebenarnya berkhidmat untuk orang lain dengan ikhlas,belas kasihan.
  • Menyayangi jiran anda seperti anda menyayangi diri sendiri
  • Berkhidmat tanpa mengharapkan apa balasan.
  • Pemimpin yang berkuasa dan yakin akan sedia berkhidmat untuk orang lain
  • Berkhidmat tanpa memikirkan pangkat
  • Tidak memilih siapa yang akan ditolong ,manusia menolong seorang manusia yang lain
  • Berkhidmat demi kasih sayang ,tidak pentingkan diri - mengambil berat masalah orang lain

Selasa, 24 November 2009

KEPIMPINAN YANG EFEKTIF ( 1 )

CIRI - CIRI PEMIMPIN

SEMBILAN ( 9 ) K


  1. Karekter

  2. Karismatik

  3. Komitmen

  4. Komunikasi

  5. Kecekapan

  6. Keberanian

  7. Kebijaksanaan

  8. Keghairahan

  9. Kemahuan

CIRI-CIRI PEMIMPIN

KEREKTER

  • Kebolehan mempengaruhi dan mendorong
  • Meyakinkan pengikut
  • Menentukan cara berfikir dan pendiriannya
  • Kerekter adalah pilihan sendiri
  • Berkelakuan baik untuk diikuti
  • Melibatkan pengikut & orang lain
  • Kejayaan bersama pengikut
  • Mesti kuat dan kukuh jika tidak akan stres
  • Aset yang penting
  • Dapat bezakan yang betul dan salah jangan kabur
  • Mempunayai jiwa dan hati yang besar

KARISMATIK

  • Membuat orang ramai tertarik dan teruja pada dirinya
  • Sentiasa ceria dan gembira
  • Menjadi orang yang mudah didampingi dan didekati
  • Sentiasa mengharapkan yang terbaiki
  • Meningkatkan keyakinan dan semangat diri & pengikut
  • Membantu orang lain mencapai potensi mereka
  • Sentiasa memberi harapan kepada orang lain,mereka tertarik & berterima kasih
  • Berkongsi hidup dan ilmu dengan pengikut
  • Tidak penting diri sendiri memikirkan kebajikan pengikutnya
  • Sentiasa berfikir positif akan memberi harapan
  • Menghadiri kehadiran tetamu dan fokus kepada mereka

KOMITMEN

  • Pemimpin mestilah komited dalam pelbagai hal
  • Tidak berganjak untuk mencapai cita-cita
  • Sanggup bangun semula setelah jatuh
  • Komitmen adalah kejayaan - datang dari lubuk hati
  • Komitmen perlu ada kecekalan hati
  • Komitmen diukur melalui perbuatan anda
  • Komitmen membuka kepada peluang kejayaan
  • Komitmen musuh kegagalan - bangun semula dan terus berusaha tidak kira berapa kali kita dijatuhkan
  • Apakah kerja dan perjuangan yang perlu komitmen
  • Mengumumkan perancangan untuk membuat komitmen

KOMUNIKASI


  • Kebolehan yang baik dalam komunikasi adalah penting
  • Berkongsi maklumat dan ide & sampaikan kepada orang
  • Menjadi komunikator hebat dalam semua keadaan
  • Komunikasi yang baik menjadi ikutan pengikut
  • Masej komunikasi hendaklah mudah dan jelas
  • Komunikasi perlu fokus kepada audiensnya - siapa mereka dan tahap pengetahuannya
  • Keghairahan bercakap bersungguh-sungguh
  • Bersemangat dalam percakapan dan tuturkata
  • Keikhlasan semasa mendengar masalah pengikut
  • Cetuskan keinginan bertindak terhadap apa yang didengarnya
  • Komunikasi dapat memotivasikan orang yang mendengarnya

KECEKAPAN

  • Kecekapan - berkemampuan merancang,menzahirkan hasrst serta melaksanakan
  • Berada dimana sahaja apabila diperlukan dan sentiasa bersedia
  • Terus belajar meningkatkan diri
  • Sentiasa menempati janji - berniat ikhlas ,baik dan bijak memilih
  • Melaksanakan sesuatu perkara dengan cemerlang dan bersungguh-sungguh
  • Memberi inspirasi dan motivasi kepada pengikut
  • Memfokuskan sesuatu subjek atau aktiviti untuk selesaikan masalah
  • Dedikasikan semula diri dan pengikut
  • Menetapkan standard yang lebih tinggi untuk diri sendiri
  • Perbaiki diri dalam bidang kepakaran

KEBERANIAN

  • Sifat yang penting dalam diri manusia " Seorang yang berani sama dengan sesetu majoriti"
  • Berani hadapi cabaran dari segi "Fizikal & Mental "
  • Berani mengambil resiko " Melawan seperti singa "
  • Berani bermula dan berpunca dari dalam diri
  • Kayu ukur - masa hadapi cabaran dan kontroversi
  • Berani mendorong pengikut bekerjasama & berkompromi
  • Melakukan perkara yang selalu betul dan tepat
  • Keberanian akan menaikan semangat pengikut dan memberi inspirasi
  • Keberanian memperkembangkan kehidupan dan peluang baru
  • Berani melakukan perubahan

KEBIJAKSANAAN

  • Kebolehan menilai masalah akar umbi dan menyelesaikan
  • Kebolehan melihat isu-isu penting & punca masalah
  • Membuat penyelesaian dengan cepat dan pantas
  • Membuat pilihan dan menimbangkannya dengan teliti
  • Menggunakan gerak hati dan pengalaman dengan bijak banyakkan pilihan
  • Membuat analisa pencapaian masa lalu - dapat menyelesaikan masalah
  • Meninjau dan menilai fikiran orang lain dengan cara perbincangan

KEGHAIRAHAN

  • Keghairahan untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan
  • Cht - Ghandi - Hak asasi manusia
  • Cht - Churcill - Kebabasan
  • Cht - Martin Luther King - Kesaksamaan
  • Cht - Bill Gates - Teknoloji
  • Menaikan semangat & keazaman lebih tinggi
  • Lebih produktif & berdedikasi
  • Tiada yang mustahil untuk berjaya
  • Semangat keghairahan membawa kepada perubahan
  • Memberi ruang dan masa dengan orang bersemangat

KEMAHUAN

  • Kemahuan untuk terus belajar dan terus memperbaiki diri
  • Terus belajar untuk menjadi pemimpin yang baik
  • Mengatasi sikap " aku sudah berjaya dan berpuas hati "
  • Kejayaan tidak akan kekal ,jika anda berasa anda sudah berjaya
  • Jangan ambil jalan pintas untuk berjaya
  • Buangkan sikap angkuh & ego anda - sebenarnya anda tidak tahu semua perkara
  • Jangan mengulangi kesilapan yang sama - pelajari kesilapan itu dan ambil pengajaran dari nya

BERSAMBUNG KE - KEPIMPINAN YANG EFEKTIF ( 2 )

Jumaat, 20 November 2009

MENJADI USAHAWAN BERJAYA

  1. PENGENALAN
  • Masyarakat yang terbaik ialah masyarakat yang mempunyai ramai usahawan
  • Usahawan merupakan individu yang paling dinamik,kreatif dan inovatif
  • Ushawan sanggup berhadapan dengan keadaan yang ketidaktentuan melalui kreativiti dan kesunguhan untuk mencapai kejayaan
  • Usahawan melihat hari esok dengan penuh peluang dan berkeyakinan untuk merebut peluang itu
  • Usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang baru dan meningkatkan daya saing

EMPAT FAKTOR (4 ) KENAPA USAHAWAN DIPERLUKAN

  1. Menggabungkan faktur pengeluaran - Tanah,Modal,Teknologi,Maklumat,sumber manusia
  2. Melihat dan mengenal pasti peluang-menggiatkan aktiviti untuk kesejahteraan masyarakat
  3. Memilih pendekatan yang terbaik -elakkan penyalahgunaan dan pembaziran -semasa atau selepas menjalankan aktiviti keusahawanan.
  4. Memastikan generasi akan datang mendapat faedah dan kebaikan.

DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

" Perkataan 'Entrepreneur' adalah dalam bahasa inggeris dari bahasa Peranchis ''Entreprendre' yang bermaksud memikul atau mencuba.Manakala dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya dari perkataan 'usaha' menurut kamus dewan,usaha adalah daya upaya termasuk ikhtiar,kegiatan,perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan."

Jean Baptiste Say (1803)

" Usahawan adalah 'organizer' firma perniagaan dan peranannya penting dalam fungsi pengeluaran dan pengedaran "

H.G.Even (1957)

" Usahawan adalah individu atau kumpulan yang memikul tugas menentukan jenis perniagaan,membuat keputusan mengenai bentuk barangan dan perkhidmatan,saiz perniagaan dan sasaran pasaran "

IBNI KHALDUN ( AHLI FALSAFAas mencapai kejayaanH ISLAM )

" Mengambil bentuk sosio-geografis dimana pertemuan individu-individu dengan kemahiran yang dibawa akan melahirkan satu bandar atau city state dalam proses pembentukan bandar ,inilah melahirkan aktiviti keusahawan sebagai satu cara hidup sebahagian daripada ahli dalam masyarakat bandar tersebut "

MAX WEBER ( AHLI SOSIOLOGI )

" Mengemukakan satu model keusahawanan dengan memasukkan elemen keagamaan sebagai asas mencapai kejayaan dalam kegiatan ekonomi.Golongan protestan berjaya dalam ekonomi dalam kontek sistem kapitalisme. "

ALFRED MARSHALL ( AHLI EKONOMI BRITISH )

" Proses evolusi dalam perkembangan keusahawan, perniagaan berkembang dari perniagaan runcit menjadi perniagaan yang menjalankan pelbagai kegiatan "

RICHARD CLINTON ( AHLI EKONOMI PERANCIS )

" Usahawan adalah agen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan "

PERSIAPAN SEBAGAI USAHAWAN

  1. PERANCANGAN YANG RAPI

Perlu bersedia dari segi fizikal,mental,rohani,pemilihan produk,lokasi.jenis perniagaan,pemilihan pekerja,cara pemasaran dan strategi menangani pesaing.

2. KAJIAN DENGAN TELITI

Membuat kajian dengan dan bersesuaian dengan pengalaman,berpengetahuan dan kebolehan.

3. BERHATI HATI

Tidak boleh berniaga secara sambilan atau trial dan error

4. TINDAKAN

Hendaklah dianalisa dari segi kos dan faedah yang diperolehi

STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

  • PERANCANGAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN
  1. Perancangan amat penting
  2. Masa yang sesuai
  3. Berapa lama bertahan
  4. Untung dan rugi
  5. Kajian pemasaran & kemungkinan
  • PENGKELASAN PASARAN
  1. Saiz pasaran
  2. Sasaran pasaran
  3. Lokasi
  4. Umur pasaran
  5. Kajian jantina pasaran
  6. Taraf pendidikan
  • STRATEGI PERLETAKAN HARGA
  1. Harga yang boleh mempengaruhi permintaan
  2. Mengikuti secara dekat harga pesaing
  3. Pemimpin harga baru
  4. Perbezaan harga
  • STRATEGI PEMASARAN
  1. Telah menentukan harga
  2. Mesti diketahui umum produk pengeluaran nya
  3. Minat untuk dibeli
  4. Percaya produk ini baik dan akan dibeli lagi
  5. Pembungkusan mesti menarik
  6. Mudah disimpan - ada kualiti tidak cepat rosak
  7. Dimana nak dipasarkan - bandar atau luar bandar,dipasaraya atau dikedai runcit
  8. Pilih saluran pengagihan - agen,pasaran dibuat sendiri,jualan langsung
  • TENAGA KERJA YANG BERKEMAHIRAN
  1. Tenaga kerja yang mahir
  2. Dorongan kerja yang tinggi
  3. Komited kepada kerja
  4. Pemilihan kerja yang tepat
  5. Gaji berdaya saing
  6. Memberi kursus dan latihan
  7. Mempunyai kaedah penilaian prestasi yang baik
  8. Kurangkan lantikhenti & tidad hadir kerja yang tinggi
  9. Kurangkan komflik antara pekerja dan dengan pekerja
  10. Kurangkan ketidakpuasan & kekecewaan
  • JUMLAH KOS PROJEK
  1. Modal pusingan yang mencukupi
  2. Dari mana sumber kewangan - sendiri atau pinjaman
  3. Tempuh bayaran Balik
  4. Implikasi lain yang akan dihadapi

PERSIAPAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

  • KEMAHIRAN TEKNIKAL
  1. Keupayaan penggunaan pengetahuan kejuruteraan,kewangan,perkaunan dan pemasaran
  2. Kemahiran melalui pengalaman kerja - ini amat penting untuk mengurus syarikat - cara pasar produk cara membuat belanjawan-perancangan dan penyata untung rugi
  3. Membuat polisi dan strategi
  • KEMAHIRAN KEMANUSIAAN
  1. Bekerja dalam satu pasukan
  2. Perlu faham citarasa dan perasaan pekerja
  3. Mampu memotivasikan pekerja
  4. Boleh membaca perwatakan orang
  5. Memilih gaya kepimpinan yang sesuai untuk memajukan syarikat
  6. Sensitif terhadap masalah pekerja
  7. Mudah memberi pujian,fleksible dan boleh pengaruhi pekerja
  8. Merapatkan jarak sosial
  • KEMAHIRAN KONSEPSI
  1. Kemampuan usahawan - menyelaras dan mengintegrasikan semua aktiviti perniagaan-satu set yang menyeluruh terhadap matlamat perniagaannya.
  2. Kemahiran ini melibatkan keupayaan menganalisa,menjangka,mengenalpasti masalah,memulih keadaan,membuat keputusan dan mementau perniagaan.

CIRI-CIRI PERSONALITI USAHAWAN

  • KEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI
  1. Mempunyai personaliti yakin boleh
  2. Pengalaman panduan untuk bertindak
  3. Mempunyai pengetahuan membangunkan kemahiran
  4. Kesilapan sebagai proses pembelajaran
  • KESEDIAAN MENGAMBIL RESIKO
  1. Hendaklah membuat keputusan dengan cepat dalam urusan perniagaan
  2. Resiko dalam perniagaan runcit dan perkhidmatan -perlu di audit perkaunan dan beri latihan.
  • PERSONALITI PROAKTIF
  1. Lebih responsif
  2. Mencari peluang perniagaan
  3. Bersedia menghantar cadangan perniagaan merasa bimbang dan risau di perlekehkan
  4. Bersedia mengambil resiko
  5. Bersedia membuat perubahan

FOKUS KAWALAN

  • KAWALAN DALAMAN - Usahawan perlu mengawal sendiri untung/rugi syarikatnya

- Mempunyai komitmen pada syarikat sendiri

  • KAWALAN LUARAN - Perniagaan perlu mendapat sokongan dari luar

- Perniagaan perlu mempunyai hala tuju atau destinasi

PELUANG MENINGKATKAN EKONOMI

  • PERNIAGAAN KELUARGA
  1. Pemilikan syarikat perseorangan
  2. Pemilikan perkongsian
  • INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
  1. RM 500,000 - RM 2.5 juta pekerja 25-100 orang
  2. Bank Negara Malaysia - RM 250,000 - RM 500,000
  • PERNIAGAAN FRANCIS
  1. Bonia
  2. Kyros kebab
  3. The fish shop
  4. Dunkin donots
  5. KFC
  6. MC Donalds
  7. Kodak
  8. Fuji
  • PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
  1. Pesanan melalui talipon
  2. MLM
  3. Pesanan Pos
  4. Pemasaran pelbagai peringkat
  5. Pemasaran sistem secara parti
  6. Jualan melalaui internet
  • SEKTOR KONTREKTOR
  1. Kontrak sekaligus
  2. Kontrak kecil
  3. Kontrak kerajaan

Khamis, 19 November 2009

PENGURUSAN MASA / MASA ITU EMAS

PUJANGGA BARAT MENYATAKAN :-

" IF I WASTE A MINUTE,I WASTE AN HOUR,IF I WASTE AN HOUR, I WASTE A DAY,IF I WASTE A DAY , I WASTE A LIFE TIME "

PENGENALAN :-
  • Seandainya anda dapat mengawal penggunaan masa anda dengan sempurna ini bermakna telah dapat mengawal hidup anda
  • Kegiatan kehidupan pelajar yang tidak dapat diseimbangkan masanya kemungkinan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar
  • Rahsia kejayaan orang yang berpencapaian tinggi adalah pengurusan masa yang cekap mereka boleh membuat dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan dengan jayanya

MERANCANG APA YANG HENDAK ANDA LAKUKAN

  • Perkara yang penting ialah menetapkan matlamat serta membuat matlamat mengikut keutamaan
  • Setelah anda jelas apakah matlamat anda ini akan memberi peluang dan galakkan kepada anda untuk terus maju kehadapan

EMPAT(4) FAKTOR UTAMA PENGURUSAN MASA YANG BAIK

  1. SPESIFIK

Menentukan masa yang spesifik atau tetap ketika membuat sesuatu perancangan kerja atau keputusan , contoh - menyiapkan kerja dalam tempuh 2 jam.

2. POSITIF

Matlamat hendaklah positif,menukarkan tabiatyang negatif kepada yang lebih terancang dan mempunyai hala tuju serta positif - contoh - meninggalkan tabiat sentiasa menonton TV kepada sikap suka membaca,membantu ibu bapa berkebun dll.

3. REALISTIK

Matlamat itu juga hendaklah yang boleh dicapai dan boleh dilakukan, begitu juga perkara tersebut boleh diubah suai mengikut keadaan masa dan suasana yang diperlukan

4. FLEKSIBEL

Dalam mencapai matlamat hendaklah ada fleksibel iaitu memberi ruang dalam keadaan yang tidak dijangka,tidak boleh terlalu rigid.

EMPAT ( 4 ) KATEGORI MASA

  1. MASA BERSAMA

Masa ini diperuntukkan untuk keluarga,rakan,jiran sekampung.masa ini selalunya untuk berbual atau menziarah rakan

2. MASA PERIBADI

Masa disediakan untuk diri sendiri dan melayan tetamu peribadi atau menemui seseorang yang istimewa

3. MASA BEKERJA

Masa digunakan untuk kerja yang telah ditetapkan di pejabat atau kerja luar yang telah dijadualkan

4. MASA PROJEK

Masa ini digunakan untuk projek seperti pergi kelas tuesyen,bersukan dan kemas rumah