SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Selasa, 12 Januari 2010

MERANCANG KEWANGAN

FIKIR-FIKIRKANLAH.......... PERNAH KAH  TUAN / PUAN  MENGHADAPI DAN BERDEPAN DENGAN SUASANA BEGINI ?

  1. Teringin sangat  hendak menambah pendapatan tetapi tidak tahu bagaimana caranya


  2. Hati berasa bimbang,risau dan gelisah terhadap masa hadapan keluarga jika berlaku sesuatu bencana atau musibah terhadap diri sendiri


  3. Runsing dan risau sumber pendapatan dan simpana wang tidak cukup selepas bersara


  4. Kemungkinan hutang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada setiap bulan


  5. Perbelanjaan bulanan melebehi daripada pendapatan yang diperolehi


  6. Selepas bersara ingin hendak beramal jariah tetapi tidak terlaksana kerana masalah kewangan

CUBA TENANGKAN FIKIRAN DAN KITA FIKIR-FIKIRKAN SEJENAK SITUASI DIATAS ADAKAH IANYA AKAN MEMBELENGGU KEHIDUPAN KITA SEHARIAN  ????????????? 

 

BERIKUT ADALAH LANGKAH-LANGKAH YANG SAYA RASA DAPAT MEMBANTU TUAN/PUAN DALAM MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN TERSEBUT :-

  1. Masalah kewangan


  2. Bersepadu mengurus kewangan


  3. Penglibatan keluarga


  4. Perbelanjaan yang sederhana


  5. Berusaha mencari rezeki


  6. Hutang perlu diurus


  7. Perlindungan Insuran

  8. Pelaburan
  9. Menghadapi persaraan
MASALAH KEWANGAN

Setiap orang akan menghadapi  masalah kewangan jika kita tidak merancangnya dengan betul ,cuba kita catatkan sebaik mungkin apakah punca-punca nya:-

  • Boros - ini berpunca dari sikap nafsu dan kealpaan manusia dalam berbelanja , sikap egoism manusia ,sentiasa didorong dan diransang deria menjadi boros oleh iklan dan gaya hidup moden dan tidak membuat perbelanjaan kepada perkara yang penting


  • Mudah berhutang - berhutang dengan mengunakan kad kredit yang kadar faedahnya tinggi,membeli barang yang mempunyai susut nilai yang tinggi.

     

  • Tiada perancangan dan suka bertangguh - tiada merancang untuk simpana tabung habis bulan habis gaji.Jangan tangguh untuk menabung.Sentiasa hendak melawan arus suka berhutang untuk membeli keperluan hidup untuk menguranagkan rasa rendah diri akhirnya terlalau banyak hutang.Perlu sabar melawan nafsu untuk bergaya


  • Ingin cepat kaya - Ingin mendapat untung yang cepat dan besar dengan itu mereka melabur dalam skim cepat kaya,berjudi dan pelaburan yang tidak sah akhirnya mereka tertipu dan kerugian.

BERSEPADU MENGURUS KEWANGAN
  • Kewangan perlu ditadbir mengikut kepentingan dan keperluannya
  • Mentadbir kewangan dengan kaedah 7P :-
    • Pendapatan
    • Perbelanjaan
    • Pengurusan hutang
    • Pengucian harta
    • Perlindungan
    • Pelaburan
    • Persaraan
  • Rezeki yang halal dan barakah
  • Harta dan wang amanah Allah - tadbirkan dengan sempurna,amanah.jangan tamak dan dekatkan diri dengan Allah
PENGLIBATAN KELUARGA

  • Keluarga perlu dilibatkan dalam perbelanjaan kewangan kerana dengan ini mereka faham kemampuan keluarga dalam perbelanjaan harian


  • Wang juga boleh menimbulkan pergeseran keluarga dengan itu perbelanjaan perlu ada perbincangan dahulu


  • Pergeseran dalam keluarga akan merengangkan kasih sayang,kepercayaan dan rasa ehsan hari demi hari.


  • Kesedaran menabung dalam keluarga amat penting.Bermufakat dan bermusyawarah akan menyusun atur kewangan keluarga,menabung untuk masa hadapan amat penting.


  • Dalam keluarga suami isteri perlu ada persefahaman supaya menimbulkan kesepakatan dalam perbelanjaan kewangan keluarga.

PERBELANJAAN YANG SEDERHANA
  • Kita perlu berbelanja berlandaskan nilai yang terbaik untuk kita,tidak perlu berbelanja sekadar bermewah-mewah atau menunjuk2
  • Kesederhanaan bermaksud berbelanja sekadar kemampuan kita
  • Kesejahteraan kewangan lebih mudah tercapai jika kita memahami tabiat berbelanja hanya kepada yang perlu sahaja.
  • Keperluan perbelanjaan hanya berdasarkan keperluan bukan kemahuan nafsu semata2 dengan kaedah ini kita boleh menolak ransangan nafsu terhadap pengaruh iklan dan jenama barangan produk.
  • Mengurangkan perbelanjaan harian dengan cara :-
    • membuat analisa keperluan perbelanjaan rumah
    • keluarga berjimat - beli secara pukal,jualan istimewa,elak belanja diluar,kawal bil tel,air dan letrik
  • Jimat bayaran cukai- manafaat pelepasan cukai
    • derma
    • yuran pendidikan
    • perubatan
    • pelepasan anak
    • zakat dan fitrah
    • insuran dan kwsp
  • Sebelum berbelanja cuba fikirkan pekara ini ?
    • adakah perlu saya beli barang itu?
    • berapa lama saya perlu berhutang?
    • adakah alternatif yang lebih murah
  • Kurangkan belanja rumah
    • belanja mengikut pendapatan
    • berjimat - jangan membazir berbelanja lauk pauk berlebihan
    • wang yang lebih boleh dibuat simpanan
BERUSAHA DALAM MENDAPATKAN REZEKI
  • Kita perlu memberi tumpuan dan keutamaan dalam pekerjaan
  • Pekerjaan ada dimana2 hanya kita perlu berusaha dan memfokuskan kepada kejayaan
  • Kita tidak perlu berusaha hanya pada bidang yang kita pelajari sahaja kita harus buka minda kita lebih luas lagi dalam pelbagai bidang
  • Mencari rezeki adalah tuntutan agama Islam dan rezrki ada dimana2 sahaja.
  • Dalam Islam 9 daripada 10 rezeki adalah dalam bidang perniagaan dengan itu kita boleh memfokuskan rezeki kita di bidang perniagaan.
  • Bekerja sebaiknya hendaklah sepenuh masa kerana kita akan memberi penumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan
  • Carilah rezeki dengan sumber yang halal
  • Pekerjaan ada dalam sektor awam,swasta dan perniagaan sendiri.
  • Bekerja secara separoh masa - jualan langsung,berniaga pasar malam,menjual burger,menjual insuran dll
  • Menambah pendapatan dengan pelaburan - sebaiknya jangan berhutang kerana ini akan menjadi beban jika kerugian,pelaburan yang tinggi juga mempunyai resiko yang tinggi.
URUSAN HUTANG  

  • Setiap orang kebiasaannya aad mempunyai hutang

  • Cara yang mudah mengelakkan berhutang ialah berbelanjalah mengikut kemampuan kita

  • Perlu mengusun cara melangsaikan hutang iaitu menyenaraikan hutang yang ada,ansuran bayaran pinjaman dan tempuh bayaran.

  • Bayar hutang satu persatu , bayar yang sedikit dahulu

  • Cuba elakkan hutang mudharat yang membebankan - elakkan penggunaan kad kad kredit,sewa beli skim bayaran mudah kerana ini semua merangsang kita berbelanja berlebihan dan melebehi kemampuan

  • Sebaik-baiknya berbelanja secara tunai dan berbelanja mengikut kemampuan


  • Bayar hutang satu persatu ,langsaikan hutang yang sedikit dahulu


  • Hutang perlu dibayar dengan pelbagai cara

    • kurangkan perbelanjaan 10% - gunakan bayar hutang
    • gunakan simpanan yang ada
    • keluarkan EPF
    • jual saham pelaburan
    • refinance rumah jika perlu
    • pinjam dari keluarga dan sahabat handai - jika perlu
       
PERLINDUNGAN INSURAN DAN TAKAFUL

  • Lindungi harta yang tidak mampu ditanggung dengan insuran spt rumah,kereta barang kemas dll


  • Insuran perubatan untuk keluarga,insuran hayatdan insuran hilang upaya dan pakeso

PELABURAN MASA HADAPAN
  • Membuat pelaburan untuk jangka panjang spt ASB,ASN,SAHAM AMANAH.
  • Pelaburan membeli rumah dan  tanah - harga akan meningkat dan resikonya rendah
MENGHADAPI PERSARAAN
  • Selepas bersara hayat kita masih panjang lagi - perlu ada simpanan
  • Perlu ketahui keperluan kewangan selepas bersara - berbelanja kepada keperluan
  • Saki baki hayat kita perlukan simpanan dan pelaburan
  • Pendapatan selepas bersara adalah terhad dengan itu segala perbelanjaan perlu berhemah 
ADAKAH KAYA PENENTU KEBAHGIAN ?
  • Kekayaan bukan syarat mutlak untuk bahagia
  • Kebahagian dan kesejahteraan keluarga adalah matlamat utama pengurusan kewangan
  • Merancanglah kewangan mengikut kebahagian hidup,jangan mengikut nafsu
  • Kadangkala masyarakat menilai status kita dengan kewangan dan harta,adakah kita boleh menerimanya ?
  • Pada dasarnya ramai orang yang kaya yang tidak melahirkan wajah-wajah yang gembira dan tenang
  • Ada antara kita yang mengejar kebahgian melalui kekayaan,namun mereka juga menemui jalan yang buntu.
KESIMPULAN
  • Kita sekeluarga perlulah merancang kewangan dengan lebih teliti dan rapi dan sebaiknya perancangan kewangan perlu diketahui dan bermusyawarah dengan keluarga
  • Menyenaraikan keperluan yang penting dan utama sebelum membuat keputusan
  • Sebagai seorang manusia kita perlu bersedia membuat simpanan awal.
  • Rezeki yang diperolehi perlu dikongsi dengan ibu dan bapa berbuat ehsanlah kepada mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan