SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Khamis, 19 November 2009

PENGURUSAN MASA / MASA ITU EMAS

PUJANGGA BARAT MENYATAKAN :-

" IF I WASTE A MINUTE,I WASTE AN HOUR,IF I WASTE AN HOUR, I WASTE A DAY,IF I WASTE A DAY , I WASTE A LIFE TIME "

PENGENALAN :-
  • Seandainya anda dapat mengawal penggunaan masa anda dengan sempurna ini bermakna telah dapat mengawal hidup anda
  • Kegiatan kehidupan pelajar yang tidak dapat diseimbangkan masanya kemungkinan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar
  • Rahsia kejayaan orang yang berpencapaian tinggi adalah pengurusan masa yang cekap mereka boleh membuat dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan dengan jayanya

MERANCANG APA YANG HENDAK ANDA LAKUKAN

  • Perkara yang penting ialah menetapkan matlamat serta membuat matlamat mengikut keutamaan
  • Setelah anda jelas apakah matlamat anda ini akan memberi peluang dan galakkan kepada anda untuk terus maju kehadapan

EMPAT(4) FAKTOR UTAMA PENGURUSAN MASA YANG BAIK

  1. SPESIFIK

Menentukan masa yang spesifik atau tetap ketika membuat sesuatu perancangan kerja atau keputusan , contoh - menyiapkan kerja dalam tempuh 2 jam.

2. POSITIF

Matlamat hendaklah positif,menukarkan tabiatyang negatif kepada yang lebih terancang dan mempunyai hala tuju serta positif - contoh - meninggalkan tabiat sentiasa menonton TV kepada sikap suka membaca,membantu ibu bapa berkebun dll.

3. REALISTIK

Matlamat itu juga hendaklah yang boleh dicapai dan boleh dilakukan, begitu juga perkara tersebut boleh diubah suai mengikut keadaan masa dan suasana yang diperlukan

4. FLEKSIBEL

Dalam mencapai matlamat hendaklah ada fleksibel iaitu memberi ruang dalam keadaan yang tidak dijangka,tidak boleh terlalu rigid.

EMPAT ( 4 ) KATEGORI MASA

  1. MASA BERSAMA

Masa ini diperuntukkan untuk keluarga,rakan,jiran sekampung.masa ini selalunya untuk berbual atau menziarah rakan

2. MASA PERIBADI

Masa disediakan untuk diri sendiri dan melayan tetamu peribadi atau menemui seseorang yang istimewa

3. MASA BEKERJA

Masa digunakan untuk kerja yang telah ditetapkan di pejabat atau kerja luar yang telah dijadualkan

4. MASA PROJEK

Masa ini digunakan untuk projek seperti pergi kelas tuesyen,bersukan dan kemas rumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan