SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Jumaat, 20 November 2009

MENJADI USAHAWAN BERJAYA

  1. PENGENALAN
  • Masyarakat yang terbaik ialah masyarakat yang mempunyai ramai usahawan
  • Usahawan merupakan individu yang paling dinamik,kreatif dan inovatif
  • Ushawan sanggup berhadapan dengan keadaan yang ketidaktentuan melalui kreativiti dan kesunguhan untuk mencapai kejayaan
  • Usahawan melihat hari esok dengan penuh peluang dan berkeyakinan untuk merebut peluang itu
  • Usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang baru dan meningkatkan daya saing

EMPAT FAKTOR (4 ) KENAPA USAHAWAN DIPERLUKAN

  1. Menggabungkan faktur pengeluaran - Tanah,Modal,Teknologi,Maklumat,sumber manusia
  2. Melihat dan mengenal pasti peluang-menggiatkan aktiviti untuk kesejahteraan masyarakat
  3. Memilih pendekatan yang terbaik -elakkan penyalahgunaan dan pembaziran -semasa atau selepas menjalankan aktiviti keusahawanan.
  4. Memastikan generasi akan datang mendapat faedah dan kebaikan.

DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

" Perkataan 'Entrepreneur' adalah dalam bahasa inggeris dari bahasa Peranchis ''Entreprendre' yang bermaksud memikul atau mencuba.Manakala dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya dari perkataan 'usaha' menurut kamus dewan,usaha adalah daya upaya termasuk ikhtiar,kegiatan,perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan."

Jean Baptiste Say (1803)

" Usahawan adalah 'organizer' firma perniagaan dan peranannya penting dalam fungsi pengeluaran dan pengedaran "

H.G.Even (1957)

" Usahawan adalah individu atau kumpulan yang memikul tugas menentukan jenis perniagaan,membuat keputusan mengenai bentuk barangan dan perkhidmatan,saiz perniagaan dan sasaran pasaran "

IBNI KHALDUN ( AHLI FALSAFAas mencapai kejayaanH ISLAM )

" Mengambil bentuk sosio-geografis dimana pertemuan individu-individu dengan kemahiran yang dibawa akan melahirkan satu bandar atau city state dalam proses pembentukan bandar ,inilah melahirkan aktiviti keusahawan sebagai satu cara hidup sebahagian daripada ahli dalam masyarakat bandar tersebut "

MAX WEBER ( AHLI SOSIOLOGI )

" Mengemukakan satu model keusahawanan dengan memasukkan elemen keagamaan sebagai asas mencapai kejayaan dalam kegiatan ekonomi.Golongan protestan berjaya dalam ekonomi dalam kontek sistem kapitalisme. "

ALFRED MARSHALL ( AHLI EKONOMI BRITISH )

" Proses evolusi dalam perkembangan keusahawan, perniagaan berkembang dari perniagaan runcit menjadi perniagaan yang menjalankan pelbagai kegiatan "

RICHARD CLINTON ( AHLI EKONOMI PERANCIS )

" Usahawan adalah agen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan "

PERSIAPAN SEBAGAI USAHAWAN

  1. PERANCANGAN YANG RAPI

Perlu bersedia dari segi fizikal,mental,rohani,pemilihan produk,lokasi.jenis perniagaan,pemilihan pekerja,cara pemasaran dan strategi menangani pesaing.

2. KAJIAN DENGAN TELITI

Membuat kajian dengan dan bersesuaian dengan pengalaman,berpengetahuan dan kebolehan.

3. BERHATI HATI

Tidak boleh berniaga secara sambilan atau trial dan error

4. TINDAKAN

Hendaklah dianalisa dari segi kos dan faedah yang diperolehi

STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

  • PERANCANGAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN
  1. Perancangan amat penting
  2. Masa yang sesuai
  3. Berapa lama bertahan
  4. Untung dan rugi
  5. Kajian pemasaran & kemungkinan
  • PENGKELASAN PASARAN
  1. Saiz pasaran
  2. Sasaran pasaran
  3. Lokasi
  4. Umur pasaran
  5. Kajian jantina pasaran
  6. Taraf pendidikan
  • STRATEGI PERLETAKAN HARGA
  1. Harga yang boleh mempengaruhi permintaan
  2. Mengikuti secara dekat harga pesaing
  3. Pemimpin harga baru
  4. Perbezaan harga
  • STRATEGI PEMASARAN
  1. Telah menentukan harga
  2. Mesti diketahui umum produk pengeluaran nya
  3. Minat untuk dibeli
  4. Percaya produk ini baik dan akan dibeli lagi
  5. Pembungkusan mesti menarik
  6. Mudah disimpan - ada kualiti tidak cepat rosak
  7. Dimana nak dipasarkan - bandar atau luar bandar,dipasaraya atau dikedai runcit
  8. Pilih saluran pengagihan - agen,pasaran dibuat sendiri,jualan langsung
  • TENAGA KERJA YANG BERKEMAHIRAN
  1. Tenaga kerja yang mahir
  2. Dorongan kerja yang tinggi
  3. Komited kepada kerja
  4. Pemilihan kerja yang tepat
  5. Gaji berdaya saing
  6. Memberi kursus dan latihan
  7. Mempunyai kaedah penilaian prestasi yang baik
  8. Kurangkan lantikhenti & tidad hadir kerja yang tinggi
  9. Kurangkan komflik antara pekerja dan dengan pekerja
  10. Kurangkan ketidakpuasan & kekecewaan
  • JUMLAH KOS PROJEK
  1. Modal pusingan yang mencukupi
  2. Dari mana sumber kewangan - sendiri atau pinjaman
  3. Tempuh bayaran Balik
  4. Implikasi lain yang akan dihadapi

PERSIAPAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

  • KEMAHIRAN TEKNIKAL
  1. Keupayaan penggunaan pengetahuan kejuruteraan,kewangan,perkaunan dan pemasaran
  2. Kemahiran melalui pengalaman kerja - ini amat penting untuk mengurus syarikat - cara pasar produk cara membuat belanjawan-perancangan dan penyata untung rugi
  3. Membuat polisi dan strategi
  • KEMAHIRAN KEMANUSIAAN
  1. Bekerja dalam satu pasukan
  2. Perlu faham citarasa dan perasaan pekerja
  3. Mampu memotivasikan pekerja
  4. Boleh membaca perwatakan orang
  5. Memilih gaya kepimpinan yang sesuai untuk memajukan syarikat
  6. Sensitif terhadap masalah pekerja
  7. Mudah memberi pujian,fleksible dan boleh pengaruhi pekerja
  8. Merapatkan jarak sosial
  • KEMAHIRAN KONSEPSI
  1. Kemampuan usahawan - menyelaras dan mengintegrasikan semua aktiviti perniagaan-satu set yang menyeluruh terhadap matlamat perniagaannya.
  2. Kemahiran ini melibatkan keupayaan menganalisa,menjangka,mengenalpasti masalah,memulih keadaan,membuat keputusan dan mementau perniagaan.

CIRI-CIRI PERSONALITI USAHAWAN

  • KEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI
  1. Mempunyai personaliti yakin boleh
  2. Pengalaman panduan untuk bertindak
  3. Mempunyai pengetahuan membangunkan kemahiran
  4. Kesilapan sebagai proses pembelajaran
  • KESEDIAAN MENGAMBIL RESIKO
  1. Hendaklah membuat keputusan dengan cepat dalam urusan perniagaan
  2. Resiko dalam perniagaan runcit dan perkhidmatan -perlu di audit perkaunan dan beri latihan.
  • PERSONALITI PROAKTIF
  1. Lebih responsif
  2. Mencari peluang perniagaan
  3. Bersedia menghantar cadangan perniagaan merasa bimbang dan risau di perlekehkan
  4. Bersedia mengambil resiko
  5. Bersedia membuat perubahan

FOKUS KAWALAN

  • KAWALAN DALAMAN - Usahawan perlu mengawal sendiri untung/rugi syarikatnya

- Mempunyai komitmen pada syarikat sendiri

  • KAWALAN LUARAN - Perniagaan perlu mendapat sokongan dari luar

- Perniagaan perlu mempunyai hala tuju atau destinasi

PELUANG MENINGKATKAN EKONOMI

  • PERNIAGAAN KELUARGA
  1. Pemilikan syarikat perseorangan
  2. Pemilikan perkongsian
  • INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
  1. RM 500,000 - RM 2.5 juta pekerja 25-100 orang
  2. Bank Negara Malaysia - RM 250,000 - RM 500,000
  • PERNIAGAAN FRANCIS
  1. Bonia
  2. Kyros kebab
  3. The fish shop
  4. Dunkin donots
  5. KFC
  6. MC Donalds
  7. Kodak
  8. Fuji
  • PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
  1. Pesanan melalui talipon
  2. MLM
  3. Pesanan Pos
  4. Pemasaran pelbagai peringkat
  5. Pemasaran sistem secara parti
  6. Jualan melalaui internet
  • SEKTOR KONTREKTOR
  1. Kontrak sekaligus
  2. Kontrak kecil
  3. Kontrak kerajaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan