SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Sabtu, 2 Januari 2010

MENGHALANGI STRESS

PENGENALAN

Selalunya stress sentiasa dikaitkan dengan perkara yang negatif contohnya seperti bos ditempat kerja sentiasa memantau pekerja yang lemah prestasi kerjanya

Namun demikian ada juga stress yang positif contoh pekerja yang dinaikan pangkat tetapi perlu bertukar ke tempat lain atau ke negeri lain.

Satu contoh lagi pelajar-pelajar sekolah atau universiti mendapat kejayaan cemerlang atau anugerah dekan dengan belajar keras didalam keadaan yang terkekan tetapi mereka berjaya.

DEFINISI

IVENCEVICH & MATTESON " Stress adalah interaksi setiap individu dengan keadaan persekitarannya"

BEEHR & NEWMAN " Keadaan yang ujud semasa manusia berinteraksi ketika bekerja serta perubahan perwatakan sesama manusia menjadikan satu kekuatan atau paksaan untuk mereka keluar dari fungsi yang normal "

PADA DASAR , KESELURUHANNYA BOLEH DIKATAKAN " Stress adalah penyesuaian diri manusia terhadap keadaan fizikal,psikologikal dan juga perubahan tingkah laku "


APAKAH PUNCA-PUNCA STRESS ATAU TEKANAN

1. SIFAT PERIBADI


  • Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist) dan terlalu cerewet
  • Bercita-cita tinggi
  • Sikap buruk sangka
  • Mengumpat
  • Mengadu domba
  • Pemarah dan terlalu tegas
  • Pendiam dan sering memendam perasaan
  • Kekecewaan dan kegagalan
  • Kesunyian dan kehilangan sesuatu yg disayangi

2. TEMPAT BEKERJA

  • Tugas yang berat
  • Ketua yang cerewet
  • Masalah orang bawahan
  • Membuat keputusan yang menyukarkan
  • Huraian tugas yang kabur
  • Masalah rakan sekerja
  • Persekitaran tempat kerja yang tidak teratur

3. KELUARGA

  • Kerenah pasangan / ibu bapa / anak-anak
  • Campur tangan orang ketiga
  • Kurang berkomunikasi
  • Masalah kewangan

4. BAHAN KIMIA

  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Dadah
  • Alkohol

APAKAH KESAN-KESAN KEPADA STRESS / TEKANAN

  • Masalah ksihatan
  • Menghadapi sakit kepala
  • Menghadapi sakit belakang
  • Penyakit kulit
  • Mengidap darah tinggi
  • Sembelit

MEMPERBAIKI KELEMAHAN

  • Dapat melahirkan daya kreatif
  • Meningkatkan keyakinan diri seseorang dan boleh muhasabah diri
  • Meningkatkan prestasi
  • Mematangkan fikiran seseorang
  • Lebih bertanggungjawab dan akan berusaha memperbaiki kelemahan

KONFLIK DIRI

  • Mudah berputus asa
  • Membenci orang lain
  • Merasai diri dibenci
  • Mempunyai sikap buruk sangka
  • Suka mengumpat
  • Kurang berupaya membuat keputusan
  • Pesimis
  • Sentiasa bersikap sedih
  • Bersikap kecewa
  • Badan berasa cepat letih

PANDUAN MENGURUSKAN STRESS / TEKANAN

  • Mula-mula anda perlu mengenal pasti apakah masalah yang menyebabkan anda stress atau tertekan.
  • Anda perlu mengenal pasti apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah stress tersebut
  • Jangan sekali-kali berputus asa dengan usaha yang dilakukan
  • Jangan menyalahkan orang lain,ini akan meningkatkan lagi stress kita
  • Anda perlu meluahkan perasaan kepada kaunselor atau seseorang yang anda percayai
  • Memupuk desiplin diri dengan bersikap jujur pada diri sendiri dan cuba mengakui kesilapan dan kelemahan diri anda
  • Menjauhi diri anda dari orang yang boleh menyebabkan anda stress
  • Anda perlu mencari rakan atau sahabat yang berfikiran positif
  • Perlu menerima hakikat bahawa bukan semua matlamat akan berhasil dengan sempurna atau berjaya
  • Hendaklah bersikap optimis dimana anda perlu mempunyai fikiran yang positif ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan
  • Anda mesti menjaga kesihatan mental dan fizikal
  • Anda perlu dapat merehatkan diri dengan secukupnya serta buat membuat perancangan cuti yang baik
  • Cuba mengamalkan cara hidup yang sihat serta menjaga diet pemakanan anda
  • Sebagai seorang Islam anda hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama kerana ianya akan memberi ketenangan dan kedamaian dalam hidup anda seharian

KAEDAH-KAEDAH MENGHALANGI STRESS

  • Anda hendaklah rehatkan diri anda mengikut keselesaan sendiri
  • Membuat meditasi seperti berzikir dan mengingati Allah SWT
  • Mendengar muzik dan beriadah
  • Menggunakan teknik aroma therapy seperti wangi-wangian
  • Melakukan senaman dan mengurut pada leher dan bahu
  • Meluahkan perasaan kepada seseorang yang memahami diri anda
  • Memaafkan kesalahan orang-orang yang menyebabkan anda menghadapi stress
  • Memastikan diri anda sentiasa tersenyum dan ceria selalu
  • Gengam jari jemari anda dengan kuat dan buka gengaman serentak dengan hembusan nafas
  • Kunjungilah dan buat lawatan ke tempat-tempat yang menarik
  • Perbanyakkan meminum air mineral atau suam
  • Banyakkan makanan yang mengandung vitamin c
  • Menangislah supaya anda dapat menstabilkan emosi anda
  • Sebaik-baiknya perbanyakkan aktiviti keagamaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan