Didalam Agama Islam seseorang wanita yang lebih dikenali sebagai ibu memiliki kedudukan yang mulia dan terhormat, Baginda SAW telah menanamkan rasa hormat terhadap wanita,Baginda bersabda :
" Sesuatu yang paling berharga didunia ialah wanita solehah "
Allah telah memuliakan wanita dengan keupayaan mereka melahirkan zuriat,segagah manapun lelaki ia tidak mungkin memiliki keupayaan ini.
Menjalankan tanggungjawab sebagai ibu adalah sangat berat,tangannyalah yang mencorakan masa depan anak-anak,merekalah yang berjaya membentuk hidup sejahtera didunia dan diakhirat.
KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM
" Berbuat baiklah terhadap wanita,kerana mereka dicipta daripada tulang rusuk dan bahagian rusuk yang paling bengkok yang diatas sekali.Jika kamu cuba meluruskannya kamu akan mematahkannya.Jika dibiarkannya sahaja tulang itu akan tetap bengkok maka berbuat baiklah terhadap wanita " ( Riwayat Bukhari )
" Seseorang Muslim tidak seharusnya mencaci isterinya dan jika dia tidak menyukainya sesuatu yang buruk yang ada pada isterinya maka dia akan menyukai sesuatu yang baik yang ada padanya " ( Riwayat Muslim )
" Tetapi pergaulilah mereka dengan baik ,kerana jika kamu membenci mereka,mungkin kamu membenci sesuatu yang telah Allah berikan banyak kebaikan kepadanya " ( Surah Al-Nisa 4:19 )
TANGGUNGJAWAB SEORANG IBU
Menjalankan tanggungjawab sebagaiseorang ibu adalah sangat berat.Ibu mesti memberi perhatian kepada tiga (3) unsur iaitu fizikal,mental dan spiritual.Unsur ini berkembang mengikut usia anak-anak.Perkembangan yang tidak seimbang mencatatkan kesempurnaan peribadi anak-anak itu.
TIGA UNSUR YANG UTAMA DAN PENTING :
1. UNSUR PERKEMBANGAN FIZIKAL
Makanan yang berzat - bayi diberi susu badan ini baik untuk antibodi dan menyelakan dari pelbagai penyakit
memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi sebagaimana yang telah ditetapkan
Pakaian diri dan kediamannya hendaklah bersih.
Anak-anak yang sakit perlu dibuat pemereksaan doktor engan segera,sebaiknya perlu menemui doktor setiap 6 bulan.
Latihan riadah secukupnya.
2. UNSUR PERKEMBANGAN MENTAL
Semasa mengandung - wanita atau ibu gemar membaca dan berfikir ia akan turun keanak tabiat membaca
Sematkan minat membaca kepada anak dari kecil lagi - sediakan buku yang anak minati,ibu tunjukkan minat membaca sebagai role model kepada anak.
Jangan biarkan anak2 terbiar tanpa aktiviti - berikan bahan mainan semasa kecil atau tugas apabila mereka telah remaja
Layanlah seoalan yang anak bertanya - jangan kata budak2 tidak perlu tahu
Ajukan persoalan yang membuat anak berfikir seperti - mengapa dan bagaimana ? bukan siapa atau apa.
Latih anak merancang - membuat keputusan sendiri - ibu hanya memberi petunjuk dan garis panduan
3. UNSUR PERKEMBANGAN SPIRITUAL
Perkara yang berkaitan dengan spiritual atau kerohanian sering diabaikan oleh ibu.Perkembangan teknologi yang pesat menimbulkan masalah yang keronik kepada manusia
Sewaktu mengandung - ibu hendaklah menjaga akhlak dan ibadah isyaAllah wanita akan melahirkan anak yang mudah dibentuk kearah kebaikan.
Mengajar anak menghurmati bapa mereka - menghurmati orang yang lebih tua dari mereka - mendahulukan orang tua ketika makan dan mencium tangan orang yang tua darinya.
Selalu menceritakan kehebatan Allah - Allah nampak apa yang kita buat
Membiasakan anak dengan kehidupan Islam-seperti membaca doa sebelum makan,makan secara seluarga dan sembahyang berjemaah.
Jauhkan anak2 dari pengaruh negatif -seperti menonton program TV dan DVD yang negatif - sentiasa terangkan yang mana baik dan yang mana buruk.
Biasakan anak agar mentaati ayah dan guru
Ajar anak2 agar memahami pengajaran Al-Quran - kerana kita orang Islam ,tanamkan semangat sayangkan agama Islam
Perhatikan minat anak,halakan kearah yang baik dan diminatinya
Tunjukkan adap pergaulan yang baik dalam lapisan masyarakat
Tanamkan semangat positif kepada anak2 agar mereka mempunyai cita-cita yang kehadapan.
Membiasakan anak2 berakhlak dan berhati mulia - puji anak2 dikhalayak ramai sekali sekala agar mereka merasa dihormati dan disanjung,memberi nasihat kepada anak2 dengan kata-kata yang lembut dan hindarkan kata-kata yang kasar.
Latihlah anak2 mempunyai perasaan yang malu - malu melakukan maksiat dan mungkar dan berani menegakkan kebenaran
Jangan biasakan anak2 meminjam atau mengambil harta orang lain tetapi mendidik mereka memberi makanan dan mainan kepada rakannya,ini akan melatihnya tidak mementingkan diri sendiri
Anak2 dilarang menggunakan kata-kata yang kesat dan kasar mereka perlu diperhatikan jangan terikut dengan rakan-rakan sebaya yang bersikap negatif.
Elakkan anak2 anda bergaul dengan rakan-rakan yang suka bermewah-mewah
Doakan anak2 selalu agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah
Jangan biasakan anak2 melakukan kerja secara rahsia kerana ini melatih mereka melakukan kejahatan secara bersembunyi.
Melatih anak2 mendirikan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun
Hiburkan mereka dengan dendangan lagu nashid,tahlil atau ayat Al-Quran
Mendidik anak-anak hendaklah tidak terlampau manja dan latih mereka berdikari
apabila anak2 terjatuh biarkan mereka bangun sendiri tanpa dibantu ini melatih mereka berjiwa kuat dan tahan lasak
Jangan biasakan anak2 dengan kemewahan dan kesenangan ,biasakan mereka membuat kerja sesekali ,latih mereka makan dengan satu lauk dan tidur tanpa bantal ini melatih mereka supaya berjiwa kuat dan tahan lasak
MASALAH ANAK NAKAL
ANAK-ANAK ADALAH AMANAH ALLAH KEPADA KEDUA IBU BAPA KADANG KALA IANYA MERAGAM DAN TAK MENDENGAR KATA,INI AKAN MENYAKITKAN HATI IBU-IBU DAN INI BOLEH MENGHILANG SUASANA KEBAHAGIAN DAN MENGUNDANG KEKECEWAAN
BAGAIMANA MENGATASI MASALAH INI ?
Ibu-ibu perlu sedar anak yang nakal adalah untuk mendidik ibu itu sendiri agar meningkatkan kesabaran menghadapi kerenah mereka
Jangan terlalu bimbang akan masa depan anak yang nakal ,jangan rasa putus dan kecewa hanya perlu bersabar dan berusaha membaikinya,ada yang menjadi pintar apabila dewasa dengan doa ibu yang berterusan disamping didikan yang tepat menurut Islam.
Cara yang paling berkesan untuk menguruskan dan mengurangkan kenakalan anak2 ialah dengan mengalihkan perhatian kepada sesuatu akticiti atau perkara yang menarik perhatian mereka.
Menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk mengisi masa lapang mereka,biarkan mereka dengan ide yang kreatif asalkan tidak memudaratkan mereka ini bertujuan untuk mengelakkan kebosanan mereka.
Jangan menghalang dan menghadkan permainan mereka,main itu tak boleh main ini tak boleh ini mengecewakan dan membosankan mereka dan akhirnya menjadi jumud.
Anak2 kurang mendapat belaian kasih sayang dari ibu bapa kerana kesibukan ibu bapa dengan kerja harian untuk mengumpul harta dunia,peluklah anak tunjukkan kasih sayang kepada mereka kasih sayang perlu dizahirkan bukan hanya simpan dihati.
Ibu boleh mengenali kelemahan anaknya,apabila mandikan anak eloklah dibacakan dalam hatinya ayat Al-Quran agar hatinya lembut atau berikannya air yasin atau air tahlil untuk kebaikan anak.
CARA MENGHUKUM KESALAHAN ANAK-ANAK
Apabila anak2 sesekali melakukan kesalahan,sebagai ibu buat tak nampak atau tak perasaan ini kemungkinan mereka tak nampak
Anak2 yang belum berumur sepuluh tahun jangan di pukul memadai menerangkan kepada mereka kesalahan yang dilakukan
Jangan cepat memarahi anak2 jangan sekali-kali menggunakan kata-kata yang kesat dan keji , anak2 akan menurutinya pula.
Kesalahan yang sering dilakukan ,mereka perlu diberi nasihat dan tunjuk ajar - jangan jemu untuk menunjuk ajar mereka sehingga mereka meninggalkan tabiat buruk mereka.
Tegurlah kesalahan yang dilakukan secara empat mata ini melatih mereka supaya tidak membuka aib orang lain atau menghina orang dihadapan umum.
Utamakan dahulu menasihati dan menunjukkan ajar anak tanpa rasa jemu,sebaiknya jangan kerap memukul anak.
Jika terpaksa memukul anak pastikan hukuman itu hanya untuk mendidiknya bukan melepaskan geram dan tidak mendera atau mencederakannya.
Hukumlah kesalahannya mengikut garisan syariat seperti dia meninggalkan sembahyang ,jangan besar-besarkan kesalahan yang kecil.
Elakkan memukul anak dengan tangan kerana ulamak ada menyatakan memukul anak dengan tangan akan menyebabkan anak bertambah degil.
Menegur dan menasihat anak-anak boleh dilakukan dihadapan umum tetapi tanpa menyebut namanya.
RASULULLAH S.A.W. TELAH BERSABDA
" SESUATU PEMBERIAN YANG LEBIH UTAMA DARIPADA SESEORANG BAPA KEPADA ANAKNYA IALAH MENGAJARNYA ADAP,MENGAJAR ANAK ADAP ITU LEBIH UTAMA DARPADA MENAKUT-NAKUTKAN IA DENGAN PUKULAN KERANA MENINGGALKAN KEBAIKAN ATAU MELANGGAR LARANGAN ALLAH "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan