SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Selasa, 3 Mac 2009

KELUARGA CEMERLANG - BAHAGIAN 2A

KESILAPAN-KESILAPAN YANG DILAKUKAN OELH IBU-BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK. KENAPAKAH INI BERLAKU ? DARIPADA PENGALAMAN SAYA MEMBERI CERAMAH MOTIVASI KEPADA IBU-BAPA DAN PERBUALAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN DENGAN IBU BAPA BERIKUT ADALAH PUNCA DAN SEBAB MUSABAB YANG PERNAH DILUAHKAN OLEH MEREKA :-

1. Dewasa ini ibu bapa kurang berdoa terhadap kesejahteraan keluarga dan anak-anak mereka.
kehidupan mereka terlalu sibuk mencari kebendaan diatas dunia ini kadang kala anak-anak ini hidup bersendirian tanpa asuhan dan perhatian dari ibu bapa.
2. Ibu bapa sering memperkecilkan kebolehan anak-anaknya.Anak yang kurang mencerlah dan kurang pandai dalam pelajaran akademik sering diperlekehkan.Sepatutnya anak-anak ini terus di beri ransangan dan semangat untuk terus maju bimbingan berterusan harus diberi mereka perlu diarah menuju kehadapan dengan bidang yang mereka minati seperti dibidang kemahiran.
3. Dalam proses mendidik anak-anak ibu bapa perlu bertegas terutama menjadualkan waktu mereka patut belajar dan mengaji.Dewasa ini perkara ini kurang diambil pusiang oleh ibu bapa bahkan mereka kurang berkomunikasi dengan anak-anak mereka mereka pulang lewat malam dan mereka tidak mengetahui dimana anak mereka berada pada waktu itu.Kedua ibu bapa sibut mencari kekayaan dunia.
4. Lebih banyak memberi belaian negatif dari positif.Apa yang saya maksudkan ibu bapa benyak memberi ruang kepada anak-anak bebas dalam pergaulan mereka tanpa dibimbing dan di tunjuk ajar yang baik. seandai anak memilih rakan yang bersikap negatif maka terjerumuslah anak-anak kejalan yang berliku-liku dan sukar untuk berpatah balik kejalan yang lurus.
5. Dewasa ini ketua rumah ia itu ibu bapa kurang dapat menyesuaikan diri dengan anak-ank apa yang saya maksudkan ialah sukar menjadi rakan dan sahabat kepada anak-anak,kadang kala mereka perlukan tempat untuk meluahkan perasaan kecewa mereka ibu bapa perlu aktif mengambil peranan ini agar anak-anak tidak meluahkan perasaan kecewa memeka ketempat yang salah.
6. Ibu bapa perlu memberikan sentuhan dan kemesraan kepada semua anak-anaknya jangan sekali-kali membezakan mereka.Sentuhan itu adalah penawar yang paling mujarab sampai menusuk ke kalbu mereka.Sentuhan ini membuahkan hasil yang tidak terhingga nilainya dan menanam semangat kental kepada mereka.
7. Kurang anggun dan kemas,sebagai ketua ibu bapa sebagai role model kepada anak-anak ibu bapa perlulah berpakaian kemas dan sedap mata memandang untuk memberi gambaran yang positif kepada mereka.
8. Suasana rumahtangga yang kurang kondusif, keadaan persekitaran rumah yang tidak sesuai untuk membesarkan anak-anak, keluarga yang tidak mempunyai kata sepakat selalu berurusan bersendirian tanpa ada perbincangan dan mesyuarat keluarga untuk memutuskan sesuatu aktiviti.
9. Menegur anak-anak dalam dengan cara yang negatif,sebagai ibu bapa teguran perlu secara positif.namun apa yang terjadi ibu bapa membuat teguran kepada anak secara negatif seperti mencemuh,merendahkan kemampuan anak,menghina mereka serta membuat kritik yang menjatuhkan kewibawaan mereka.
10. Ibu bapa kurang jelas menifestasi kasih sayang kepada anak,keluarga sepatutnya menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak tetapi ibu bapa tidak menunjukkan kasih sayang yang sejelasnya kepada anak ini menjadikan jiwa anak-anak keliru dan tertekan kerana merasai mereka diabaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan