SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Selasa, 17 November 2009

MEMBINA SIKAP POSITIF & BERJIWA BESAR

MENCAPAI SIKAP POSITIF PERLU MEMPUNYAI :-
  1. Percaya anda boleh berjaya
  2. Hapuskan penyakit excusitis
  3. Bangunkan keyakinan dan hancurkan ketakutan
  4. Sentiasa berjiwa besar
  5. Sentiasa berfikif kreatif
  6. Berfikir kewujudan dan kehebatan anda
  7. Berada dalam persekitaran berkelas satu
  8. Berfikir baik terhadap orang lain
  9. Tumbuh dan berkembang
  10. Mengubah kegagalan menjadi kemenangan

1.PERCAYA ANDA BOLEH BERJAYA

Apa kah kejayaan ?

  • Kehurmatan
  • Disegani
  • Terhurmat " Self Recpect "
  • Mencapai tujuan dan matlamat hidup
  • Boleh berjaya - Saya positif saya boleh

Percaya pada diri sendiri

  • Percaya - mempunyai kekuatan yang kuat
  • Tidak percaya adalah fikiran yang negatif
  • Berfikir ragu anda akan gagal
  • Berfikir menang anda akan menang
  • Pandang orang yang telah maju

Tiga pedoman untuk kuatkan kepercayaan

  • Berfiirlah untuk barjaya - Jangan berfikir gagal
  • Ingatlah anda lebih baik dari yang anda sangka
  • Lipat gandakan kepercayaan anda

2. HAPUSKAN PENYAKIT EXCUSITIS

  • Excusitis kesihatan
  • Excusitis inteligensia
  • Excusitis umur
  • Excusitis nasib

3. BANGUNKAN KEYAKINAN DAN HANCURKAN KETAKUTAN

  • Ketakutan merupakan sifat psikologis
  • Ketakutan adalah musuh no 1 - untuk capai kejayaan
  • Ketakutan melumpuhkan daya hidup - takut untuk berbicara
  • Manusia yang ragu2 - tiada keyakinan

4. SENTIASA BERJIWA BESAR

  • Kelemahan paling besar manusia ialah kurang menghargai diri
  • Menggunakan kata-kata yang positif

Beberapa contoh

Negatif -Saya pernah gagal dalam perniagaan,saya tidakakan mencuba lagi

Positif - Saya bankrap tapi itu salah saya sendiri,saya akan mencuba lagi

Negatif -Saya telah mencuba tapi barangnya tidaklaku,orang tidak menyukainya

Positif - Selama ini saya belum berhasil menjual barang itu,tetapi sekarang saya tahu barang itu baik,saya akan berusaha menemukan rumusan baru yang akan membuatnya laris

5. SENTIASA BERFIKIRAN KRAETIF

  • Berfikiran kreatif adalah menemukan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu yang lebih baik

KAEDAH UNTUK PERKUATKAN PEMIKIRAN KREATIF ANDA

  1. Yakin dan percaya
  2. Hapuskan kata-kat " tidak mungkin " "tidak boleh" "tidak perlu cuba "
  3. Hindarkan lingkungan fikiran yang statik
  4. Bagaimana saya boleh lakukan yang lebih baik
  5. Sentiasa menimbulkan ide baru
  6. Bergaullah dengan orang yang boleh memberi gagasan baru

6. BERFIKIR KEWUJUDAN DAN KEHEBATAN ANDA

  1. Ingatlah anda seorang yang hebat
  2. Bersikap yang kita ini orang yang penting
  3. Wujudnya anda adalah kerana adanya fikiran anda
  4. Kehebatan kita berfikir

7. SELALU DIDALAM PERSEKITARAN KELAS SATU

  1. Kesihatan adalah penting untuk menjadi orang kelas satu
  2. Bergaul dengan orang yang positif
  3. Persikataran Psikologis bertaraf kelas satu
  4. Jangan biarkan orang-orang yang negatif menghancurkan rencana kejayaan anda

8. BERFIKIR BAIK TERHADAP ORANG LAIN

  1. Kejayaan kita bergantung kepada bantuan orang-orang lain
  2. Berfikir benar dan tiada syakwasangka terhadap orang alin

9. TUMBUH DAN BERKEMBANG

  1. Setiap penemuan inovasi baru perlu di kembangkan

10. MENGUBAH KEGAGALAN MENJADI KEMENANGAN

  1. Kita harus tekun dan pantang berundur
  2. Kalau ada keyakinan - sudah pasti ada jalan memecah masalah
  3. Seandainya anda jatuh bangkit dengan lebih berkeyakinan
  4. Jangan mengecam atau menyalahkan nasib

PENUTUP

5 pedoman mengubah kegagalan menjadi kemenangan

  1. Pelajarilah kemunduran untuk menempuh jalan kearah kejayaan
  2. Punyailah keberanian untuk menjadi pengkritiik diri sendiri
  3. Jangan sekali-kali menyalahkan nasib buruk
  4. Gabungkan ketekunan dan percubaab baru
  5. Selalu ada aspek baik dan positif

Isnin, 9 November 2009

ORGANISASI DAN PENGURUSAN



DEFINISI ORGANISASI



"sebagai satu unit sosial yang terdiri darpada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu ,kumpulan dan organisasi "



HUBUNGAN ANTARA ORGANISASI DAN PENGURUSAN


1. Pengurusan dan organisasi tidak dapat di pisahkan

2. Organisasi kecil atau besar,swasta atau awam memerlukan pengurusan

3. Organisasi sebagai satu unit sosial

4. Organisasi menyatukan usaha dan hubungan diantara seorang individu dengan individu yang lain-hubungan dikalangan pekerja


OBJEKTIF ORGANISASI



1. Merupakan satu pernyataan yang dikeluarkan oleh organisasi berhubung dengan kegiatan atau dengan persekitaran luaran seperti ekonomi,politik,dan sosial yang akan memberikan kesan kepada masa depan organisasi.

2. Menggambarkan sifat-sifat dan kaedah perniagaan organisasi

3. Matlamat merupakan pernyataan organisasi terhadap penyampaian yang dikehendaki pada masa hadapan

4. Dapat diukur tetapi tidak terikat kepada masa yang tertentu

5. Berterusan dan tidak mempunyai had atau tamat pada sesuatu masa.

CIRI-CIRI ORGANISASI

1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan mempunyai identiti yang tersendiri

2. Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti tersendiri

3. Terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan

4. Memerlukan sistem pengawasan,penyelarasan dan pengawalan keatas perjalanan aktiviti

KEEMPAT CIRI-CIRI YANG TERSEBUT DIATAS HENDAKLAH WUJUD UNTUK MENCAPAI ORGANISASI YANG BERKUALITI DAN EFISYEN.

TERDAPAT DUA(2) ASPEK YANG PENTING ORGANISASI IAITU " PROSES " DAN " MATLAMAT "


  • PENGURUSAN SEBAGAI PROSES

    - Kerja bersistematik

    - Hubungan antara individu
  • MENCAPAI MATLAMAT ORGANISASI

    - Saling membantu

-Bekerjasama

DEFINISI PENGURUSAN

" Pengurusan adalah proses merancang,mengorganisasi,memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain bagi mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan " ( James A.F Stoner dan Charles Wankel 1997 )




" Management is often said to be about getting things done through people or deciding what should be done and getting other people to do it " ( Michael Armstrong 1983 )




" The term management refers to the process of getting activities completed effciently with and through other people.The process represents the function or primary activities engaged in by manager.These function are typically labeled PLANNING,ORGANIZING,LEADING AND CONTROLLING " ( Stephen P.Robbins 1991 )




HIERARKI PENGURUSAN

1. Atasan

2. Pengurusan Pertengahan

3. Pengurusan Barisan Pertama ( Penyelia )

4. Pengurusan Bawahan ( Pekerja Operasi )

PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI

Peranan sebagai penghubung antara individu


  • Sebagai orang terpenting
    - mempunyai tugas dalam organisasi
  • - bertanggungjawab dalam bersifat sosial
  • Sebagai pemimpin
  • - memotivasikan pekerjanya
    mencapai matlamat organisasi
  • Sebagai penghubung

    - berhubung dengan orang luar

    - mendapat maklumat organisasi

PERANAN PENYAMPAI MAKLUMAT


  • Sebagai Pengawas

- mengawasi sekitar tempat bekerja

- berhubung dengan pihak lain

- mendapat maklumat dari pekerja

- berbual dan bercakap dengan pekerja untuk mendapat maklumat.

  • Sebagai Penyampai

- menyampaikan maklumat luar kepada staf dan pekerja

- menyampaikan arahan pegawai atasan

  • Sebagai Jurucakap

- menghantar maklumat keluar dari unitnya

- memaklumkan kepada pekerja atau kontraktor jika berlaku perubahan jadual bekalan

atau kerja.

  • Sebagai Pembahagi Sumber

- menentukan pembahagian kerja

- menyelaras setiap kerja dibawah kuasanya

- meluluskan sesuatu keputusan penting untuk implementasi

  • Sebagai usahawan

- membaiki unitnya dengan persekitaran luar yang berubah-ubah

- sentiasa didalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga

- bersedia untuk mengusahakan projek baru atau perkara baru

- memulihkan semula unit yang lemah

- menyatupadukan operasi syarikat atau kilang

- kemaskini kempen perhubungan awam

  • Sebagai Penyelesai Masalah

- seandai terdapat masalah dalam unit pengurusan perlulah di selesaikan segera

- menyelesaikan masalah kontrektor yang bermasalah

- pekerja yang bermasalah perlu di selesaikan segera

  • Sebagai Perunding

- menghabiskan banyak masa untuk membuat perundingan dengan kesatuan sekerja

- mengadakan perundingan dengan pembeli

- berunding dengan penyelia mengenai isu-isu pekerja

- pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup untuk mengadakan

perundingan




Khamis, 22 Oktober 2009

SEMANGAT BERPASUKAN ( TEAM BUILDING )

SEMANGAT BERPASUKAN ( TEAM bUILDING )

" getting people to work well together is
as important as motivating individual "

" team building is a matter of establishing
mutual confidence and trust among any
group of people......to create a feeling of
interdependence....... a good team feels
shared responsibility for getting result "

MICHAEL ARMSTRONG 1984

PERKATAAN PENTING
( THE WORD TO REMEMBER)

T is for TALENT ( BERBAKAT )
E is for ENTHUSIASM ( KEGHAIRAHAN )
A is for ACCOUNTABILITY ( KEBERTANGGUNGJAWAPAN )
M is for MANAGEMENT ( PENGURUSAN )

W is for WORKABLE ( BERFUNGSI )
O is for OPENNESS (BERTERUS TERANG )
R is for RESPECT ( MENGHURMATI )
K is for KEENNESS ( KESUNGGUHAN )

SEMANGAT BERPASUKAN
( TEAM BUILDING )





Bekerja secara berpasukan adalah lebih berkesan dan selesa " BERAT SAMA DIPIKUL,RINGAN SAMA DIJINJING "

Pasukan ditafsirkan sebagai satu kumpulan atau perseorangan yang terdiri dari berbagai :-

1.Perbezaan Kepercayaan ( Belief )

2.Perbezaan Nilai (Values)

3.Perbezaan Budaya (Culture )

4.Perbezaan Latarbelakang ( Background )

5.Perbezaan Pengalaman ( Experience )

6.Perbezaan Pendedahan ( Exposure)

MEREKA KESEMUANYA SEBAIKNYA DILATIH,DIGALAKKAN KE SATU ARAH YANG SAMA,SATU TUJUAN DAN OBJEKTIF.

KENAPA PERLU SEMANGAT BERPASUKAN ?

  1. Mengeraktkan komunikasi
  2. Menjadikan tempat kerja menggembirakan
  3. Memotivasikan kumpulan
  4. Mengenali secara erat dan telus
  5. Menuju hala tuju yang sama
  6. Mengajar kumpulan berdikari/berperaturan
  7. Setiap individu menghayati kelemahan & kekuatan ahli kumpulan
  8. Mengenalpasti dan menggunakan kekuatan kumpulan
  9. Meningkatkan produktiviti kumpulan
  10. Mengamalkan pengukuran/penilaian yang berkesan terhadap ahli kumpulan

TERDAPAT 3 UNSUR YANG PENTING:-

  1. PENASIHAT - Mempunyai pengetahuan,berpengalaman dan dipercayai
  2. KETUA PASUKAN - Kepimpinan yang mempunyai kemahiran " SKILL" dan "KETEGASAN"
  3. PENGIKUT - Setia,rajin,akur pada arahan,mempunyai skill,bersemangat " Boleh Berjaya" tidak sombong,saling membantu dan bekerjasama.

SEMUA INDIVIDU BEKERJASAMA UNTUK MENCAPAI " COMMON OBJECTIVE "

KUMPULAN:-

FORMAL - Ditubuhkan oleh organisasi untuk mencapai keperluan atau matlamat organisasi

INFORMAL - Ditubuhkan oleh ahli dalam organisasi dengan tujuan dan matlamat yang sama terutama keperluan sosial.

CHARACTERISTICS KUMPULAN:-

  1. Kumpulan yang padu - Menentang orang luar
  2. Ahli saling bergantungan - Dalam mencapai matlamat kerja dan sosial
  3. Mempunyai norma dan budaya kumpulan - Mengikut kehendak organisasi atau kumpulan
  4. Ahli akan berkongsi kepercayaan dannilai - ada ideologi sendiri
  5. Kumpulan akan kuat - Bersatu dan bekerjasama

CIRI-CIRI PASUKAN YANG BERKESAN :-

  1. Suasana yang informal - Selesa dan menyenagkan
  2. Banyak perbincangan - Setiap ahli mengambilan bahagian untuk mencapai matlamat kumpulan
  3. Objektif kumpulan diterima dan difahami oleh semua ahli - Komit kepada matlamat
  4. Ahli menerima pendapat rakan yang lain tanpa rasa gentar walaupun pendapat itu kurang kreatif atau pendapat yang akgresif.
  5. Kalau tidak sependapat jalan penyelesaian akan diusahakan
  6. Semua keputusan dibuat secara bersama dan persetujuan secara konsensus
  7. Kritik secara telus dan selesa tiada personal attack
  8. Ahli bebas suarakan pendapat untuk baiki kumpulan atau projek yang dilaksanakan
  9. Apabila keputusan telah dibuat setiap ahli akan komit dan berusaha mencapai kejayaan matlamat projek
  10. Ketua kumpulan tidak menguasai perbincangan tapi terbuka kepada semua ahli

SEMANGAT BERPASUKAN

" THE TASK OR OBJECTIVE OF THE GROUP IS WELL UNDERSTOOD AND ACCEPTED BY THE MEMBERS ........... WHEN ACTION IS TAKEN,CLEAR ASSIGNMENT AND ACCEPTED "




PEMBANGUNAN DIRI SEORANG INSAN

PESEPSI DIRI > KEADAAN MASA SEKARANG

  • kurang mesra
  • cepat marah
  • kurang terima nasihat
  • sensitif
  • lemah fikiran
  • malas bersukan
  • pendapatan kurang
  • boros
  • cepat melenting
  • rendah diri
  • malas
  • cemburu

MENGAPA SESEORANG INSAN JADI BEGITU

  • bermula dari didikan semasa kecil oleh keluarganya
  • pendidikan disekolah rendah,menengah dan ipt
  • dipengaruhi oleh keadaan persekitaran,media,rakan-rakan & jiran

SESEORANG INSAN SEPATUTNYA BERPOTENSI BERKEBOLEHAN

  • berkekolehan berbahasa
  • berkebolehan berfikir
  • berkebolehan bersosial
  • berkekolehan beragama
  • berkebolehan membina rohani & jasmani
  • berkebolehan mempunyai emosi untuk cemerlang

POTENSI DAN KEBOLEHAN YANG ADA AKAN

  • membina masa hadapan
  • membangunkan diri
  • membina keluarga
  • membangunkan organisasi
  • membangunkan agama dan negara

ANAK IBARAT KAIN PUTIH

TANGGUNGJAWAB IBUBAPA

  • pendidikan keimanan
  • pendidikan akhlak
  • pendidikan jasmani
  • pendidikan intelek
  • pendidikan kendiri
  • pendidikan kemasyarakatan

PROSES PENDIDIKAN

  • memberi teladan
  • membimbing
  • menasihat
  • membiasakan
  • memerhati
  • mendorong
  • memberigamjaran
  • memulihara

KESEMUANYA INI AKAN MENJADIKAN ANAK ITU SEORANG ANAK YANG SOLEH ATAU SOLEHAH

IBUBAPA YANG TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN AKAN MENJADIKAN ANAKNYA MENJADI YANG TOLEH ATAU TOLEHAH

Rabu, 21 Oktober 2009

GURINDAM KEIBUBAPAAN

ANAK DIBIMBING AJARAN AGAMA
BESAR MENJADI MANUSIA BERGUNA

ANAK DIBERI KASIH DAN SAYANG
BESAR MENJADI ORANG TERBILANG

ANAK DIPELUK DICIUM DIMANJA
BESAR MENJADI SIHAT SEJAHTERA

ANAK DIASUH MENDENGAR KATA
BESAR TIDAK MELAWAN KITA

ANAK DIGALAK PERGI SEKOLAH
BESAR TIADK MENJADI SUSAH

ANAK DITUNJUK MEMILIH KAWAN
BESAR TIDAK MENJADI HAIWAN

ANAK DIDORONG MEMBUAT KEBAJIAKN
BESAR MENJADI MANUSIA BERKEYAKINAN

ANAK DIAJAR MENYAYANGI DIRI
BESAR TERHINDAR PERKARA KEJI

ANAK HORMAT IBU DAN BAPA
BESAR PASTI HIDUP BAHAGIA

Khamis, 28 Mei 2009

TEKNIK MENCATAT NOTA YANG BAIK

BILA KAH ANDA PERLU MENCATAT NOTA ?

Semasa Membaca Buku - ketika membaca apa sahaja bahan bacaan perlulah pembaca membuat catatan untuk menjadi ingatan dan rujukan dimasa hadapan,ingatan kita tidak kuat untuk mengingat semua perkara dengan ada catatan nota ianya membantu kita untuk mengingat fakta tersebut.
Semasa Mengulang Kaji Pelajaran - Bagi pelajar catatan nota ringkas amat penting kerana apabila hendak mengulangkaji pelajaran yang banyak, masa amat terhad dan untuk membaca semua buku rujukan adalah mustahil , pada masa inilah nota ringkas amat diperlukan untuk membuat ulangkaji pelajaran dengan nota yang mudah difahami.
PADA DASARNYA NOTA ITU ADALAH UNTUK MENCATAT ISI YANG PENTING DENGAN ITU DAPATLAH DIRUMUSKAN,DIFAHAMI DAN DIHAFAL SEGALA FAKTA YANG PENTING UNTUK DIINGATI DENGAN MUDAH.
MENGAPA ANDA PERLU MENCATAT NOTA ?
1.MEMBANTU ANDA/INDIVIDU UNTUK MEMAHAMI PELAJARAN ATAU CERAMAH
1. Mengerakkan otak untuk berfikir - dengan membuat atau memcatat nota memberi ransangan deria kepada otak untuk bekerja dengan memikirkan perkara2 yang perlu untuk disimpan dalam bentuk tulisan dengan cara yang mudah pula tulisan yang ringkas dapat untuk otak mengingati semula semua peristiwa atau butir-butir fakta dengan lebih berkesan.
2. Telinga mendengar / mata melihat - apabila kita mendengar seminar atau ceramah sudah pasti telinga kita mendengar penceramah memberi ulasannya dan mata kita juga akan melihat segala catatan yang diberikan di papan putih,kita sebagai peserta seminar perlu mencatat segala butiran dengan sebaik mungkin untuk dijadikan bahan rujukan di masa hadapan, semua catatan yang dibuat adalah isi penting yang perlu sahaja.
3. Pada masa yang sama otak kita akan memikirkan apa yang didengar dan dilihat dengan ini setiap kita dapat memahami segala pelajaran atau ceramah dengan lebih berkesan.

4. Semua maklumat tadi akan masuk melalui deria mata dan telinga semua ini akan diproses diotak dalam bentuk yang diolah semula dengan lebih sempurna dalam bentuk catatan ringkas tapi mudah di fahami oleh pencatat nota.

5. Deria dan pancainderia kita akan bergerak serentak untuk membantu kita memahami apa yang sedang dibaca atau dipelajari.

2. MEMBANTU INGATAN ANDA

Untuk makluman anda pada dasarnya ingatan kita yang bernama manusia adalah terhad , tidak semua bacaan,kuliah dan ceramah yang kita dengar atau ikuti dapat diingat semuanya dengan mudah dengan itu kita perlu :-

1. Membuat catatan kerana nota kita akan menjadi satu rekod atau trankrip yang kekal

2. Nota yang tercatat akan membantu kita untuk merujuk kembali bila-bila masa yang perlu

3. Catatan yang dibuat adalah satu kaedah yang paling berkesan untuk kita mengukuhkan ingatan.

Yang amat penting segala yang kita dengari dan dibaca dalam tulisan akan :-

1. Menggerakkan otak kita untuk menukar ilmu dan maklumat yang kita perolehi dalam

pendengaran ke bentuk lisan

2. Menukar penglihatan atau objek yang dilihat kepada bentuk tulisan atau coretan.

3. ARAHAN DAN ISI PENTING.

Maklumat yang kita dapati tidak semestinya pada satu sumber iaitu melalaui buku sahaja tetapi :-

1. Penceramah atau pensyarah kadang kala memberi maklumat baru pelajaran yang tidak terdapat dalam buku

2. Pelajar perlu bijak dan pandai membuat cacatan nota hanya isi penting sahaja yang dicatat dan segala nota perlu disimpan dengan baik.

3. Maklumat dari buku serta penceramah, guru dan pensyarah adalah bahan yang mengukuhkan maklumat sesuatu persoalan.

4. Setiap isi penting dan maklumat hendaklah dicatat dengan jelas ,spesifik dan tepat.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH MENCATAT NOTA YANG BERKESAN

1. PERSEDIAAN AWAL

Pelajar perlu bersedia lebih awal sebelum memasuki kelas atau dewan ceramah,sebaiknya perlu mengetahui apakah subjek yang akan di pelajari serta isi-isi penting , yang paling utama membaca subjek tersebut terlebih dahulu dengan ini kita lebih mudah memahami subjek tersebut

2. PILIH DAN SARING

Apabila kita mencatat nota sudah pasti kita tidak dapat menulis setiap butir patah perkataan penceramah, yang utama kita hanya mencatat dan memilih isi yang penting sahaja.Kita perlu pandai menapis maklumat yang perlu dan penting sahaja kita juga perlu bijak menyaring maklumat yang diberi .Pada dasarnya kita hanya perlu mencatat intipati dan rumusan sahaja catatan hendak mudah kita fahaminya.

3. MEMERHATI SECARA AKTIF

Sebagai pelajar kita perlu mendengar ajaran guru secara kritikal dan memberi sepenuh tumpuan serta peka kepada penyampaian guru , pensyarah atau penceramah.Sebagai pelajar kita perlu sentiasa menyoal diri kita sendiri adakah kita faham ceramah yang disampaikan oleh guru itu,seandainya kita kurang jelas dan keliru kita perlu bertanya untuk penjelasan penceramah.

4. NOTA DALAM BENTUK PERSOALAN

Sebaiknya kita pelajar perlu menyediakan nota dalam bentuk persoalan seperti:-

Mengapa - Why ?

Bagaimana - How ?

Bila - When ?

Dimana - Where ?

Siapa - Who ?

5. SUSUN NOTA SECARA LOJIK DAN TERATUR

Menyususn nota yang baik perlu ada :-

Tajuk

Tarikh

Isi Penting

Rumusan

Untuk menjadikan nota itu menarik Tajuk dan Isi Penting perlu disusun mengikut kepentingan atau urutan yang rapi,kemas dan mudah difahami

6. PERMUDAHKAN

Nota yang dibuat sebaiknya gunakan kaedah dan bentuk yang mudah dibaca dan mudah difahami kerana kita akan menggunakannya berulang kali untuk membacanya.Kaedah yang baik ialah:-

Gunakan tulisan yang jelas dan cantik

Gunakan coretan,gambar rajah atau sketsa

Guna dan gariskan lebih dari satu warna

Gunakan simbol , anak panah dangarisan

Gunakan kependekan, atau singkatan perkataan

7. ULANGKAJI

Pelajar hendaklah sentiasa mengulang kaji pelajaran sebaik dan sekerap mungkin jika mempunyai masa dan peluang.Pelajar hendaklah membaca semula nota selepas kuliah atau guru mengajar kerana ingatan masih segar dan ilmu itu dapat di perkukuhkan,begitu juga jika ada kesilapan dapat di perbetulkan segera.Pelajar boleh menyusun semula nota secara lebih terang dan lojik serta boleh membuat nota tambahan jika diperlukan.

CADANGAN UNTUK MENGHASILKAN NOTA PELAJARAN YANG BAIK

1. Tulisan nota hendaklah baik dan jelas sera lengkap

2. Mengusun nota dengan baik - asingkan setiap nota mengikut subjek pelajaran spt sejarah,sain agama dll

3. Gunakan saiz kertas yang lebar supaya ada ruang untuk anda menokok tambah dengan dengan bacaan rujukan yang lain

4. Catat nama guru,bil,tarikh dan nama guru dimuka pertama setiap catatan pelajaran - ini bertujuan mengelakkan kihilangan nota atau bercampor

5. Jangan melakukankerja lain semasa guru sedang mengajar kerana ini akan mengganggu konsentrasi dan menghalang pertembungan mata dengan guru.

6. Berikan tumpuan yang lebih dan catat nota mengikut urutan tajuk yang diberi oleh guru

7. Cuba kenal pasti bentuk nota yang diberikan oleh guru kerana biasanya guru mengajar berpandukan buku tertentu

8. Catat dengantulisan tangan yang mudah dibaca untuk menjimatkan masa apabila membuat semakan.

9. Tulis dengan lengkap dan jelas supaya ia berguna dan memberi makna bila anda membuat semakan seminggu,sebul boleh andaan,setahun atau suatu jangka masa yang selepas kelas.

10. Tinggalkan atau biarkan ruang kosong kerana jika ada ide,perkataan,ayat atau maklumat yang tertinggal boleh anda bertanya pada guru atau rakan sebaik tamat kelas dengan itu mudah anda mengisi ruangan ini.

11. Gunakan sistem pembahagian ruang tersendiri- misalnya gunakan 2 ruang dikiri dan kanan halaman buku catatan -tajuk,subtajuk,dikiri dan buturan sokongan dikanan.

12. Hunakan huruf dan kata-kata ringkas yang sering digunakan kerana ini menjimatkan masa anda mendengar dan menulis.

13. Gunakan simbol-simbol tertentu seperti - & untuk dan , = untuk sama dan sebagainya.

14. Catatkan tugasan dan buku rujukan yang dicadangankan oleh guru agar senang anda membuat semakan.

15. Pisahkan atau asingkan maklumat yang datang dari fikiran anda dengan yang diberi oleh guru.Misalnya anda catatkan soalan,contoh dan rujukan.

16. Berikan perhatian kepada kata-kata penting yanggdigunakan oleh guru

17. Sentiasa catatkan contoh-contoh yang diberikan oleh guru kerana kadang kala ide yang abstrak dapat difahami melalui contoh.

18. Berikan perhatian yang lebih kepada bahagian akhir pelajaran sebagaimana bahagian pendahuluan kerana kadang kala isi pelajaran disampai dalam 10 minit terakhir kelas.

19. Catat ide tambahan yang terlintas difikiran anda secepat mungkin selepas kelas tamat keran jika terleka kita akan terlupa.

20. semaknota anda selepas kelas dan baikai susunannya jika perlu