Rabu, 21 Oktober 2009
GURINDAM KEIBUBAPAAN
BESAR MENJADI MANUSIA BERGUNA
ANAK DIBERI KASIH DAN SAYANG
BESAR MENJADI ORANG TERBILANG
ANAK DIPELUK DICIUM DIMANJA
BESAR MENJADI SIHAT SEJAHTERA
ANAK DIASUH MENDENGAR KATA
BESAR TIDAK MELAWAN KITA
ANAK DIGALAK PERGI SEKOLAH
BESAR TIADK MENJADI SUSAH
ANAK DITUNJUK MEMILIH KAWAN
BESAR TIDAK MENJADI HAIWAN
ANAK DIDORONG MEMBUAT KEBAJIAKN
BESAR MENJADI MANUSIA BERKEYAKINAN
ANAK DIAJAR MENYAYANGI DIRI
BESAR TERHINDAR PERKARA KEJI
ANAK HORMAT IBU DAN BAPA
BESAR PASTI HIDUP BAHAGIA
Khamis, 28 Mei 2009
TEKNIK MENCATAT NOTA YANG BAIK
4. Semua maklumat tadi akan masuk melalui deria mata dan telinga semua ini akan diproses diotak dalam bentuk yang diolah semula dengan lebih sempurna dalam bentuk catatan ringkas tapi mudah di fahami oleh pencatat nota.
5. Deria dan pancainderia kita akan bergerak serentak untuk membantu kita memahami apa yang sedang dibaca atau dipelajari.
2. MEMBANTU INGATAN ANDA
Untuk makluman anda pada dasarnya ingatan kita yang bernama manusia adalah terhad , tidak semua bacaan,kuliah dan ceramah yang kita dengar atau ikuti dapat diingat semuanya dengan mudah dengan itu kita perlu :-
1. Membuat catatan kerana nota kita akan menjadi satu rekod atau trankrip yang kekal
2. Nota yang tercatat akan membantu kita untuk merujuk kembali bila-bila masa yang perlu
3. Catatan yang dibuat adalah satu kaedah yang paling berkesan untuk kita mengukuhkan ingatan.
Yang amat penting segala yang kita dengari dan dibaca dalam tulisan akan :-
1. Menggerakkan otak kita untuk menukar ilmu dan maklumat yang kita perolehi dalam
pendengaran ke bentuk lisan
2. Menukar penglihatan atau objek yang dilihat kepada bentuk tulisan atau coretan.
3. ARAHAN DAN ISI PENTING.
Maklumat yang kita dapati tidak semestinya pada satu sumber iaitu melalaui buku sahaja tetapi :-
1. Penceramah atau pensyarah kadang kala memberi maklumat baru pelajaran yang tidak terdapat dalam buku
2. Pelajar perlu bijak dan pandai membuat cacatan nota hanya isi penting sahaja yang dicatat dan segala nota perlu disimpan dengan baik.
3. Maklumat dari buku serta penceramah, guru dan pensyarah adalah bahan yang mengukuhkan maklumat sesuatu persoalan.
4. Setiap isi penting dan maklumat hendaklah dicatat dengan jelas ,spesifik dan tepat.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH MENCATAT NOTA YANG BERKESAN
1. PERSEDIAAN AWAL
Pelajar perlu bersedia lebih awal sebelum memasuki kelas atau dewan ceramah,sebaiknya perlu mengetahui apakah subjek yang akan di pelajari serta isi-isi penting , yang paling utama membaca subjek tersebut terlebih dahulu dengan ini kita lebih mudah memahami subjek tersebut
2. PILIH DAN SARING
Apabila kita mencatat nota sudah pasti kita tidak dapat menulis setiap butir patah perkataan penceramah, yang utama kita hanya mencatat dan memilih isi yang penting sahaja.Kita perlu pandai menapis maklumat yang perlu dan penting sahaja kita juga perlu bijak menyaring maklumat yang diberi .Pada dasarnya kita hanya perlu mencatat intipati dan rumusan sahaja catatan hendak mudah kita fahaminya.
3. MEMERHATI SECARA AKTIF
Sebagai pelajar kita perlu mendengar ajaran guru secara kritikal dan memberi sepenuh tumpuan serta peka kepada penyampaian guru , pensyarah atau penceramah.Sebagai pelajar kita perlu sentiasa menyoal diri kita sendiri adakah kita faham ceramah yang disampaikan oleh guru itu,seandainya kita kurang jelas dan keliru kita perlu bertanya untuk penjelasan penceramah.
4. NOTA DALAM BENTUK PERSOALAN
Sebaiknya kita pelajar perlu menyediakan nota dalam bentuk persoalan seperti:-
Mengapa - Why ?
Bagaimana - How ?
Bila - When ?
Dimana - Where ?
Siapa - Who ?
5. SUSUN NOTA SECARA LOJIK DAN TERATUR
Menyususn nota yang baik perlu ada :-
Tajuk
Tarikh
Isi Penting
Rumusan
Untuk menjadikan nota itu menarik Tajuk dan Isi Penting perlu disusun mengikut kepentingan atau urutan yang rapi,kemas dan mudah difahami
6. PERMUDAHKAN
Nota yang dibuat sebaiknya gunakan kaedah dan bentuk yang mudah dibaca dan mudah difahami kerana kita akan menggunakannya berulang kali untuk membacanya.Kaedah yang baik ialah:-
Gunakan tulisan yang jelas dan cantik
Gunakan coretan,gambar rajah atau sketsa
Guna dan gariskan lebih dari satu warna
Gunakan simbol , anak panah dangarisan
Gunakan kependekan, atau singkatan perkataan
7. ULANGKAJI
Pelajar hendaklah sentiasa mengulang kaji pelajaran sebaik dan sekerap mungkin jika mempunyai masa dan peluang.Pelajar hendaklah membaca semula nota selepas kuliah atau guru mengajar kerana ingatan masih segar dan ilmu itu dapat di perkukuhkan,begitu juga jika ada kesilapan dapat di perbetulkan segera.Pelajar boleh menyusun semula nota secara lebih terang dan lojik serta boleh membuat nota tambahan jika diperlukan.
CADANGAN UNTUK MENGHASILKAN NOTA PELAJARAN YANG BAIK
1. Tulisan nota hendaklah baik dan jelas sera lengkap
2. Mengusun nota dengan baik - asingkan setiap nota mengikut subjek pelajaran spt sejarah,sain agama dll
3. Gunakan saiz kertas yang lebar supaya ada ruang untuk anda menokok tambah dengan dengan bacaan rujukan yang lain
4. Catat nama guru,bil,tarikh dan nama guru dimuka pertama setiap catatan pelajaran - ini bertujuan mengelakkan kihilangan nota atau bercampor
5. Jangan melakukankerja lain semasa guru sedang mengajar kerana ini akan mengganggu konsentrasi dan menghalang pertembungan mata dengan guru.
6. Berikan tumpuan yang lebih dan catat nota mengikut urutan tajuk yang diberi oleh guru
7. Cuba kenal pasti bentuk nota yang diberikan oleh guru kerana biasanya guru mengajar berpandukan buku tertentu
8. Catat dengantulisan tangan yang mudah dibaca untuk menjimatkan masa apabila membuat semakan.
9. Tulis dengan lengkap dan jelas supaya ia berguna dan memberi makna bila anda membuat semakan seminggu,sebul boleh andaan,setahun atau suatu jangka masa yang selepas kelas.
10. Tinggalkan atau biarkan ruang kosong kerana jika ada ide,perkataan,ayat atau maklumat yang tertinggal boleh anda bertanya pada guru atau rakan sebaik tamat kelas dengan itu mudah anda mengisi ruangan ini.
11. Gunakan sistem pembahagian ruang tersendiri- misalnya gunakan 2 ruang dikiri dan kanan halaman buku catatan -tajuk,subtajuk,dikiri dan buturan sokongan dikanan.
12. Hunakan huruf dan kata-kata ringkas yang sering digunakan kerana ini menjimatkan masa anda mendengar dan menulis.
13. Gunakan simbol-simbol tertentu seperti - & untuk dan , = untuk sama dan sebagainya.
14. Catatkan tugasan dan buku rujukan yang dicadangankan oleh guru agar senang anda membuat semakan.
15. Pisahkan atau asingkan maklumat yang datang dari fikiran anda dengan yang diberi oleh guru.Misalnya anda catatkan soalan,contoh dan rujukan.
16. Berikan perhatian kepada kata-kata penting yanggdigunakan oleh guru
17. Sentiasa catatkan contoh-contoh yang diberikan oleh guru kerana kadang kala ide yang abstrak dapat difahami melalui contoh.
18. Berikan perhatian yang lebih kepada bahagian akhir pelajaran sebagaimana bahagian pendahuluan kerana kadang kala isi pelajaran disampai dalam 10 minit terakhir kelas.
19. Catat ide tambahan yang terlintas difikiran anda secepat mungkin selepas kelas tamat keran jika terleka kita akan terlupa.
20. semaknota anda selepas kelas dan baikai susunannya jika perlu
Rabu, 6 Mei 2009
PERANAN ANAK-ANAK
- Anak-anak hendaklah mendapat restu dan keredhaan ibu bapa
- Mentaati kedua ibu bapa dengan ketaatan selepas Allah dan Rasul
- Memberi keutamaan kepada ibu dalam ketaatan
- Menjaga kedua ibu bapa apabila mereka telah lanjut usia
- Mengeratkan hubungan silaturrahim dengan sahabat ibu bapa
- Menjaga hati ibu bapa agar tidak terluka
- Memberi perkhidmatan dan bantuan sebagai membalas jasa kedua ibu bapa
- Mendoakan ibu bapa semasa hayatnya
- Mendoakan ibu bapa selepas kematiannya
- Abang dan anak-anak yang lain jangan sekali mengeluarkan perkataan yang negatif kepada adik-adik
- Abang dan kakak hendaklah membimbing adik-adik untuk kebaikan
- Yang muda hendaklah menghurmati yang tua
- Anak-anak hendaklah meminta izin untuk keluar rumah
- Anak-anak hendaklah menghubungi ibu bapa sekiranya tidak dapat menepati masa atau sekiranya berlaku sesuatu ketika berada diluar rumah
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP ANAK
2. Membentuk anak sebagai pewaris cita-cita murni ibu bapa
3. Bersikap positif terhadap kelahiran anak, sama ada anak lelaki atau perempuan
4. Memberi nama yang indah dan bermakna baik
5. Akikahkan anak-anak mengikut ajaran Islam semoga memdapat rahmat Allah
6. Ibu wajib mengusukan anaknya
7. Menghatankan anak
8. Memberi nafkah yang secukupnya pada anak-anak
9. Melayani anak-anak dengan penuh kasih sayang
10. Hendaklah memupuk rasa kasih sayang sesama anak-anak
11. Menepati janji terhadap anak-anak
12. Menghurmati hak ank-anak
13. Mendidik akhlak anak-anak dengan baik
14. Menanamkan akidah tauhid dalam diri anak-anak , cintakan Allah,Rasullullah,sahabat dan
keluarga baginda.
15. Melatih anak-anak menunaikan solat
16. Bertindak dengan adil terhadap anak-anak
17. Mengasingkan tempat tidur anak lalaki dan anak perempuan
18. Mempastikan anak-anak menunaikan solat
19. Mendidik anak-anak membaca al-Quran.berzikir dan cintakan ilmu
20. Memberi penerangan yang jelas kepada anak-anak mengenai halal dan haram
21. Jangan memberi kemewahan kepada anak-anak
22. Memberi galakkan kepada anak untuk berkreasi seperti olahraga,memain bola dll
23. Menghurmati anak-anak
24. Memberi kegembiraan dan hiburan kepada keluarga
25. Mencegah pergaulan bebas kepada anak-anak
26. Membimbing anak-anak agar bertakwa
27. Membimbing dan mengelakkan anak daripada perkara yang lucah
28. Memberi penempatan kepada mereka ditempat yang selamat
29. Memperkenalkan keluarga saudaramara sebelah ibu dan bapa kepada anak-anak
30. Mendidik anak tatacara bergaul dalam masyarakat
31. Mengahwinkan anak-anak dengan mereka yang baik latar belakang dan agamanya
32. Bersabar ketika menghadapi kematian anak-anak
33. Mendidik anak-anak menyayangi binatang dan makhluk Allah
34. Memberi pengajaran kepada anak-anak menegakkan amar maruf dan nahi mungkar
35. Memberi wasiat kepada anak-anak agar beriman dalam Islam
36. Sebagai ibu bapa sentiasa dan kerap kali mendoakan kesejahteraan anak-anak khususnya
disaat-saat mustajab
Selasa, 5 Mei 2009
KELUARGA CEMERLANG - 2E
43. Kurang menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak, mereka merasa terpinggir
44. Kurang memberi layanan kepada pertanyaan atau kemuskilan anak-anak
45. Kurang memberi perhatian kepada pandangan dan pendapat anak-anak
46. Lebih memberi tumpuan kepada yang tersurat dan kurang kepada yang tersirat
47. Memberi hukuman yang terlalu keras
48. Menggunakan kaedah mengancam atau mengugut kepada anak-anak
49. Selalu menangguhkan teguran dan hukuman
50. Tidak konsistan dalammemberi teguran atau hukuman
51. Kurang memberi perhatian kepada perbezaan dan keunikan anak-anak
52. Tidak menggalakkan ana-anak untuk berdoa
53. Mempunyai tanggapan yang negatif terhadap anak-anak
54. Kurang memggunakan kaedah kominikasi minda atau saikologi untuk mendidik anak
55. Kurang meminta bantuan "Pakar " dalam menasihat anak seperti ulama,guru,orang tua dll.
KELUARGA CEMERLANG - 2D
33. Tidak melatih anak-anak menempatkan sesuatu pada tempat asalnya
34. Tidak menggunakan masa yang paling jitu " Teachable moment " untuk memdidik anak
35. Kurang memberi pengawasan dan penyeliaan mengenai pelajaran anak-anak.
36. Kurang mewujudkan budaya ilmu dalam rumahtangga - contoh perpustaan
37. Ibu bapa tidak befikiran kteatif,mereka tidak dapat melihat " Emas " pada diri anak-anaknya
38. Kaedah dan tatacara berkomunikasi dengan anak-anak kurang berkesan dan tidak dapat
mempengaruhi mereka dengan positif
39. Terlalu memanjakan anak
40. Terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak
41. Terlalu mengongkong anak-anak sehingga mereka tidak boleh berdikari
