SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Rabu, 25 Mac 2009

KELUARGA CEMERLANG - BAHAGIAN 2B

KESILAPAN IBU BAPA YANG DILAKUKAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK :-

11. Pendidikan yang tidak seimbang , ibu bapa sering hendak anak-anak mereka berjaya didalam bidang akademik untuk mendapat sejumlah markah A yang terbaik kalau mahu mereka hendak anaknya mendapat 9 A,10 A dan AAAAAAAA............. tetapi cara ini tidak seimbang dalam menghadapi kehidupan mereka perlu di beri juga suntikan ilmu kerohanian dan pengalaman hidup yang memberi pengajaran serta suasana fizikal yang mantap disamping ilmu intelektual yang sempurna.
12. Kurang memberi pendidikan kepada model2 atau contoh-contoh cendiakiawan yang terbilang seperti ulamak yang terkenal,negarawan yang terbilang ahli fikir yang termashor di alam ini dan pendekar yang menjadi sebutan .Model ini perlu diberi kepada anak-anak supaya mereka mengambil panduan dan contoh yang terbaik dari setiap orang yang terbilang dan terkenal didunia.
13. Kurang menghidupkan sunnah dalam rumah tangga.Apa yang dimaksudkan ialah kehidupan yang tidak berlandaskan Islam, apa yang berlaku keluarga terikut dengan permodenan dengan cara hidup barat yang lebih kepada kebendaan.
14. Kurang menggalakkan musyawarah dalam membuat keputusan.Untuk menjadi keluarga bahagia setiap aktiviti dalam pembangunan keluarga perlu dibincang untuk mendapat persetujuan keluarga,tapi didapati bapa selalu membuat keputusan sendiri tanpa ada perbincangan dalam keluarga.Ini memberi stres kepada anak-anak yang tidak bersetuju dengan ide ibu bapanya.
15. Menunjukkan perselisehan suami isteri dihadapan anak-anak perkara ini sebaiknya perlu dielakkan.
16. Membenarkan orang-orang yang tidak elok peribadi , siasahnya dan perlakuannya masuk kedalam rumah,apa yang perlu difahami ialah elak anak dari bergaul dengan orang yang rendah peribadinya.
17. Kurang mengasuh anak-anak membuat kerja-kerja rumah,ibu bapa perlu melatih dan membimbing anak-anak mereka membantu kerja rumah agar ada persefahaman dan semangat saling membantu dikalangan keluarga .
18. Ibu bapa terlalu berharap kepada pembantu rumah,ibu bapa meletakkan tanggung jawab membina keluarga kepada pembantu rumah mereka sibuk diluar untuk mengumpul harta.akhirnya anak terbiar tanpa pengawasan dan bimbingan yang sempurna.
19. Membenarkan akhlak yang buruk dibawa masuk kedalam rumah.
20.Tidak menggantung rotan ditempat yang dapat dilihat oleh semua anak-anak dirumah.

Selasa, 3 Mac 2009

KELUARGA CEMERLANG - BAHAGIAN 2A

KESILAPAN-KESILAPAN YANG DILAKUKAN OELH IBU-BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK. KENAPAKAH INI BERLAKU ? DARIPADA PENGALAMAN SAYA MEMBERI CERAMAH MOTIVASI KEPADA IBU-BAPA DAN PERBUALAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN DENGAN IBU BAPA BERIKUT ADALAH PUNCA DAN SEBAB MUSABAB YANG PERNAH DILUAHKAN OLEH MEREKA :-

1. Dewasa ini ibu bapa kurang berdoa terhadap kesejahteraan keluarga dan anak-anak mereka.
kehidupan mereka terlalu sibuk mencari kebendaan diatas dunia ini kadang kala anak-anak ini hidup bersendirian tanpa asuhan dan perhatian dari ibu bapa.
2. Ibu bapa sering memperkecilkan kebolehan anak-anaknya.Anak yang kurang mencerlah dan kurang pandai dalam pelajaran akademik sering diperlekehkan.Sepatutnya anak-anak ini terus di beri ransangan dan semangat untuk terus maju bimbingan berterusan harus diberi mereka perlu diarah menuju kehadapan dengan bidang yang mereka minati seperti dibidang kemahiran.
3. Dalam proses mendidik anak-anak ibu bapa perlu bertegas terutama menjadualkan waktu mereka patut belajar dan mengaji.Dewasa ini perkara ini kurang diambil pusiang oleh ibu bapa bahkan mereka kurang berkomunikasi dengan anak-anak mereka mereka pulang lewat malam dan mereka tidak mengetahui dimana anak mereka berada pada waktu itu.Kedua ibu bapa sibut mencari kekayaan dunia.
4. Lebih banyak memberi belaian negatif dari positif.Apa yang saya maksudkan ibu bapa benyak memberi ruang kepada anak-anak bebas dalam pergaulan mereka tanpa dibimbing dan di tunjuk ajar yang baik. seandai anak memilih rakan yang bersikap negatif maka terjerumuslah anak-anak kejalan yang berliku-liku dan sukar untuk berpatah balik kejalan yang lurus.
5. Dewasa ini ketua rumah ia itu ibu bapa kurang dapat menyesuaikan diri dengan anak-ank apa yang saya maksudkan ialah sukar menjadi rakan dan sahabat kepada anak-anak,kadang kala mereka perlukan tempat untuk meluahkan perasaan kecewa mereka ibu bapa perlu aktif mengambil peranan ini agar anak-anak tidak meluahkan perasaan kecewa memeka ketempat yang salah.
6. Ibu bapa perlu memberikan sentuhan dan kemesraan kepada semua anak-anaknya jangan sekali-kali membezakan mereka.Sentuhan itu adalah penawar yang paling mujarab sampai menusuk ke kalbu mereka.Sentuhan ini membuahkan hasil yang tidak terhingga nilainya dan menanam semangat kental kepada mereka.
7. Kurang anggun dan kemas,sebagai ketua ibu bapa sebagai role model kepada anak-anak ibu bapa perlulah berpakaian kemas dan sedap mata memandang untuk memberi gambaran yang positif kepada mereka.
8. Suasana rumahtangga yang kurang kondusif, keadaan persekitaran rumah yang tidak sesuai untuk membesarkan anak-anak, keluarga yang tidak mempunyai kata sepakat selalu berurusan bersendirian tanpa ada perbincangan dan mesyuarat keluarga untuk memutuskan sesuatu aktiviti.
9. Menegur anak-anak dalam dengan cara yang negatif,sebagai ibu bapa teguran perlu secara positif.namun apa yang terjadi ibu bapa membuat teguran kepada anak secara negatif seperti mencemuh,merendahkan kemampuan anak,menghina mereka serta membuat kritik yang menjatuhkan kewibawaan mereka.
10. Ibu bapa kurang jelas menifestasi kasih sayang kepada anak,keluarga sepatutnya menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak tetapi ibu bapa tidak menunjukkan kasih sayang yang sejelasnya kepada anak ini menjadikan jiwa anak-anak keliru dan tertekan kerana merasai mereka diabaikan.

Selasa, 24 Februari 2009

KELUARGA CEMERLANG - BAHAGIAN 1

APAKAH KELUARGA CEMERLANG ?

" Keluarga cemerlang ialah sekelompok manusia yang terdiri daripada komponen utama ibu bapa dan anak-anak serta lain-lain anggota keluarga yang mentaati perentah Allah .Kelompok keluarga ini diketuai oleh bapa tetapi jika ketiadaan bapa ibu akan mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga.Ketua keluarga mesti mempunyai sifat-sifat dinamik,progresif,proaktif, berwawasan serta menjadi dirinya sebagai pengurus keluarga yang mempunyai visi,misi,
berpendidikan serta berketrampilan dalam bidang pengurusan keluarga yang berpaksikan kepada tawhidan "
" Kecemerlangan bukannya lakonan tetapi habit/tabiat yang dibina dan diperolehi sepanjang hayat " ( Dr.Watter Doyle )
Institusi Keluarga -merupakan satu institusi yang penting untuk membina keluarga cemerlang
dan juga untuk pentarbiyahan dan juga pencernaan anak-anak cemerlang di
dunia dan akhirat.IK juga adalah tempat untuk membentuk dan
melaksanakan modus operandi keluarga cemerlang.
FENOMENA UMUM :
Kini kita dapat lihat bahawa ibu bapa jahil dalam mendidik anak-anak mereka,pada dewasa ini
kita lihat masih belum ujud sikap keibubapaan yang bersikap positif,ibu bapa juga kurang dapat menangani masalah remaja ketika ini,ibu bapa masih terbawa-bawa dengan amalan warisan dari generasi terdahulu.
TANGGUNGJAWAB DAN PENGHARAPAN SUAMI ISTERI :
PENGHARAPAN ISTERI TERHADAP SUAMI :
Sang isteri sentiasa mengharapkan suaminya sering mengungkapkan perkataan sayang ketelinganya,bagi membuktikan kasih sayang yang diungkapkan siisteri mengharapkan pemberian hadiah dari suaminya.Sentiasa memberi senyuman apabila mereka bersama.Selalu dalam suasana yang mesra sama ada dalam perbualan atau bergurau senda,begitu juga selalu memberi perkhidmatan dan bantuan dalam mentadbir rumah dan selalu bekerjasama dan bertolak ansur dalam segala hal.
Sang isteri mengharapkan bimbingan dan sentuhan sebagai tanda kasih sayang begitu juga membawa mereka agar berjaya kejalan dunia dan akhirat.Teguran yang diberikan hendaklah secara berhikmah dan mesra.
Sang isteri juga hendak dihurmati dengacara percakapan mereka di dengar dengan penuh perhatian.lemah lembut terhadap mereka dan bersabar dan tidak mudah melenting.Mereka juga hendak suami memberi hak yang sewajarnya kepada mereka.
Sang isteri menharapkan suami sebagai sahabat yang setia ,memahami dan melayani kerenah mereka,Mereka hendakkan keluarga mereka dilayan dan paling penting suami sentiasa mendoakan ieteri secara berterusan.
PENGHARAPAN SUAMI TERHADAP ISTERI :-
Suami juga mempunyai pengharapan terhadap isterinya.Sang suami juga mengharapkan kasih sayang dan kemanjaan isteri.Suami menghendaki isteri memahami kehendak dan matlamat hidupnya,pegangan dan nilai falsafah hidupnya begitu juga isteri hendaklah memahami cita rasa yang diharapkan.Sang suami selalu hendak mereka dihurmati,Kadang kala suami berasa bangga mendapat sokongan dan galakkan dari isterinya.
Mengharapkan isterinya memberi kepercayaan terhadap kemampuan dirinya ,yang paling utama suami tidak mahu isterinya mensabotaj dirinya,Isteri perlu melayan kerenah suaminya dan sentiasa memberi kemaafan dan teguran yang mesra dan manja terhadap suaminya.
Suami berasa gembira jika isterinya selalu dan sentiasa menjalankan suruhan Allah. Isteri yang pandai mendidik dan mengambil berat terhadap anak-anak amat mendapat sanjungan dari isteri.Sepekara lagi isteri sentiasa mendoakan kesejahteraan suaminya secara berterusan.
RAHSIA KASIH SAYANG YANG BERKEKALAN DIANTARA SUAMI ISTERI :-
Pasangan ini dari awal lagi dalam alam perkenalan mereka telah menampakan keserasiannya saling memahami dan bertolak ansor antara satu sama lain.Setelah mereka berumah tangga pasanagan ini sentiasa berkongsi impian dan tugasan dirumah tanpa berasa cemburu dan tiada perasaan ego antara mereka.Dalam mengharungi kehidupan pasangan ini selalu menghadapi cabaran namun mereka tidak merasa kecewa dan terus berusaha mencapai impian bersama dan insyaAllah akan berjaya.
Dendam didalam kehidupan akan membawa bencana dalam kehidupan namun pasangan yang serasi dan bertoleransi tidak langsung mempunyai perasaan dendam antara mereka.Dalam menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan godaan dan ransangan pasangan ini sentisa " Mencari emas dan tidak mencari lumpur".
Untuk mencapai kebahagian dalam alam rumah tangga setiap pasangan harus berani menghadapi perubahan dalam kehidupan mereka,yang penting suami isteri tidak perlu berebut kuasa,mereka hanya perlu berkongsi kuasa yang ada pada mereka dengan semangat integriti yang tinggi didalam urusan keluarga.
Dalam hubungan seks setiap pasangan perlu memahami kepentingan dan keperluan diantara mereka jangan terlalu memaksa dan mengharapkan 100 peratus sentuhan yang ajaib kerana tiada manusia yang sempurna kesemuanya,ada yang lebih dan ada yang kurang.Setiap pasangan sentiasa menghormati dan tidak mengongkong pasangannya kepercayaan diantara mereka amat penting.
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri perkara ini tidak perlu dibawa berlarutan yang penting selalu dan sentiasa memperbaiki tahap kebahagian dalam rumah tangga.Suami dan isteri sentiasa menganggap pasangan mereka adalah rakan,kawan dan sahabat yang paling akrab untuk di bawa berbicara dalam menghadapi masalah dan merungkaikan segala kemuskhilan hidup ini.Jika perlu mereka perlu membina dan melakarkan skrip kehidupan yang positif.
BAGI PASANGAN YANG HENDAK BERJAYA MENCAPAI KECEMERLANGAN DIDALAM KEHIDUPAN YANG UTAMA IALAH - SENTIASA BERDOA DAN MENDOAKAN

Isnin, 23 Februari 2009

PERBUALAN LABU DAN LABI

Perbualan ini adalah diantara dua sahabat mengenai pergolakan politik di Perak yang hangat dibincangkan, perbualan di paparkan untuk renongan semua masyarakat yang meminati politik Perak

Labu :
Ada ada.......sajalah kerja engkau ni labi .......... kerja tak ikut senarai tugas.Tugas hakiki Pengerusi Lembaga Disiplin di subcon kepada SPRM. yang nak sibuk buat trimming UMNO apahal.Bukankah nak mencorakkan UMNO melalui perhimpunan agong,ini satu contoh macam lagu "Serba Salah" ahli jadi pening lalat.Yang tak suruh dia tak buat,yang lain pulak dia dok ambik loghat.hehehe

Labi:
Apabila si labi berkawan dengan silabu dapat pula penasihat si hj bakhil, memang lah huru hara dunia ni, tambah pula hj bakhil nak kawin muda ,kuat nafsu je tapi tenaga tak de,orang perak kata hanya labun je,jangan kena lesing dah le,pandai2lah kau labu......labi nak hidup

Labu:
Tengok utusan malaysia ruang maga pagi ni 27 jan 2009 ms 10 dato Zaim masuk duit ......di banki slam manakala nasaruddin hashim terpaksa lompat parti PKR nak cari duit bagi dua bini nak seronok2 nak makan sedap-sedap iyokan pengundi boteterkebanio.hehehe

Labi:
Kenapa UMNO Perak kantoi
1. pemimpinnya dah lapok dan tiada ide
2. calon pru 12 banyak masalah ,banyak dah taklaku, dah nak mam.........
3. Penting diri dan keluarga dan kronism
4. ketua pemimpin tiada wibawa sebagai ketua hanya layak jadi pengikut setia
5. ketuanya banyak buat kaji tapi tiada resolusi
6. ketuanya tabor janji tapi tiada tepati
7. Hilang daya tariakn wow faktor UMNO di Perak
8. Muak dan getik dengan pemimpin UMNO cakap tak serupa bikin
9. strategi dan modus operandi masih cara kuno sekarang zaman global melenium dan
internet
10 Pemimpin suka laporan yang baik aje kurang suka laporan negatif dan realiti jadi ramai
pemimpin yang tertipu. Banyak lagi sebab nya fikir-fikirkan lah

Labu:
Contoh budaya demokrasi dalam umno, Yang menang dapat semua,yang kalah dibiarkan
merana tak ada ruang berbakti dalam umno.Kalau hendak hati si menang rumah sikalah dibakar, abunya dibuang kelaut kononnya baru puas dan bermakna erti kemenangan.manapernah mengamalkan ZERRO SUMS GAMES.Kalau bercakap bukan main keluar ayat quran dan hadis.faktor ini juga patut diambil kira SIMENANG sapu segala jawatan bergaji ,berelaun yang berpotensi dapat komisyen semua sapu sorang.itu juga faktor ahli meluat dan getik pada UMNO .Nak salah sapa .Kepimpinan melalui teladan ,salah perkataan pun semua akur sebab yang menag bercakap.hehehe.

Labi:
Aku amat setuju apa hang kata,demokrasi dalam umno adalah demokrasi terpimpin,yang anihnya SIBUTA PIMPIN YANG CELIK,SIBISU MARAHKAN YANG PEKAK.SIBODOH DILANTIK JADI KETUA,YANG BIJAK DIPANCONG KEPALANYA.WANG MENJADI PERTARUHAN POLITIK,KALAU TAK ADA WANG JANGAN MASUK POLITIK UMNO MODEN,NANTI TERKORBAN TANPA PEMBELAAN ATAU MATI TANPA KUBOR . DALAM POLITIK UMNO SEMUA PERLU ADA SANDARAN DAN GANJARAN.MACAM NAK PINJAM
WANG DIBANK. Seorang sahabat aktif dalam umno sejak1982 tapi tiada pembelaan untuknya.janji tinggal janji masalah hanya di kaji tanpa resolusi dan tindakan.kalau dok kaji tanpa tindakan dalampru 13 hilanglah Perak.Kalau nak kuasa mudahje buat rampas kuasa dengan putar belit cara kotor.

Labu:
Diperhatikan mat nizar boneka juga membiarkan tanah kosong kerajaan diceroboh.pihak kakitangaan kerajaan memekak dan membutakan mata.tanakair ibu pertiwi diinjak dengan rakus dan diteroka sesuka hati.kepada pegawai melayu yang celek dan berakal tumpukan kepada per 89(2) perlembagaan pesekutuan.apa cara nak buat itu pandai mikemele

Labi:
Saya juga kecewa tapi semuanya berpunca dari kerakusan dan ketamakan pemimpin umno dan barisan yang bedal semuanya taktinggal sikitpun untuk rakyat ,apabila rakyat marah mereka terjemahkan dalam pilihan raya ,pemimpin yang hilang kuasa lompat melatah pandangan yang pedas dikata menentang arus.umno perlu cari pemimpin baru dan telus tapi diragukan kerana mereka telah dilatih dan didik dengan kerakusan serta tamakkan harta hilang integriti dan ketelusan.Berbalik lah pada landasan islam.dulu deme dapat tanah deme jual pada cina juga yang memegang tampok ekonomi dan mereka ini adalah kapitalis yang tidak pernah merasa puas sampai mati.Beritahu saya pemimpin politik umno dan barisan yang tidakmenjadi jutawan?

Labu:
Labi ... kau nak kaya ? mudah je tak perlu menyertai skim cepat kaya atau mlm,tidak perlu berniaga, anda perlu jadi calon PR kemudian jumpe MR NR terima tawaran pertama lompat parti dapat rm 50 juta beserta jawatan kalau terima tawaran rundingan ke 2 harga makin kurang dan jawatan lain akan di pertimbangkan,selamat mencuba keran kini ada tiga bukit yang kosong pi ambil borang untuk bertanding.Selamat mencuba semoga berjaya.peluang terbuka untuk semua.

Rabu, 11 Februari 2009

MENJANA ANAK-ANAK BESTARI

PERINGATAN ALLAH S.W.T. KEPADA IBU BAPA

" DAN MEREKA SEHARUSNYA TAKUT KEPADA ALLAH,
SEANDAINYA MENINGGALKAN DIBELAKANG MEREKA
ZURIAT YANG LEMAH " AL-NISA : 9
ANAK :
Anak dilahirkan ke dunia ini didalam keadaan fitrah -bersih dan suci ,mereka dari mula berpotensi murni mereka memerlukan hubungan kasih sayang dari ibu bapa atau penjaganya setiap anak yang dilahirkan mempunyai bakat dan bekebolehan mingikut minat yang ada pada mereka.
HAK ANAK :
Setiap anak perlu dihargai dan diberi keutamaan , mereka hendaklah diasuh dan dibesarkan,mereka juga perlu dilayan dengan kasih sayang dan yang paling diutamakan mereka perlu diberi pendidikan.Hadiah dari bapa yang paling terbaik untuk anak ialah pendidikan yang baik dan adab yang sempurna.
NILAI ABADI DAN ASASI :
Didalam mendidik anak nilai asasi yang amat perlu disemaikan dalam sanubari anak-anak itu ialah :
kebenaran - truth
keadilan - justice
kebaikan - goodness
belas kasihan - compassion
kasih sayang - love
KELUARGA :
Didalam keluarga anak itu adalah amanah yang diberikan oleh Allah SWT ,mereka memerlukan layanan yang hangat dan mesra,ibu dan bapa mengasuh anak-anak sebagai tanggungjawab utama,bagi bapa lebig berat lagi tanggungjawabnya kerana bapa adalah sebagai pemimpin didalam keluarga dan bapa hendaklah memelihara agama.Untuk mencapai keluarga yang bahagia dan harmoni keluarga itu perlu mempunayai suasana yang positif didalam kehidupan mereka.
IBU BAPA DAN PENDIDIKAN :
" Pendidikan bertujuan adalah untuk mengembangkan segala kebaikan ( Fadhilah ) dalam diri manusia supaya kebaikan tersebut dapat menerangi diri dan alam " Prof al-athiyah al-abrashy.
" Setiap anak yang di lahirkan itu telah membawa fitrah beragama,maka kedua orang tuanya yang menjadikan anak tersebut beragama yahudi,nasrani atau majusi " (Bukhari & Abu Hurairah.)
" Didiklah anak-anak kamu dengan pendidikan yang baik " (Ibn Majah)
" Didik anak dengan 3 perkara :
Mencintai nabi mu
Mencintai keluarga mu
Membaca Al-Quran
( Al-Thabrani )
IBU BAPA DAN PEMBENTUKAN SIASAH :
Dari pandangan moral didapati ibu bapa adalah " Role Model " moral yang baik kepada anak-anak denganmemberi nilai kasih sayang dan hormat menghormati
"Ibu bapa adalah syurga atau neraka bagi anak-anak" (Hazrat Abu Umamah )
" Seseorang yang meninggal dunia diangkat kedudukan diakhirat disebabkan
doa anak-anaknya " ( Abu Hurairah )
DOA :
Doa yang dimakmulkan oleh allah :
Doa orang yang teraniaya
Doa orang yang musafir
Doa ibu bapa untuk anak-anaknya
( Bukhari,Abu Daud,Tarmizi)
"Doa ibu bapa untuk anaknya seperti doa nabi untuk umatnya "( Al-Dallami )
"Janganlah kamu mendoakan kecelakaan untuk dirimu sendiri,untuk anak-anak mu,untuk pelajaran mu dan jangan berdoa supaya binasa harta-harta mu, kerana apabila saat itu merupakan saat diperkenankan doa maka allah perkenankan doa mu " ( Muslim )
ANAK-ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPAN :
1. Jika seorang anak membesar dengan bidasan ,iabelajar untuk mengutuk
2. Jika seorang anak membesar dengan permusuhan , ia belajar untuk bergaduh
3. Jika seorang anak membesar dengan cemuhan , ia belajar untuk ragu
4. Jika seorang anak membesar dengan aib , ia belajar untuk rasa bersalah
5. Jika seorang anak membesar dengan tolerensi , ia belajar untuk bersabar
6. Jika seorang anak membesar dengan galakkan, ia belajar untuk yakin
7. Jika seorang anak membesar dengan pujian , ia belajar untuk menghargai
8. Jika seorang anak membesar dengan kesaksamaan , ia belajar untuk adil
9. Jika seorang anak membesar dengan keselamatan , ia belajar untuk percaya
10. Jika seorang anak membesar dengan persetujuan,ia belajar untuk menyukai diri
11. Jika seorang anak membesar dengan penerimaan dan persahabatan ia belajar untuk
menemui kasih sayang didunia ini
RANSANGAN KECEMERLANGAN :
1. Bermula dengan niat yang ikhlas
2. Mengutamakan amalan diperintah allah dan mengikis amalan mungkar
3. Bersolat ,membaca al-quran sekeluarga
4. Selalu mengadakan mesyuarat keluarga
5. Ibu bapa sentiasa menyuburkan budaya usrah dan ziarah kepada anak-anak
6 Amalan pemakanan dan miniman yang suci
7. Selalu memberi keutamaan aktiviti persekolahan yang berkaitan dengan pembelajaran serta
hari-hari bersejarah dalam kehidupan keluarga
8. Perlu mengadakan penilai terhadap diri sendiri / keluarga dari semasa kesemasa
9. Selalu berdoa kepada allah atas kejayaan anak dan kesejahteraan keluarga
PENUTUP KEBAHAGIAN :
BUKANLAH KEKAYAAN ( KEBAHAGIAN ) ITU DENGAN BANYAKNYA HARTA BENDA,
TETAPI KEKAYAAN ( KEBAHAGIAN ) SEBENAR IALAH KEKAYAAN JIWA
DIANTARA KEBAHAGIAN MANUSIA : ISTERINYA WANITA YANG SOLEH
ANAK-ANAK YANG BAIK
TEMAN SEJAWATNYA ORANG-ORANG
SOLEH
AMIN YA RABUL ALAMIN -WALLAH HUALAM

GURINDAM KEIBUBAPAAN

KEPADA IBU-BAPA LIHATLAH UKIRAN GURINDAM INI UNTUK MENJADI PEDOMAN SEMASA MENDIDIK ANAK YANG DISAYANGI :-

ANAK DIBIMBING AJARAN AGAMA
BESAR MENJADI ORANG BERGUNA

ANAK DIBERI KASIH DAN SAYANG
BESAR MENJADI ORANG TERBILANG

ANAK DIPELUK DICIUM DIMANJA
BESAR MENJADI SIHAT SEJAHTERA

ANAK DIASUH MENDENGAR KATA
BESAR TIDAK MELAWAN KITA

ANAK DIGALAK PERGI KE SEKOLAH
BESAR TIDAK MENJADI SUSAH

ANAK DITUNJUK MEMILIH KAWAN
BESAR TIDAK MENJADI HAIWAN

ANAK DIDORONG BUAT KEBAJIKAN
BESAR MENJADI MANUSIA BERKEYAKINAN

ANAK DIAJAR MENYAYANGI DIRI
BESAR TERHINDAR PERKARA KEJI

ANAK HORMAT IBU DAN BAPA
BESAR PASTI HIDUP BAHAGIA

Rabu, 7 Januari 2009

PELUANG DAN MASALAH

Hari ini 8 Jan 2009 jam 1.20 th saya sedang berehat setelah mengemas pejabat yang baru saya sewa saya terfikir tajuk perkara yang di sebut diatas ia itu " PELUANG DAN MASALAH " :-

1. Manusia atau seseorang hendaklah memikirkan dan memberi penumpuan terhadap peluang yang ada pada dirinya dan bukan sentiasa memikirkan masalah seharian atau masalah yang ada pada dirinya.
2. Dalam menghadapi hidup kita tidak akan terhindar dari masalah namun kita manusia yang diberikan otak untuk berfikir jadikan masalah itu sebagai cabaran dan menyelesaikannya untuk mendapatkan peluang yang terbaru dan terbaik untuk diri kita
3. Manusia yang aktif dan positif akan bekerja kuat untuk mendapat sesuatu namun tanpa disedarinya mereka tidak dapat mengesan peluang yang ada didepan mata kerana mereka bekerja kuat tanpa berfikir.

Tiga persoalan yang saya lontarkan diatas membuat saya berfikir adakah persolan ini ada pada fikiran manusia ? saya rasa tidak ! kenapa saya kata begitu kalau semua manusia berfikir bahawa peluang sentiasa ada dalam hidupnya dan masalah yang ada sentiasa dapat dibuat penyelesaian sudah pasti tidak ada hura hara di dunia ini.manusia akan berusaha untuk mencapai matlamat hidupnya dan segala masalah dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin dan tidak perlu untuk menindas dan menganiaya orang lain. manusia harus dan sepatutnya bekerjasama untuk mendapat peluang dan masalah diselesaikan bersama tanpa ada sikap prejudis dalam membuat sesuatu keputusan.

Kalau kita lihat pada satu pihak pula peluang hanya diberi pada sesuatu kumpulan dan ahli yang mempunyai kuasa yang kuat didalam sesuatu organisasi atau negara ini berlaku dimana sahaja didunia ini.dalam istilah sekarang " CAKAP TAK SERUPA BIKIN " Begitu juga masalah yang diselesaikan hanya untuk mendapat sokongan dari sesuatu kumpulan dengan masalah yang diselesaikan akan mendapat sokongan dari masyarat itu.
Selepas kuasa diperolehi dan masalah dapat diselesaikan mereka yang berjaya akan lupa pada kata dan janji yang telah ditaburi dahulu mereka tak akan melawat lagi yang miskin dan yang cacat ,yang miskin dan cacat akan hidup seperti dahulu kala juga. yang berkuasa akan lupa pada jasa dan sokongan sicacat .saya lontarkan persoalan ini unyuk kita bincangkan bersama setelah saya menjalani hidup selama 57 tahun.
Saya berdoa agar hidup dapat diteruskan walaupun kita terpaksa jatuh bangun dalam mencapai cita-cita.cukup sekadar ini sahaja untuk catatan hari ini.Wasalam.Fikir-fikirkan lah.