SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Isnin, 9 November 2009

ORGANISASI DAN PENGURUSAN



DEFINISI ORGANISASI



"sebagai satu unit sosial yang terdiri darpada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu ,kumpulan dan organisasi "



HUBUNGAN ANTARA ORGANISASI DAN PENGURUSAN


1. Pengurusan dan organisasi tidak dapat di pisahkan

2. Organisasi kecil atau besar,swasta atau awam memerlukan pengurusan

3. Organisasi sebagai satu unit sosial

4. Organisasi menyatukan usaha dan hubungan diantara seorang individu dengan individu yang lain-hubungan dikalangan pekerja


OBJEKTIF ORGANISASI



1. Merupakan satu pernyataan yang dikeluarkan oleh organisasi berhubung dengan kegiatan atau dengan persekitaran luaran seperti ekonomi,politik,dan sosial yang akan memberikan kesan kepada masa depan organisasi.

2. Menggambarkan sifat-sifat dan kaedah perniagaan organisasi

3. Matlamat merupakan pernyataan organisasi terhadap penyampaian yang dikehendaki pada masa hadapan

4. Dapat diukur tetapi tidak terikat kepada masa yang tertentu

5. Berterusan dan tidak mempunyai had atau tamat pada sesuatu masa.

CIRI-CIRI ORGANISASI

1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan mempunyai identiti yang tersendiri

2. Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti tersendiri

3. Terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan

4. Memerlukan sistem pengawasan,penyelarasan dan pengawalan keatas perjalanan aktiviti

KEEMPAT CIRI-CIRI YANG TERSEBUT DIATAS HENDAKLAH WUJUD UNTUK MENCAPAI ORGANISASI YANG BERKUALITI DAN EFISYEN.

TERDAPAT DUA(2) ASPEK YANG PENTING ORGANISASI IAITU " PROSES " DAN " MATLAMAT "


  • PENGURUSAN SEBAGAI PROSES

    - Kerja bersistematik

    - Hubungan antara individu
  • MENCAPAI MATLAMAT ORGANISASI

    - Saling membantu

-Bekerjasama

DEFINISI PENGURUSAN

" Pengurusan adalah proses merancang,mengorganisasi,memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain bagi mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan " ( James A.F Stoner dan Charles Wankel 1997 )




" Management is often said to be about getting things done through people or deciding what should be done and getting other people to do it " ( Michael Armstrong 1983 )




" The term management refers to the process of getting activities completed effciently with and through other people.The process represents the function or primary activities engaged in by manager.These function are typically labeled PLANNING,ORGANIZING,LEADING AND CONTROLLING " ( Stephen P.Robbins 1991 )




HIERARKI PENGURUSAN

1. Atasan

2. Pengurusan Pertengahan

3. Pengurusan Barisan Pertama ( Penyelia )

4. Pengurusan Bawahan ( Pekerja Operasi )

PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI

Peranan sebagai penghubung antara individu


  • Sebagai orang terpenting
    - mempunyai tugas dalam organisasi
  • - bertanggungjawab dalam bersifat sosial
  • Sebagai pemimpin
  • - memotivasikan pekerjanya
    mencapai matlamat organisasi
  • Sebagai penghubung

    - berhubung dengan orang luar

    - mendapat maklumat organisasi

PERANAN PENYAMPAI MAKLUMAT


  • Sebagai Pengawas

- mengawasi sekitar tempat bekerja

- berhubung dengan pihak lain

- mendapat maklumat dari pekerja

- berbual dan bercakap dengan pekerja untuk mendapat maklumat.

  • Sebagai Penyampai

- menyampaikan maklumat luar kepada staf dan pekerja

- menyampaikan arahan pegawai atasan

  • Sebagai Jurucakap

- menghantar maklumat keluar dari unitnya

- memaklumkan kepada pekerja atau kontraktor jika berlaku perubahan jadual bekalan

atau kerja.

  • Sebagai Pembahagi Sumber

- menentukan pembahagian kerja

- menyelaras setiap kerja dibawah kuasanya

- meluluskan sesuatu keputusan penting untuk implementasi

  • Sebagai usahawan

- membaiki unitnya dengan persekitaran luar yang berubah-ubah

- sentiasa didalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga

- bersedia untuk mengusahakan projek baru atau perkara baru

- memulihkan semula unit yang lemah

- menyatupadukan operasi syarikat atau kilang

- kemaskini kempen perhubungan awam

  • Sebagai Penyelesai Masalah

- seandai terdapat masalah dalam unit pengurusan perlulah di selesaikan segera

- menyelesaikan masalah kontrektor yang bermasalah

- pekerja yang bermasalah perlu di selesaikan segera

  • Sebagai Perunding

- menghabiskan banyak masa untuk membuat perundingan dengan kesatuan sekerja

- mengadakan perundingan dengan pembeli

- berunding dengan penyelia mengenai isu-isu pekerja

- pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup untuk mengadakan

perundingan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan