SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Selasa, 24 November 2009

KEPIMPINAN YANG EFEKTIF ( 1 )

CIRI - CIRI PEMIMPIN

SEMBILAN ( 9 ) K


  1. Karekter

  2. Karismatik

  3. Komitmen

  4. Komunikasi

  5. Kecekapan

  6. Keberanian

  7. Kebijaksanaan

  8. Keghairahan

  9. Kemahuan

CIRI-CIRI PEMIMPIN

KEREKTER

  • Kebolehan mempengaruhi dan mendorong
  • Meyakinkan pengikut
  • Menentukan cara berfikir dan pendiriannya
  • Kerekter adalah pilihan sendiri
  • Berkelakuan baik untuk diikuti
  • Melibatkan pengikut & orang lain
  • Kejayaan bersama pengikut
  • Mesti kuat dan kukuh jika tidak akan stres
  • Aset yang penting
  • Dapat bezakan yang betul dan salah jangan kabur
  • Mempunayai jiwa dan hati yang besar

KARISMATIK

  • Membuat orang ramai tertarik dan teruja pada dirinya
  • Sentiasa ceria dan gembira
  • Menjadi orang yang mudah didampingi dan didekati
  • Sentiasa mengharapkan yang terbaiki
  • Meningkatkan keyakinan dan semangat diri & pengikut
  • Membantu orang lain mencapai potensi mereka
  • Sentiasa memberi harapan kepada orang lain,mereka tertarik & berterima kasih
  • Berkongsi hidup dan ilmu dengan pengikut
  • Tidak penting diri sendiri memikirkan kebajikan pengikutnya
  • Sentiasa berfikir positif akan memberi harapan
  • Menghadiri kehadiran tetamu dan fokus kepada mereka

KOMITMEN

  • Pemimpin mestilah komited dalam pelbagai hal
  • Tidak berganjak untuk mencapai cita-cita
  • Sanggup bangun semula setelah jatuh
  • Komitmen adalah kejayaan - datang dari lubuk hati
  • Komitmen perlu ada kecekalan hati
  • Komitmen diukur melalui perbuatan anda
  • Komitmen membuka kepada peluang kejayaan
  • Komitmen musuh kegagalan - bangun semula dan terus berusaha tidak kira berapa kali kita dijatuhkan
  • Apakah kerja dan perjuangan yang perlu komitmen
  • Mengumumkan perancangan untuk membuat komitmen

KOMUNIKASI


  • Kebolehan yang baik dalam komunikasi adalah penting
  • Berkongsi maklumat dan ide & sampaikan kepada orang
  • Menjadi komunikator hebat dalam semua keadaan
  • Komunikasi yang baik menjadi ikutan pengikut
  • Masej komunikasi hendaklah mudah dan jelas
  • Komunikasi perlu fokus kepada audiensnya - siapa mereka dan tahap pengetahuannya
  • Keghairahan bercakap bersungguh-sungguh
  • Bersemangat dalam percakapan dan tuturkata
  • Keikhlasan semasa mendengar masalah pengikut
  • Cetuskan keinginan bertindak terhadap apa yang didengarnya
  • Komunikasi dapat memotivasikan orang yang mendengarnya

KECEKAPAN

  • Kecekapan - berkemampuan merancang,menzahirkan hasrst serta melaksanakan
  • Berada dimana sahaja apabila diperlukan dan sentiasa bersedia
  • Terus belajar meningkatkan diri
  • Sentiasa menempati janji - berniat ikhlas ,baik dan bijak memilih
  • Melaksanakan sesuatu perkara dengan cemerlang dan bersungguh-sungguh
  • Memberi inspirasi dan motivasi kepada pengikut
  • Memfokuskan sesuatu subjek atau aktiviti untuk selesaikan masalah
  • Dedikasikan semula diri dan pengikut
  • Menetapkan standard yang lebih tinggi untuk diri sendiri
  • Perbaiki diri dalam bidang kepakaran

KEBERANIAN

  • Sifat yang penting dalam diri manusia " Seorang yang berani sama dengan sesetu majoriti"
  • Berani hadapi cabaran dari segi "Fizikal & Mental "
  • Berani mengambil resiko " Melawan seperti singa "
  • Berani bermula dan berpunca dari dalam diri
  • Kayu ukur - masa hadapi cabaran dan kontroversi
  • Berani mendorong pengikut bekerjasama & berkompromi
  • Melakukan perkara yang selalu betul dan tepat
  • Keberanian akan menaikan semangat pengikut dan memberi inspirasi
  • Keberanian memperkembangkan kehidupan dan peluang baru
  • Berani melakukan perubahan

KEBIJAKSANAAN

  • Kebolehan menilai masalah akar umbi dan menyelesaikan
  • Kebolehan melihat isu-isu penting & punca masalah
  • Membuat penyelesaian dengan cepat dan pantas
  • Membuat pilihan dan menimbangkannya dengan teliti
  • Menggunakan gerak hati dan pengalaman dengan bijak banyakkan pilihan
  • Membuat analisa pencapaian masa lalu - dapat menyelesaikan masalah
  • Meninjau dan menilai fikiran orang lain dengan cara perbincangan

KEGHAIRAHAN

  • Keghairahan untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan
  • Cht - Ghandi - Hak asasi manusia
  • Cht - Churcill - Kebabasan
  • Cht - Martin Luther King - Kesaksamaan
  • Cht - Bill Gates - Teknoloji
  • Menaikan semangat & keazaman lebih tinggi
  • Lebih produktif & berdedikasi
  • Tiada yang mustahil untuk berjaya
  • Semangat keghairahan membawa kepada perubahan
  • Memberi ruang dan masa dengan orang bersemangat

KEMAHUAN

  • Kemahuan untuk terus belajar dan terus memperbaiki diri
  • Terus belajar untuk menjadi pemimpin yang baik
  • Mengatasi sikap " aku sudah berjaya dan berpuas hati "
  • Kejayaan tidak akan kekal ,jika anda berasa anda sudah berjaya
  • Jangan ambil jalan pintas untuk berjaya
  • Buangkan sikap angkuh & ego anda - sebenarnya anda tidak tahu semua perkara
  • Jangan mengulangi kesilapan yang sama - pelajari kesilapan itu dan ambil pengajaran dari nya

BERSAMBUNG KE - KEPIMPINAN YANG EFEKTIF ( 2 )

Jumaat, 20 November 2009

MENJADI USAHAWAN BERJAYA

  1. PENGENALAN
  • Masyarakat yang terbaik ialah masyarakat yang mempunyai ramai usahawan
  • Usahawan merupakan individu yang paling dinamik,kreatif dan inovatif
  • Ushawan sanggup berhadapan dengan keadaan yang ketidaktentuan melalui kreativiti dan kesunguhan untuk mencapai kejayaan
  • Usahawan melihat hari esok dengan penuh peluang dan berkeyakinan untuk merebut peluang itu
  • Usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang baru dan meningkatkan daya saing

EMPAT FAKTOR (4 ) KENAPA USAHAWAN DIPERLUKAN

  1. Menggabungkan faktur pengeluaran - Tanah,Modal,Teknologi,Maklumat,sumber manusia
  2. Melihat dan mengenal pasti peluang-menggiatkan aktiviti untuk kesejahteraan masyarakat
  3. Memilih pendekatan yang terbaik -elakkan penyalahgunaan dan pembaziran -semasa atau selepas menjalankan aktiviti keusahawanan.
  4. Memastikan generasi akan datang mendapat faedah dan kebaikan.

DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN

" Perkataan 'Entrepreneur' adalah dalam bahasa inggeris dari bahasa Peranchis ''Entreprendre' yang bermaksud memikul atau mencuba.Manakala dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya dari perkataan 'usaha' menurut kamus dewan,usaha adalah daya upaya termasuk ikhtiar,kegiatan,perbuatan dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan."

Jean Baptiste Say (1803)

" Usahawan adalah 'organizer' firma perniagaan dan peranannya penting dalam fungsi pengeluaran dan pengedaran "

H.G.Even (1957)

" Usahawan adalah individu atau kumpulan yang memikul tugas menentukan jenis perniagaan,membuat keputusan mengenai bentuk barangan dan perkhidmatan,saiz perniagaan dan sasaran pasaran "

IBNI KHALDUN ( AHLI FALSAFAas mencapai kejayaanH ISLAM )

" Mengambil bentuk sosio-geografis dimana pertemuan individu-individu dengan kemahiran yang dibawa akan melahirkan satu bandar atau city state dalam proses pembentukan bandar ,inilah melahirkan aktiviti keusahawan sebagai satu cara hidup sebahagian daripada ahli dalam masyarakat bandar tersebut "

MAX WEBER ( AHLI SOSIOLOGI )

" Mengemukakan satu model keusahawanan dengan memasukkan elemen keagamaan sebagai asas mencapai kejayaan dalam kegiatan ekonomi.Golongan protestan berjaya dalam ekonomi dalam kontek sistem kapitalisme. "

ALFRED MARSHALL ( AHLI EKONOMI BRITISH )

" Proses evolusi dalam perkembangan keusahawan, perniagaan berkembang dari perniagaan runcit menjadi perniagaan yang menjalankan pelbagai kegiatan "

RICHARD CLINTON ( AHLI EKONOMI PERANCIS )

" Usahawan adalah agen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan "

PERSIAPAN SEBAGAI USAHAWAN

  1. PERANCANGAN YANG RAPI

Perlu bersedia dari segi fizikal,mental,rohani,pemilihan produk,lokasi.jenis perniagaan,pemilihan pekerja,cara pemasaran dan strategi menangani pesaing.

2. KAJIAN DENGAN TELITI

Membuat kajian dengan dan bersesuaian dengan pengalaman,berpengetahuan dan kebolehan.

3. BERHATI HATI

Tidak boleh berniaga secara sambilan atau trial dan error

4. TINDAKAN

Hendaklah dianalisa dari segi kos dan faedah yang diperolehi

STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN

  • PERANCANGAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN
  1. Perancangan amat penting
  2. Masa yang sesuai
  3. Berapa lama bertahan
  4. Untung dan rugi
  5. Kajian pemasaran & kemungkinan
  • PENGKELASAN PASARAN
  1. Saiz pasaran
  2. Sasaran pasaran
  3. Lokasi
  4. Umur pasaran
  5. Kajian jantina pasaran
  6. Taraf pendidikan
  • STRATEGI PERLETAKAN HARGA
  1. Harga yang boleh mempengaruhi permintaan
  2. Mengikuti secara dekat harga pesaing
  3. Pemimpin harga baru
  4. Perbezaan harga
  • STRATEGI PEMASARAN
  1. Telah menentukan harga
  2. Mesti diketahui umum produk pengeluaran nya
  3. Minat untuk dibeli
  4. Percaya produk ini baik dan akan dibeli lagi
  5. Pembungkusan mesti menarik
  6. Mudah disimpan - ada kualiti tidak cepat rosak
  7. Dimana nak dipasarkan - bandar atau luar bandar,dipasaraya atau dikedai runcit
  8. Pilih saluran pengagihan - agen,pasaran dibuat sendiri,jualan langsung
  • TENAGA KERJA YANG BERKEMAHIRAN
  1. Tenaga kerja yang mahir
  2. Dorongan kerja yang tinggi
  3. Komited kepada kerja
  4. Pemilihan kerja yang tepat
  5. Gaji berdaya saing
  6. Memberi kursus dan latihan
  7. Mempunyai kaedah penilaian prestasi yang baik
  8. Kurangkan lantikhenti & tidad hadir kerja yang tinggi
  9. Kurangkan komflik antara pekerja dan dengan pekerja
  10. Kurangkan ketidakpuasan & kekecewaan
  • JUMLAH KOS PROJEK
  1. Modal pusingan yang mencukupi
  2. Dari mana sumber kewangan - sendiri atau pinjaman
  3. Tempuh bayaran Balik
  4. Implikasi lain yang akan dihadapi

PERSIAPAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

  • KEMAHIRAN TEKNIKAL
  1. Keupayaan penggunaan pengetahuan kejuruteraan,kewangan,perkaunan dan pemasaran
  2. Kemahiran melalui pengalaman kerja - ini amat penting untuk mengurus syarikat - cara pasar produk cara membuat belanjawan-perancangan dan penyata untung rugi
  3. Membuat polisi dan strategi
  • KEMAHIRAN KEMANUSIAAN
  1. Bekerja dalam satu pasukan
  2. Perlu faham citarasa dan perasaan pekerja
  3. Mampu memotivasikan pekerja
  4. Boleh membaca perwatakan orang
  5. Memilih gaya kepimpinan yang sesuai untuk memajukan syarikat
  6. Sensitif terhadap masalah pekerja
  7. Mudah memberi pujian,fleksible dan boleh pengaruhi pekerja
  8. Merapatkan jarak sosial
  • KEMAHIRAN KONSEPSI
  1. Kemampuan usahawan - menyelaras dan mengintegrasikan semua aktiviti perniagaan-satu set yang menyeluruh terhadap matlamat perniagaannya.
  2. Kemahiran ini melibatkan keupayaan menganalisa,menjangka,mengenalpasti masalah,memulih keadaan,membuat keputusan dan mementau perniagaan.

CIRI-CIRI PERSONALITI USAHAWAN

  • KEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI
  1. Mempunyai personaliti yakin boleh
  2. Pengalaman panduan untuk bertindak
  3. Mempunyai pengetahuan membangunkan kemahiran
  4. Kesilapan sebagai proses pembelajaran
  • KESEDIAAN MENGAMBIL RESIKO
  1. Hendaklah membuat keputusan dengan cepat dalam urusan perniagaan
  2. Resiko dalam perniagaan runcit dan perkhidmatan -perlu di audit perkaunan dan beri latihan.
  • PERSONALITI PROAKTIF
  1. Lebih responsif
  2. Mencari peluang perniagaan
  3. Bersedia menghantar cadangan perniagaan merasa bimbang dan risau di perlekehkan
  4. Bersedia mengambil resiko
  5. Bersedia membuat perubahan

FOKUS KAWALAN

  • KAWALAN DALAMAN - Usahawan perlu mengawal sendiri untung/rugi syarikatnya

- Mempunyai komitmen pada syarikat sendiri

  • KAWALAN LUARAN - Perniagaan perlu mendapat sokongan dari luar

- Perniagaan perlu mempunyai hala tuju atau destinasi

PELUANG MENINGKATKAN EKONOMI

  • PERNIAGAAN KELUARGA
  1. Pemilikan syarikat perseorangan
  2. Pemilikan perkongsian
  • INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
  1. RM 500,000 - RM 2.5 juta pekerja 25-100 orang
  2. Bank Negara Malaysia - RM 250,000 - RM 500,000
  • PERNIAGAAN FRANCIS
  1. Bonia
  2. Kyros kebab
  3. The fish shop
  4. Dunkin donots
  5. KFC
  6. MC Donalds
  7. Kodak
  8. Fuji
  • PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
  1. Pesanan melalui talipon
  2. MLM
  3. Pesanan Pos
  4. Pemasaran pelbagai peringkat
  5. Pemasaran sistem secara parti
  6. Jualan melalaui internet
  • SEKTOR KONTREKTOR
  1. Kontrak sekaligus
  2. Kontrak kecil
  3. Kontrak kerajaan

Khamis, 19 November 2009

PENGURUSAN MASA / MASA ITU EMAS

PUJANGGA BARAT MENYATAKAN :-

" IF I WASTE A MINUTE,I WASTE AN HOUR,IF I WASTE AN HOUR, I WASTE A DAY,IF I WASTE A DAY , I WASTE A LIFE TIME "

PENGENALAN :-
  • Seandainya anda dapat mengawal penggunaan masa anda dengan sempurna ini bermakna telah dapat mengawal hidup anda
  • Kegiatan kehidupan pelajar yang tidak dapat diseimbangkan masanya kemungkinan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk belajar
  • Rahsia kejayaan orang yang berpencapaian tinggi adalah pengurusan masa yang cekap mereka boleh membuat dan mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan dengan jayanya

MERANCANG APA YANG HENDAK ANDA LAKUKAN

  • Perkara yang penting ialah menetapkan matlamat serta membuat matlamat mengikut keutamaan
  • Setelah anda jelas apakah matlamat anda ini akan memberi peluang dan galakkan kepada anda untuk terus maju kehadapan

EMPAT(4) FAKTOR UTAMA PENGURUSAN MASA YANG BAIK

  1. SPESIFIK

Menentukan masa yang spesifik atau tetap ketika membuat sesuatu perancangan kerja atau keputusan , contoh - menyiapkan kerja dalam tempuh 2 jam.

2. POSITIF

Matlamat hendaklah positif,menukarkan tabiatyang negatif kepada yang lebih terancang dan mempunyai hala tuju serta positif - contoh - meninggalkan tabiat sentiasa menonton TV kepada sikap suka membaca,membantu ibu bapa berkebun dll.

3. REALISTIK

Matlamat itu juga hendaklah yang boleh dicapai dan boleh dilakukan, begitu juga perkara tersebut boleh diubah suai mengikut keadaan masa dan suasana yang diperlukan

4. FLEKSIBEL

Dalam mencapai matlamat hendaklah ada fleksibel iaitu memberi ruang dalam keadaan yang tidak dijangka,tidak boleh terlalu rigid.

EMPAT ( 4 ) KATEGORI MASA

  1. MASA BERSAMA

Masa ini diperuntukkan untuk keluarga,rakan,jiran sekampung.masa ini selalunya untuk berbual atau menziarah rakan

2. MASA PERIBADI

Masa disediakan untuk diri sendiri dan melayan tetamu peribadi atau menemui seseorang yang istimewa

3. MASA BEKERJA

Masa digunakan untuk kerja yang telah ditetapkan di pejabat atau kerja luar yang telah dijadualkan

4. MASA PROJEK

Masa ini digunakan untuk projek seperti pergi kelas tuesyen,bersukan dan kemas rumah

Selasa, 17 November 2009

MEMBINA SIKAP POSITIF & BERJIWA BESAR

MENCAPAI SIKAP POSITIF PERLU MEMPUNYAI :-
  1. Percaya anda boleh berjaya
  2. Hapuskan penyakit excusitis
  3. Bangunkan keyakinan dan hancurkan ketakutan
  4. Sentiasa berjiwa besar
  5. Sentiasa berfikif kreatif
  6. Berfikir kewujudan dan kehebatan anda
  7. Berada dalam persekitaran berkelas satu
  8. Berfikir baik terhadap orang lain
  9. Tumbuh dan berkembang
  10. Mengubah kegagalan menjadi kemenangan

1.PERCAYA ANDA BOLEH BERJAYA

Apa kah kejayaan ?

  • Kehurmatan
  • Disegani
  • Terhurmat " Self Recpect "
  • Mencapai tujuan dan matlamat hidup
  • Boleh berjaya - Saya positif saya boleh

Percaya pada diri sendiri

  • Percaya - mempunyai kekuatan yang kuat
  • Tidak percaya adalah fikiran yang negatif
  • Berfikir ragu anda akan gagal
  • Berfikir menang anda akan menang
  • Pandang orang yang telah maju

Tiga pedoman untuk kuatkan kepercayaan

  • Berfiirlah untuk barjaya - Jangan berfikir gagal
  • Ingatlah anda lebih baik dari yang anda sangka
  • Lipat gandakan kepercayaan anda

2. HAPUSKAN PENYAKIT EXCUSITIS

  • Excusitis kesihatan
  • Excusitis inteligensia
  • Excusitis umur
  • Excusitis nasib

3. BANGUNKAN KEYAKINAN DAN HANCURKAN KETAKUTAN

  • Ketakutan merupakan sifat psikologis
  • Ketakutan adalah musuh no 1 - untuk capai kejayaan
  • Ketakutan melumpuhkan daya hidup - takut untuk berbicara
  • Manusia yang ragu2 - tiada keyakinan

4. SENTIASA BERJIWA BESAR

  • Kelemahan paling besar manusia ialah kurang menghargai diri
  • Menggunakan kata-kata yang positif

Beberapa contoh

Negatif -Saya pernah gagal dalam perniagaan,saya tidakakan mencuba lagi

Positif - Saya bankrap tapi itu salah saya sendiri,saya akan mencuba lagi

Negatif -Saya telah mencuba tapi barangnya tidaklaku,orang tidak menyukainya

Positif - Selama ini saya belum berhasil menjual barang itu,tetapi sekarang saya tahu barang itu baik,saya akan berusaha menemukan rumusan baru yang akan membuatnya laris

5. SENTIASA BERFIKIRAN KRAETIF

  • Berfikiran kreatif adalah menemukan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu yang lebih baik

KAEDAH UNTUK PERKUATKAN PEMIKIRAN KREATIF ANDA

  1. Yakin dan percaya
  2. Hapuskan kata-kat " tidak mungkin " "tidak boleh" "tidak perlu cuba "
  3. Hindarkan lingkungan fikiran yang statik
  4. Bagaimana saya boleh lakukan yang lebih baik
  5. Sentiasa menimbulkan ide baru
  6. Bergaullah dengan orang yang boleh memberi gagasan baru

6. BERFIKIR KEWUJUDAN DAN KEHEBATAN ANDA

  1. Ingatlah anda seorang yang hebat
  2. Bersikap yang kita ini orang yang penting
  3. Wujudnya anda adalah kerana adanya fikiran anda
  4. Kehebatan kita berfikir

7. SELALU DIDALAM PERSEKITARAN KELAS SATU

  1. Kesihatan adalah penting untuk menjadi orang kelas satu
  2. Bergaul dengan orang yang positif
  3. Persikataran Psikologis bertaraf kelas satu
  4. Jangan biarkan orang-orang yang negatif menghancurkan rencana kejayaan anda

8. BERFIKIR BAIK TERHADAP ORANG LAIN

  1. Kejayaan kita bergantung kepada bantuan orang-orang lain
  2. Berfikir benar dan tiada syakwasangka terhadap orang alin

9. TUMBUH DAN BERKEMBANG

  1. Setiap penemuan inovasi baru perlu di kembangkan

10. MENGUBAH KEGAGALAN MENJADI KEMENANGAN

  1. Kita harus tekun dan pantang berundur
  2. Kalau ada keyakinan - sudah pasti ada jalan memecah masalah
  3. Seandainya anda jatuh bangkit dengan lebih berkeyakinan
  4. Jangan mengecam atau menyalahkan nasib

PENUTUP

5 pedoman mengubah kegagalan menjadi kemenangan

  1. Pelajarilah kemunduran untuk menempuh jalan kearah kejayaan
  2. Punyailah keberanian untuk menjadi pengkritiik diri sendiri
  3. Jangan sekali-kali menyalahkan nasib buruk
  4. Gabungkan ketekunan dan percubaab baru
  5. Selalu ada aspek baik dan positif

Isnin, 9 November 2009

ORGANISASI DAN PENGURUSAN



DEFINISI ORGANISASI



"sebagai satu unit sosial yang terdiri darpada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu ,kumpulan dan organisasi "



HUBUNGAN ANTARA ORGANISASI DAN PENGURUSAN


1. Pengurusan dan organisasi tidak dapat di pisahkan

2. Organisasi kecil atau besar,swasta atau awam memerlukan pengurusan

3. Organisasi sebagai satu unit sosial

4. Organisasi menyatukan usaha dan hubungan diantara seorang individu dengan individu yang lain-hubungan dikalangan pekerja


OBJEKTIF ORGANISASI



1. Merupakan satu pernyataan yang dikeluarkan oleh organisasi berhubung dengan kegiatan atau dengan persekitaran luaran seperti ekonomi,politik,dan sosial yang akan memberikan kesan kepada masa depan organisasi.

2. Menggambarkan sifat-sifat dan kaedah perniagaan organisasi

3. Matlamat merupakan pernyataan organisasi terhadap penyampaian yang dikehendaki pada masa hadapan

4. Dapat diukur tetapi tidak terikat kepada masa yang tertentu

5. Berterusan dan tidak mempunyai had atau tamat pada sesuatu masa.

CIRI-CIRI ORGANISASI

1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan mempunyai identiti yang tersendiri

2. Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti tersendiri

3. Terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan

4. Memerlukan sistem pengawasan,penyelarasan dan pengawalan keatas perjalanan aktiviti

KEEMPAT CIRI-CIRI YANG TERSEBUT DIATAS HENDAKLAH WUJUD UNTUK MENCAPAI ORGANISASI YANG BERKUALITI DAN EFISYEN.

TERDAPAT DUA(2) ASPEK YANG PENTING ORGANISASI IAITU " PROSES " DAN " MATLAMAT "


  • PENGURUSAN SEBAGAI PROSES

    - Kerja bersistematik

    - Hubungan antara individu
  • MENCAPAI MATLAMAT ORGANISASI

    - Saling membantu

-Bekerjasama

DEFINISI PENGURUSAN

" Pengurusan adalah proses merancang,mengorganisasi,memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain bagi mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan " ( James A.F Stoner dan Charles Wankel 1997 )




" Management is often said to be about getting things done through people or deciding what should be done and getting other people to do it " ( Michael Armstrong 1983 )




" The term management refers to the process of getting activities completed effciently with and through other people.The process represents the function or primary activities engaged in by manager.These function are typically labeled PLANNING,ORGANIZING,LEADING AND CONTROLLING " ( Stephen P.Robbins 1991 )




HIERARKI PENGURUSAN

1. Atasan

2. Pengurusan Pertengahan

3. Pengurusan Barisan Pertama ( Penyelia )

4. Pengurusan Bawahan ( Pekerja Operasi )

PERANAN PENGURUS DALAM ORGANISASI

Peranan sebagai penghubung antara individu


  • Sebagai orang terpenting
    - mempunyai tugas dalam organisasi
  • - bertanggungjawab dalam bersifat sosial
  • Sebagai pemimpin
  • - memotivasikan pekerjanya
    mencapai matlamat organisasi
  • Sebagai penghubung

    - berhubung dengan orang luar

    - mendapat maklumat organisasi

PERANAN PENYAMPAI MAKLUMAT


  • Sebagai Pengawas

- mengawasi sekitar tempat bekerja

- berhubung dengan pihak lain

- mendapat maklumat dari pekerja

- berbual dan bercakap dengan pekerja untuk mendapat maklumat.

  • Sebagai Penyampai

- menyampaikan maklumat luar kepada staf dan pekerja

- menyampaikan arahan pegawai atasan

  • Sebagai Jurucakap

- menghantar maklumat keluar dari unitnya

- memaklumkan kepada pekerja atau kontraktor jika berlaku perubahan jadual bekalan

atau kerja.

  • Sebagai Pembahagi Sumber

- menentukan pembahagian kerja

- menyelaras setiap kerja dibawah kuasanya

- meluluskan sesuatu keputusan penting untuk implementasi

  • Sebagai usahawan

- membaiki unitnya dengan persekitaran luar yang berubah-ubah

- sentiasa didalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga

- bersedia untuk mengusahakan projek baru atau perkara baru

- memulihkan semula unit yang lemah

- menyatupadukan operasi syarikat atau kilang

- kemaskini kempen perhubungan awam

  • Sebagai Penyelesai Masalah

- seandai terdapat masalah dalam unit pengurusan perlulah di selesaikan segera

- menyelesaikan masalah kontrektor yang bermasalah

- pekerja yang bermasalah perlu di selesaikan segera

  • Sebagai Perunding

- menghabiskan banyak masa untuk membuat perundingan dengan kesatuan sekerja

- mengadakan perundingan dengan pembeli

- berunding dengan penyelia mengenai isu-isu pekerja

- pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup untuk mengadakan

perundingan