21. Terlalu mengharap kepada pembantu rumah-ibu bapa kurang memberi tumpuan kepada anak2 peranan itu dipertanggungjawabkan kepada pembantu rumah nilai kasih sayang ibu bapa telah terpinggir anak mendapat belaian dari pembantu rumah Indonesia dan lebih membimbangkan pembantu rumah filipina yang beragama kristian kadangkala pembantu rumah indon juga bukan beragama islam,kalau Islam pun ianya longgar pegangannya.
22. Tidak mendidik pembantu rumah kaedah mendidik anak yang sebenarnya.Pembantu rumah bukannya mempunyai kepakaran mendidik anak mereka hanya telah dilatih untuk mengemas rumah sahaja.
23. Kurang mengawasi penggunaan talipon - anak2 dibiarkan bergayut dengan talipon sepanjang waktu kadang kala ibu bapa memberi anak2 mereka dengan talipon bimbit penggunaannya yang sukar diawasi atau dikawal.
24. Kurang mengawasi pendedahan kepada TV dan Video - anak2 teralalu bebas menonton TV dan Cekera Padat gambar yang ditonton kadangkala tidak dikawal anak menonton filem yang tidak wajar untuk umur mereka bahkan menonton sehingga larut malam tanpa batasan.
25. Anak tidak dididik dalam kemahiran dan komunikasi sosial yang beradap-seperti cara menjawab talipon,bercakap dengan orang tua dan rakan2 dll.
26. Ibu bapa masih melakukan tabiat yang kurang baik didalam rumah tangga seperti merokok,berjudi dan menggunakan kata-kata yang kesat.
27. Kurang mempamirkan sifat kejiranan yang baik - sebagai role model ibu bapa perlu mempamirkan semangat kejiranan yang baik serta hormat menghormati.
28. Ibu bapa perlu mendedahkan apa erti kesusahan kepada keluarga agar anak memahaminya dan ini membuat mereka bersyukur apa yang mereka nikmati atau dapati walaupun ianya tidak setanding dengan orang lain.
29. Kurang menitikberakkan makanan yang seimbang atau sesuai untuk anak2-makan sebaiknya biarlah bersih dan halal.
30. Ibu bapa sekarang kurang memberi masa makan bersama anak2 - masa makanlah yang akan menimbulkan kemesraan sekeluarga.
31. Ibu bapa mempamirkan pilih kasih kepada anak2 ini tidak wajar dilakukan anak2 perlu diberi kasih sayang sama rata .