SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Rabu, 25 Mac 2009

KELUARGA CEMERLANG - BAHAGIAN 2B

KESILAPAN IBU BAPA YANG DILAKUKAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK :-

11. Pendidikan yang tidak seimbang , ibu bapa sering hendak anak-anak mereka berjaya didalam bidang akademik untuk mendapat sejumlah markah A yang terbaik kalau mahu mereka hendak anaknya mendapat 9 A,10 A dan AAAAAAAA............. tetapi cara ini tidak seimbang dalam menghadapi kehidupan mereka perlu di beri juga suntikan ilmu kerohanian dan pengalaman hidup yang memberi pengajaran serta suasana fizikal yang mantap disamping ilmu intelektual yang sempurna.
12. Kurang memberi pendidikan kepada model2 atau contoh-contoh cendiakiawan yang terbilang seperti ulamak yang terkenal,negarawan yang terbilang ahli fikir yang termashor di alam ini dan pendekar yang menjadi sebutan .Model ini perlu diberi kepada anak-anak supaya mereka mengambil panduan dan contoh yang terbaik dari setiap orang yang terbilang dan terkenal didunia.
13. Kurang menghidupkan sunnah dalam rumah tangga.Apa yang dimaksudkan ialah kehidupan yang tidak berlandaskan Islam, apa yang berlaku keluarga terikut dengan permodenan dengan cara hidup barat yang lebih kepada kebendaan.
14. Kurang menggalakkan musyawarah dalam membuat keputusan.Untuk menjadi keluarga bahagia setiap aktiviti dalam pembangunan keluarga perlu dibincang untuk mendapat persetujuan keluarga,tapi didapati bapa selalu membuat keputusan sendiri tanpa ada perbincangan dalam keluarga.Ini memberi stres kepada anak-anak yang tidak bersetuju dengan ide ibu bapanya.
15. Menunjukkan perselisehan suami isteri dihadapan anak-anak perkara ini sebaiknya perlu dielakkan.
16. Membenarkan orang-orang yang tidak elok peribadi , siasahnya dan perlakuannya masuk kedalam rumah,apa yang perlu difahami ialah elak anak dari bergaul dengan orang yang rendah peribadinya.
17. Kurang mengasuh anak-anak membuat kerja-kerja rumah,ibu bapa perlu melatih dan membimbing anak-anak mereka membantu kerja rumah agar ada persefahaman dan semangat saling membantu dikalangan keluarga .
18. Ibu bapa terlalu berharap kepada pembantu rumah,ibu bapa meletakkan tanggung jawab membina keluarga kepada pembantu rumah mereka sibuk diluar untuk mengumpul harta.akhirnya anak terbiar tanpa pengawasan dan bimbingan yang sempurna.
19. Membenarkan akhlak yang buruk dibawa masuk kedalam rumah.
20.Tidak menggantung rotan ditempat yang dapat dilihat oleh semua anak-anak dirumah.

Selasa, 3 Mac 2009

KELUARGA CEMERLANG - BAHAGIAN 2A

KESILAPAN-KESILAPAN YANG DILAKUKAN OELH IBU-BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK. KENAPAKAH INI BERLAKU ? DARIPADA PENGALAMAN SAYA MEMBERI CERAMAH MOTIVASI KEPADA IBU-BAPA DAN PERBUALAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN DENGAN IBU BAPA BERIKUT ADALAH PUNCA DAN SEBAB MUSABAB YANG PERNAH DILUAHKAN OLEH MEREKA :-

1. Dewasa ini ibu bapa kurang berdoa terhadap kesejahteraan keluarga dan anak-anak mereka.
kehidupan mereka terlalu sibuk mencari kebendaan diatas dunia ini kadang kala anak-anak ini hidup bersendirian tanpa asuhan dan perhatian dari ibu bapa.
2. Ibu bapa sering memperkecilkan kebolehan anak-anaknya.Anak yang kurang mencerlah dan kurang pandai dalam pelajaran akademik sering diperlekehkan.Sepatutnya anak-anak ini terus di beri ransangan dan semangat untuk terus maju bimbingan berterusan harus diberi mereka perlu diarah menuju kehadapan dengan bidang yang mereka minati seperti dibidang kemahiran.
3. Dalam proses mendidik anak-anak ibu bapa perlu bertegas terutama menjadualkan waktu mereka patut belajar dan mengaji.Dewasa ini perkara ini kurang diambil pusiang oleh ibu bapa bahkan mereka kurang berkomunikasi dengan anak-anak mereka mereka pulang lewat malam dan mereka tidak mengetahui dimana anak mereka berada pada waktu itu.Kedua ibu bapa sibut mencari kekayaan dunia.
4. Lebih banyak memberi belaian negatif dari positif.Apa yang saya maksudkan ibu bapa benyak memberi ruang kepada anak-anak bebas dalam pergaulan mereka tanpa dibimbing dan di tunjuk ajar yang baik. seandai anak memilih rakan yang bersikap negatif maka terjerumuslah anak-anak kejalan yang berliku-liku dan sukar untuk berpatah balik kejalan yang lurus.
5. Dewasa ini ketua rumah ia itu ibu bapa kurang dapat menyesuaikan diri dengan anak-ank apa yang saya maksudkan ialah sukar menjadi rakan dan sahabat kepada anak-anak,kadang kala mereka perlukan tempat untuk meluahkan perasaan kecewa mereka ibu bapa perlu aktif mengambil peranan ini agar anak-anak tidak meluahkan perasaan kecewa memeka ketempat yang salah.
6. Ibu bapa perlu memberikan sentuhan dan kemesraan kepada semua anak-anaknya jangan sekali-kali membezakan mereka.Sentuhan itu adalah penawar yang paling mujarab sampai menusuk ke kalbu mereka.Sentuhan ini membuahkan hasil yang tidak terhingga nilainya dan menanam semangat kental kepada mereka.
7. Kurang anggun dan kemas,sebagai ketua ibu bapa sebagai role model kepada anak-anak ibu bapa perlulah berpakaian kemas dan sedap mata memandang untuk memberi gambaran yang positif kepada mereka.
8. Suasana rumahtangga yang kurang kondusif, keadaan persekitaran rumah yang tidak sesuai untuk membesarkan anak-anak, keluarga yang tidak mempunyai kata sepakat selalu berurusan bersendirian tanpa ada perbincangan dan mesyuarat keluarga untuk memutuskan sesuatu aktiviti.
9. Menegur anak-anak dalam dengan cara yang negatif,sebagai ibu bapa teguran perlu secara positif.namun apa yang terjadi ibu bapa membuat teguran kepada anak secara negatif seperti mencemuh,merendahkan kemampuan anak,menghina mereka serta membuat kritik yang menjatuhkan kewibawaan mereka.
10. Ibu bapa kurang jelas menifestasi kasih sayang kepada anak,keluarga sepatutnya menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak tetapi ibu bapa tidak menunjukkan kasih sayang yang sejelasnya kepada anak ini menjadikan jiwa anak-anak keliru dan tertekan kerana merasai mereka diabaikan.