SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMBACA

CARILAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA

Rabu, 7 Januari 2009

PELUANG DAN MASALAH

Hari ini 8 Jan 2009 jam 1.20 th saya sedang berehat setelah mengemas pejabat yang baru saya sewa saya terfikir tajuk perkara yang di sebut diatas ia itu " PELUANG DAN MASALAH " :-

1. Manusia atau seseorang hendaklah memikirkan dan memberi penumpuan terhadap peluang yang ada pada dirinya dan bukan sentiasa memikirkan masalah seharian atau masalah yang ada pada dirinya.
2. Dalam menghadapi hidup kita tidak akan terhindar dari masalah namun kita manusia yang diberikan otak untuk berfikir jadikan masalah itu sebagai cabaran dan menyelesaikannya untuk mendapatkan peluang yang terbaru dan terbaik untuk diri kita
3. Manusia yang aktif dan positif akan bekerja kuat untuk mendapat sesuatu namun tanpa disedarinya mereka tidak dapat mengesan peluang yang ada didepan mata kerana mereka bekerja kuat tanpa berfikir.

Tiga persoalan yang saya lontarkan diatas membuat saya berfikir adakah persolan ini ada pada fikiran manusia ? saya rasa tidak ! kenapa saya kata begitu kalau semua manusia berfikir bahawa peluang sentiasa ada dalam hidupnya dan masalah yang ada sentiasa dapat dibuat penyelesaian sudah pasti tidak ada hura hara di dunia ini.manusia akan berusaha untuk mencapai matlamat hidupnya dan segala masalah dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin dan tidak perlu untuk menindas dan menganiaya orang lain. manusia harus dan sepatutnya bekerjasama untuk mendapat peluang dan masalah diselesaikan bersama tanpa ada sikap prejudis dalam membuat sesuatu keputusan.

Kalau kita lihat pada satu pihak pula peluang hanya diberi pada sesuatu kumpulan dan ahli yang mempunyai kuasa yang kuat didalam sesuatu organisasi atau negara ini berlaku dimana sahaja didunia ini.dalam istilah sekarang " CAKAP TAK SERUPA BIKIN " Begitu juga masalah yang diselesaikan hanya untuk mendapat sokongan dari sesuatu kumpulan dengan masalah yang diselesaikan akan mendapat sokongan dari masyarat itu.
Selepas kuasa diperolehi dan masalah dapat diselesaikan mereka yang berjaya akan lupa pada kata dan janji yang telah ditaburi dahulu mereka tak akan melawat lagi yang miskin dan yang cacat ,yang miskin dan cacat akan hidup seperti dahulu kala juga. yang berkuasa akan lupa pada jasa dan sokongan sicacat .saya lontarkan persoalan ini unyuk kita bincangkan bersama setelah saya menjalani hidup selama 57 tahun.
Saya berdoa agar hidup dapat diteruskan walaupun kita terpaksa jatuh bangun dalam mencapai cita-cita.cukup sekadar ini sahaja untuk catatan hari ini.Wasalam.Fikir-fikirkan lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan